Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda
Ciri-ciri & Manfaat
Akaun Deposit Tetap Junior direka khas untuk kanak-kanak berusia dibawah 18 tahun.  Ia memberi faedah menarik yang dikira secara harian ke atas baki akaun. Perletakan deposit tetap bermula dari RM1,000.
- Dapatkan kadar faedah yang menarik bagi Deposit Tetap Junior bertempoh jangka panjang (12 bulan dan ke atas).
- Minimum RM1,000 sahaja bagi peletakan deposit tetap.
- Faedah dikira secara harian dan dibayar ke dalam Akaun Simpanan Junior pada tarikh matang.
- Fleksibiliti untuk melakukan pengeluaran awal sebahagian daripada deposit tetap dan masih terima faedah deposit tetap bagi baki yang tertinggal (Pengeluaran sebahagian mesti dalam gandaan RM3,000).
- Menerima penyata sukuan tahun bagi ringkasan, baki dan aktiviti-aktiviti akaun.
- Pilihan untuk mendaftar arahan tetap dari Akaun Simpanan Junior ke dalam Deposit Tetap Junior dalam gandaan RM1,000 sehingga maksimum RM5,000.
- Pengeluaran sebahagian disediakan di mana-mana cawangan.
- Berkuat kuasa 1 Januari 2019, tiada faedah akan dibayar ke atas amaun yang dikeluarkan sebahagian dan pengeluaran pramatang deposit tetap junior
 
Kelayakan
                    
                        
                            
- Kanak-kanak berusia dibawah 18 tahun.
- Untuk individu, sama ada nama perseorangan atau nama bersama.
- Minimum RM1,000 untuk membuka akaun.
                                Maklumat Lanjut
                            
                                Kurang Butiran
                        
                    
            
- Kanak-kanak berusia dibawah 18 tahun.
- Untuk individu, sama ada nama perseorangan atau nama bersama.
- Minimum RM1,000 untuk membuka akaun.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
  
| Tempoh | Kadar Faedah (setahun) | 
|---|---|
| 1 - 2 bulan | 1.75% | 
| 3 bulan | 2.00% | 
| 4 - 5 bulan | 2.05% | 
| 6 bulan | 2.05% | 
| 7 - 11 bulan | 2.10% | 
| 12 - 60 bulan | 2.25% | 
Kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank dan bawa bersama:
- Sijil kelahiran anak-anak dan MyKid.
- MyKad/pasport ibu bapa atau penjaga sah.
Notis Penting
Sila klik SINI untuk senarai fi dan caj yang lengkap.
 
						 
                
                