BM | NTB SP Connect

Pelanggan yang Dihormati,

HLB berada di sini untuk memberi anda sokongan yang terbaik untuk perniagaan milikan tunggal anda. Kami menjadikan perbankan lebih mudah supaya anda boleh fokus untuk mengembangkan perniagaan anda.

Kerani Pentadbiran (Admin Clerk): Bantuan untuk perniagaan anda

Ciri Admin Clerk ini membolehkan anda mengagihkan tugas harian kepada pembantu atau pekerja yang dipercayai. Mereka boleh mengakses Akaun Perniagaan untuk:

  • Membuat pemindahan dana dan pembayaran bil
  • Menyimpan benefisiari atau penerima kegemaran untuk transaksi masa depan
  • Anda mempunyai kawalan penuh ke atas tetapan akses dan transaksi Admin Clerk anda, seperti:
  • Menetapkan jenis transaksi yang dibenarkan
  • Menetapkan had transaksi harian
  • Memberi, membuang atau menukar akses Admin Clerk

Perbankan mudah di satu tempat

  • Bayar pembekal tempatan dengan mudah melalui Pemindahan Dana dalam talian
  • Jana DuitNow QR untuk menerima bayaran daripada pelanggan
  • Bayar pembekal luar negara dari lebih 200 negara dengan kadar pertukaran asing yang kompetitif dari serendah RM10
  • Lihat dan muat turun sehingga 2 tahun e-Penyata
  • Bayar utiliti perniagaan iaitu air, wifi, elektrik melalui Pembayaran Bil dalam talian
  • Akses tunggal untuk kedua-dua Akaun Perniagaan & Peribadi anda
  • Mudah & Selamat
  • Pilih bahasa pilihan anda di antara Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Mandarin untuk HLB Connect App anda
  • Log masuk ke HLB Connect App anda dengan selamat menggunakan ciri biometrik telefon anda
  • Guna AppAuthorise sebagai ciri keselamatan tambahan untuk membenarkan transaksi bukan Kegemaran anda
  • Tetapkan had transaksi harian

Cara-cara untuk mendaftar sebagai pengguna HLB Connect

Jika anda pemegang kad debit HLB, lawati www.hlb.com.my/signup dan ikuti langkah mudah berikut.

  • Masukkan Nombor ID anda (KP Baharu/Passport) dan lengkapkan TAC yang diterima melalui telefon bimbit.

  • Lengkapkan butiran Kad anda

  • Cipta Nama Pengguna, Kata Laluan dan pilih Gambar Keselamatan

Jika anda bukan pemegang kad debit, sila kunjungi cawangan terdekat untuk memohon. Lokasi cawangan

Tertakluk pada Terma dan Syarat