Common Financial Terms

Adakah anda pernah cuba untuk memahami kewangan anda tetapi keliru dengan jargon kewangan yang digunakan? Institusi kewangan (dan laman web kewangan peribadi) sering menggunakan akronim dan istilah yang sukar difahami.

Jangan risau, berikut adalah istilah biasa yang anda mungkin lihat dan apa maksud sebenar istilah ini.

Anda membayar faedah apabila anda membuat pinjaman daripada bank, tetapi bank juga akan membayar faedah untuk wang simpanan anda di dalam bank tersebut.

Ada dua jenis faedah:

1 Faedah

Faedah kompaun

Faedah kompaun dikira berdasarkan jumlah prinsipal pinjaman/deposit ditambah dengan semua faedah sebelumnya.

Sebagai contoh, jika anda meraih faedah di Bulan 1 dalam akaun deposit anda, faedah yang mungkin anda terima pada Bulan 2 dikira berdasarkan jumlah prinsipal ditambah faedah yang diraih.

Dalam erti kata lain, anda mendapat faedah ke atas faedah. Ini bagus jika anda memperoleh faedah, tetapi tidak begitu baik jika anda yang membayarnya.

Faedah mudah

Faedah mudah dikira atas jumlah prinsipal (atau asal) pinjaman atau deposit.

2 Bagaimana Kadar faedah ditetapkan?

Pernahkah anda terfikir bagaimana bank menetapkan kadar faedah apabila anda mengambil pinjaman atau membuat deposit? Kadar faedah anda bergantung pada Kadar Asas(BR) yang ditetapkan oleh bank. BR juga bergantung pada sesuatu yang dipanggil Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. OPR adalah kadar faedah yang digunakan oleh bank apabila meminjam dana antara satu sama lain. Betul, bank boleh pinjam dana daripada bank lain dari semasa ke semasa untuk seimbangkan kekurangan dan surplus dana untuk hari pinjaman tersebut, pengeluaran, dan deposit untuk dibuat pelanggan.

3 Nisbah khidmat hutang (DSR)

Apabila anda memohon pinjaman, bank menggunakan nisbah khidmat hutang (DSR) untuk melihat jika anda boleh menguruskan komitmen pinjaman anda. DSR memberitahu bank jumlah pendapatan semasa anda yang digunakan untuk membayar balik hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain untuk mengenalpasti kemampuan anda untuk membayar semula.

Jika DSR anda terlalu tinggi, bank anda mungkin menawarkan jumlah pinjaman maksimum yang lebih rendah atau tidak memberi pinjaman kepada anda sama sekali. Anda mungkin rasa kecewa kerana ditolak, tetapi ini sebenarnya dapat membantu mengurangkan hutang anda.

Secara amnya, Bank tidak akan memberi pinjaman jika DSR anda antara 60% hingga 70%. Ini bermakna jika pendapatan anda ialah RM5,000 sebulan, anda akan menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman jika komitmen hutang anda adalah antara RM3,000 hingga RM3,500 sebulan.

4 Skor Kredit

Adakah anda tahu bahawa setiap kali anda mengambil pinjaman, meningkatkan baki kad kredit, dan membuat (atau terlepas) bayaran, ia akan direkodkan?

Maklumat ini disimpan dalam pangkalan data yang dinamakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Agensi pelaporan kredit seperti RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI), CTOS, dan Biro Kredit Malaysia boleh mengakses maklumat ini dan mengeluarkan skor kredit anda.

Dalam erti kata lain, skor kredit adalah penarafan bagi kesihatan kredit anda.

Skor kredit yang lebih tinggi = lebih baik = bank lebih menyukai anda dan kemungkinan besar akan memberi pinjaman kepada anda.

Apa langkah seterusnya?

Anda kini sudah mengetahui (diharapkan) beberapa jargon kewangan, jadi anda boleh melihat panduan kami yang lain!

Ketahui kedudukan kewangan anda! Dapatkan laporan skor kredit anda dan tip untuk meningkatkan kesihatan kewangan daripada Hong Leong Bank dan iMoney hari ini.