Anda mungkin menyukai
Ciri-Ciri Am
Bil Keluar untuk Pungutan (OBC) adalah perkhidmatan perdagangan yang ditawarkan oleh Bank (dipanggil Bank Pungutan) untuk menghantar dokumen jualan / eksport pelanggan dan arahan pungutan kepada bank pemungut di dalam negara pengimport/pembeli untuk dikemukakan kepada pembeli/pengimport (pesuruh bayar) untuk pembayaran.
Bil Masuk untuk Pungutan (IBC) adalah perkhidmatan perdagangan yang diberikan oleh Bank, sebagai Bank Pemungut/Penyerah untuk mengendalikan dan memaklumkan pelanggan (pembeli / pesuruh bayar) tentang dokumen-dokumen penghantaran yang telah diterima daripada pembekal mereka (penyuruh bayar).
Terdapat dua jenis Pungutan
- D/P (Dokumen atas Pembayaran)
- D/A (Dokumen atas Penerimaan)
Untuk Pembeli
- Kaedah pembayaran yang mudah dan lebih murah dalam mengendalikan Bil Masuk untuk Pungutan (IBC) anda.
- Pemakluman segera tentang penerimaan dokumen penghantaran.
- Menikmati perkhidmatan perantara bagi pengurusan penyelesaian perdagangan menurut terma yang telah dipersetujui antara anda dan pembekal anda.
- Lebih fleksibel, penyelesaian bayaran hanya selepas pelepasan/ penerimaan dokumen.
- Pembiayaan boleh dipertimbangkan atas permintaan.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Untuk Penjual
- Produk Bil Masuk untuk Pungutan (OBC) untuk pengurusan pungutan anda adalah mudah dan kos efektif
- Pemakluman segera tentang status bil pungutan sama ada masih tertunggak ataupun telah diterima.
- Pengawalan barang dikekalkan sehingga Pembeli membuat bayaran/memberikan penerimaan.
- Penerimaan bil pertukaran mengikat pesuruh bayar (pembeli) dari segi undang-undang - satu bentuk jaminan kepada Penjual.
- Pembiayaan boleh dipertimbangkan untuk dokumen-dokumen eksport / penjualan yang dihantar untuk pungutan.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk bagi perincian tentang harga.
Sila rujuk sini bagi perincian tentang fi dan caj perdagangan.