Anda mungkin menyukai
Ciri-ciri Am
Resit Amanah (TR) adalah kaedah pembiayaan di mana Bank memegang hak milik sah barangan tetapi melepaskan milikan fizikal kepada pembeli/pengimport barangan yang dianggap sebagai pemegang amanah atau agen kepada Bank. Pembeli/pengimport akan menjual barangan dan membayar balik Bank (amaun yang tertunggak bersama faedah) dengan menggunakan hasil jualan pada atau sebelum tarikh matang TR.
Pembiayaan TR dihadkan untuk keperluan modal kerja dan tidak boleh digunakan untuk membiayai pembelian aset tetap seperti loji, mesin, dan lain-lain.
Tempoh minimum pembiayaan adalah 7 hari dan tempoh maksimum tidak boleh melebihi tempoh pembiayaan yang diluluskan oleh bank.
Jumlah pembiayaan minimum ialah RM2,500.
Dapatkan Lebih Fleksibiliti
- Fleksibiliti untuk membuat pembayaran penuh pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda (penyelesaian awal) tetapi tertakluk kepada tarikh matang TR.
- Pembiayaan penuh bagi amaun invois.
- Faedah dikira sehingga tarikh penyelesaian sahaja.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk bagi perincian tentang harga.
Sila rujuk sini bagi perincian tentang fi dan caj perdagangan.