Dapatkan pemberitahuan masa sebenar

Hong Leong Bank akan memaklumkan kepada pemegang kad melalui SMS untuk setiap transaksi yang dibuat melalui kad debit/-i mereka di mana amaun melebihi amaun ambang tertentu yang ditetapkan oleh Bank. Jumlah yang telah ditetapkan itu tertakluk kepada perubahan oleh Bank dari semasa ke semasa.
 

Nombor telefon mobile terbaru pemegang kad dalam rekod Hong Leong Bank akan digunakan untuk tujuan menghantar SMS amaran transaksi.
 

Harap maklum bahawa pemegang kad boleh menetapkan amaun ambang pilihan mereka bagi SMS amaran transaksi atau untuk memilih keluar daripada perkhidmatan SMS amaran transaksi ini.
 

Untuk berbuat demikian, pemegang kad dikehendaki menghantar permohonan mereka dengan melengkapkan Borang Penyelenggaraan Perkhidmatan SMS Amaran Transaksi, yang boleh didapati melalui laman web Hong Leong Bank www.hlb.com.my atau di cawangan Hong Leong Bank berhampiran. 
 

Klik sini, untuk muat turun borang.