stay safe banner

Jaga keselamatan butiran peribadi dan perbankan anda semasa Covid-19 ini

Kami menyarankan agar anda mengambil langkah lebih berjaga-jaga dan berhati-hati pada setiap masa. Terdapat beberapa kes penipuan berkaitan Covid-19 yang berlaku melalui chat, media sosial, e-mel dan laman web yang menawarkan nasihat dan kemas kini kes masa sebenar. Laman web ini digunakan untuk mengadakan serangan phishing, menyebarkan malware dan memperdayakan pelanggan untuk membeli penawar, ubat atau vaksin Covid-19 yang palsu.

 

Jangan sekali-kali kongsi butiran peribadi dan perbankan anda, termasuk maklumat kad kredit dan kad debit.