Kesilapan Kewangan Bahagian 2

Banner
Financial Mistake

Kesilapan Kewangan Untuk Dielak Dalam Setiap Dekad

Dalam umur 40-an

40s

Anda mungkin sudah sampai ke puncak kerjaya dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ramai yang masih sibuk membelanjakan wang pada perkara yang mereka inginkan sekarang, dan melambatkan simpanan persaraan mereka.

1. Tidak menyemak portfolio pelaburan anda

Apabila menghampiri umur persaraan, anda mungkin ingin menyemak semula portfolio supaya memperuntukkan lebih banyak aset ke dalam pelaburan yang lebih konservatif. Walau bagaimanapun, jika anda mengalihkan pelaburan terlalu awal, ia mungkin mengurangkan jumlah pulangan untuk wang simpanan persaraan anda. Anda perlu memastikan simpanan anda dapat menampung kehidupan anda dengan baik apabila anda bersara.

2. Mengabaikan penulisan wasiat

Sudah tentu ia sukar untuk berfikir tentang kematian ketika anda masih muda dan aktif. Walau bagaimanapun, penulisan wasiat patut dimasukkan dalam senarai wajib anda apabila anda dalam umur 40-an. Wasiat akan melindungi keluarga dan aset anda jika sesuatu berlaku kepada anda.

Dalam umur 50-an

50s

Anak-anak anda sudah berada di universiti dan hanya tinggal satu dekad lagi sebelum anda bersara.

1. Menggunakan simpanan persaraan untuk membiayai pendidikan anak anda

Terlalu ramai ibu bapa menggunakan simpanan persaraan dan mengeluarkan wang daripada KWSP untuk membiayai pendidikan anak mereka. Utamakan keperluan persaraan anda terlebih dahulu dan lakukan apa yang boleh untuk memperuntukkan wang bagi kedua-duanya. Itulah sebabnya mengapa ia penting untuk memulakan perancangan untuk kedua-dua ini seawal yang mungkin.

2. Melabur seperti anda masih dalam umur 30-an

Apabila menghampiri persaraan, anda lebih berhati-hati terhadap simpanan anda. Hanya mengekalkan modal bukanlah strategi kewangan yang mampan, wang tersebut mesti ‘bekerja’ untuk anda. Pastikan anda terus menambahkan wang simpanan anda menjangkaui umur 50-an dan ke atas supaya dapat menangani inflasi dan menampung keperluan anda dari segi kewangan.

Dalam umur 60-an

60s

Anda akhirnya telah bersara, dan anak-anak anda sudah berkahwin dan memulakan keluarga mereka sendiri. Senario terbaik adalah menikmati hidup bahagia di usia senja dan melakukan apa sahaja yang anda tidak sempat lakukan sebelum ini.

1. Mengabaikan pelaburan sepenuhnya

Golongan pesara boleh teruskan pelaburan untuk menambahkan pendapatan persaraan melalui pelaburan yang menawarkan pengagihan secara bulanan atau suku tahunan. Memastikan pelaburan anda menyediakan aliran pendapatan yang mantap dapat membantu anda menguruskan belanjawan dengan lebih baik.

2. Tidak mengekalkan insurans perubatan

Apabila umur anda semakin meningkat, insurans perubatan akan menjadi lebih mahal. Ada sebabnya mengapa kos insurans perubatan meningkat seiring dengan umur anda – apabila anda semakin tua, anda lebih mudah jatuh sakit, dan ini menyebabkan bil perubatan mula bertambah. Itulah masanya anda mungkin menyesal tidak mengekalkan insurans perubatan anda.

Ingin menambahkan simpanan anda? Baca petua kami mengenai cara untuk menambahkan simpanan anda lebih cepat.

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart

Artikel ini dibawa kepada anda daripada Hong Leong Bank dengan kerjasama iMoney.my

Disclaimer: This content is for informational purposes and use only. It does not constitute and is not intended as financial or investment advice. You are encouraged to consult with competent accounting, financial or investment professionals based on your specific circumstances and needs before making any financial or investment decisions. We do not make any warranties as to accuracy or completeness of this information, do not endorse any third-party companies, products, or services described here, and take no liability for your use of this information. Figures and pictures, where used, are for illustration and explanation purposes only.