Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda
Ciri-ciri & Manfaat
Akaun “Senior Savers Flexi FD” direka khas untuk Individu berumur 50 tahun dan ke atas. Ia memberikan faedah tinggi dan membenarkan pengeluaran awal sebahagian dana pada bila-bila masa tanpa kehilangan faedah deposit tetap pada baki akaun.
Dapatkan faedah tinggi, dikreditkan secara bulanan ke dalam mana-mana Akaun Simpanan atau Semasa
Dapatkan faedah yang lebih tinggi daripada deposit tetap konvensional (untuk tempoh 12, 24, 36, 48 dan 60 bulan sahaja).
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Penyata gabungan bulanan
Untuk pengurusan akaun yang mudah.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Fleksibiliti untuk pengeluaran awal sebahagian deposit tetap tanpa kehilangan faedah ke atas baki
- Pengeluaran sebahagian adalah dalam gandaan RM3,000. Baki tertunggak akan dinyatakan pada e-Penyata Bulanan.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Kemudahan pengeluaran dari mana-mana cawangan seluruh negara
Kelayakan
- Untuk 50 tahun dan ke atas, secara tunggal atau bersama.
- Minimum RM10,000 untuk membuka Senior Savers Flexi FD.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
Berkuatkuasa pada 1 Januari 2021, Amaun Peletakan FD tidak boleh digunakan sebagai cagaran untuk tujuan menjamin apa-apa kemudahan kredit yang diperolehi atau akan diperolehi oleh Pelanggan kecuali Amaun Peletakan FD digunakan sebagai cagaran untuk menjamin Kad Kredit konvensional (iaitu Kad Credit yang dikeluarkan oleh Hong Leong Bank Berhad) dengan Bank. Untuk pengaturan janji tersebut, Pelanggan perlu merujuk kepada halaman produk Kad Kredit dengan Deposit Tetap.
Jika baki dalam Senior Savers Flexi FD adalah kurang daripada RM10,000, pelanggan dikehendaki untuk menarik balik kira-kira sepenuhnya. Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan.
Jika Senior Savers Flexi FD dikeluarkan sebahagian atau keseluruhan, sebelum tarikh matang maka peraturan berikut akan digunapakai::
a. Faedah tidak akan dibayar bagi peletakan Senior Savers Flexi FD yang dikeluarkan sebelum genap tempoh minimum tiga (3) bulan; dan
b. Faedah akan dibayar bagi Senior Savers Flexi FD yang dikeluarkan selepas genap tempoh tiga (3) bulan dan akan menerima separuh (1/) kadar faedah asal yang dikontrakkan pada setiap bulan yang lengkap.
Tiada faedah akan dibayar bagi amaun pengeluaran sebahagian dan pengeluran pramatang Senior Savers Flexi FD.
Simpan dan pengecualian syarat-syarat atau variasi yang dinyatakan di dalam ini, semua terma dan syarat yang berkaitan dengan Hong Leong Deposit Tetap adalah berkenaan dan berkuat kuasa sepenuhnya.
Tarikh kuat kuasa:
- 3 March 2014 untuk pelanggan baru HLB.
- 24 March 2014 untuk pelanggan sedia ada HLB daripada 3 March 2014.
Tempoh |
Kadar Faedah (setahun) |
---|---|
12, 24, 36, 48 atau 60 bulan |
1.75% |
Notis Penting
Sila klik SINI untuk senarai fi dan caj yang lengkap.
Bahasa Melayu
English