Anda mungkin menyukai
Ciri-ciri Am
AAT digunakan untuk membayar pendahuluan pembelian bahan mentah/keperluan modal kerja untuk pengeluaran barangan bagi tujuan eksport yang berkaitan dengan perniagaan pelanggan. Ia tidak boleh digunakan untuk membiayai pembelian aset tetap pelanggan.
AAT menyediakan pembiayaan kepada pengeksport melalui:
1. AAT Pembiayaan Sebelum Penghantaran (AAT-Pre), berdasarkan:
(a) Surat Kredit Eksport dan/Pindaan, Atau
(b) Pesanan Belian (PO) yang dikeluarkan oleh Pembeli Luar Negara atau Kontrak Jualan, dengan syarat dokumen selepas penghantaran MESTI disalurkan kepada Bank
Amaun pembiayaan minimum ialah RM20,000 atau yang setaraf, dan tempoh pembiayaan minimum adalah 7 hari sehingga tempoh pembiayaan yang diluluskan oleh bank.
2. AAT Pembiayaan Selepas Penghantaran (AAT-Post) berdasarkan:
Semua dokumen yang dikehendaki di bawah Surat Kredit Eksport atau dalam kes pembiayaan berdasarkan PO/Kontrak Jualan, Invois asal dan Dokumen Pengangkutan perlu dikemukakan kepada bank.
Amaun pembiayaan minimum ialah RM20,000 atau yang setaraf dan tempoh pembiayaan minimum adalah 7 hari sehingga tempoh maksimum, secara umumnya, adalah 120 hari.
Tanpa risau dan berorientasikan tahap kemajuan
- Akses tersedia bagi kemudahan kredit pada kadar faedah yang kompetitif
- Pengaturan pembiayaan menyeluruh bagi memastikan aliran bekalan yang lancar
- Memudahkan aliran tunai bagi perkembangan perniagaan
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk bagi perincian tentang harga.
Sila rujuk sini bagi perincian tentang fi dan caj perdagangan.