BNM Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF)
Dalam usaha menyokong PKS yang menghadapi tekanan kewangan jangka pendek akibat gangguan dalam perdagangan global dan rantaian bekalan berikutan konflik geopolitik semasa di Asia Barat, BNM telah menubuhkan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF). SME SRF merupakam kemudahan yang menyediakan pembiayaan modal kerja untuk membantu PKS yang berdaya maju menstabilkan dan meneruskan operasi perniagaan sepanjang tempoh ketidakpastian yang ketara ini.
|
Ciri-Ciri Utama |
||
|---|---|---|
|
Skim |
BNM Kemudahan Bantuan dan Kestabilan PKS (SME SRF) | |
|
Kriteria Kelayakan |
PKS* Malaysia yang berdaya maju dan mengalami kesan ketara (iaitu sehingga mengakibatkan tekanan kewangan) susulan gangguan perdagangan serta rantaian bekalan yang berpunca daripada konflik geopolitik di Asia Barat (bermula bulan Mac 2026)
|
|
| Tujuan Pembiayaan |
Modal kerja (tidak termasuk pembiayaan semula)
|
|
|
Kadar Pembiayaan |
Hingga 3.75% setahun termasuk fi jaminan sebanyak 0.5% setahun |
|
|
Jumlah Pembiayaan |
Hingga RM 750,000
Nota: PKS berkaitan dengan pegangan saham biasa akan tertakluk kepada had pembiayaan maksimum berasingan sebanyak RM750,000, dengan syarat PKS menggaji tenaga kerja berasingan |
|
| Tempoh Pembiayaan |
Hingga 5 tahun |
|
Nota: Kelulusan muktamad pembiayaan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh pihak Bank.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh memberikan maklumat perniagaan anda melalui butang pautan Saya Berminat dan Pengurus Perhubungan PKS kami akan menghubungi anda.
Pelanggan PKS yang berminat boleh memohon skim pembiayaan ini melalui Pengurus Perhubungan PKS kami.