Anda mungkin menyukai
Ciri-Ciri Am
Surat Kredit (LC) juga dikenali sebagai Kredit Berdokumen dan merupakan jaminan yang tidak boleh dimansuhkan dan Bank Pengeluar mesti menghormati pengemukaan dokumen LC yang mematuhi terma dan syarat LC. LC boleh dikeluarkan secara Tampak (at Sight) atau Usans (Usance), bergantung pada arahan pembeli (Pemohon).
LC pada asasnya adalah instrumen berdokumen yang dikeluarkan oleh bank untuk melunaskan transaksi perdagangan.
Bank Pengeluar LC mengeluarkan surat aku janji atas permintaan dan arahan pembeli (Pemohon). Bank Pengeluar atau Bank Peraku (jika ada) menjamin bayaran kepada penjual (Benefisiari) sekiranya dokumen yang dikemukakan mematuhi terma dan syarat LC.
Bayaran dijamin berdasarkan pada dokumen dan tidak pada barangan atau perkhidmatan yang dirujuk.
Dokumen yang dikemukakan di bawah kredit berdokumen tertakluk kepada peraturan terbaharu Uniform Customs and Practices for Documentary Credits (UCP) dan Uniform Rules for Bank-to-Bank Reimbursements under Documentary Credit (URR) serta International Chamber of Commerce Publication.
Manfaat
- Bayaran di bawah kemudahan LC hanya boleh dilaksanakan apabila dokumen yang mematuhi terma dan syarat dikemukakan
- Peluang untuk merundingkan tempoh kredit dan harga yang lebih baik dengan pembekal
- Boleh mendapatkan pembiayaan import
- Pihak bank boleh membantu untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan kawalan pertukaran mata wang dan isu perdagangan semasa LC dikeluarkan
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk bagi perincian tentang harga.
Sila rujuk sini bagi perincian tentang fi dan caj perdagangan.