Anda mungkin menyukai
Ciri-ciri Am
Jaminan Perkapalan (SG) merupakan dokumen tanggung rugi yang dikeluarkan oleh Bank yang dialamatkan kepada syarikat perkapalan atas arahan pengimport untuk mengambil barang-barang dari syarikat perkapalan atau ejennya tanpa perlu mengemukakan bil muatan asal.
Pengendorsan Bil Muatan (BL) / Bil Jalan Udara/ Resit Pos Bungkusan adalah untuk barang-barang yang dihantar melalui laut, udara atau pos bungkusan. Pelanggan mungkin menerima satu salinan BL, Bil Jalan Udara atau Resit Pos Bungkusan sebelum penerimaan dokumen asal. Dalam keadaan sedemikian, kuasa pengizinan pada BL / Bil Jalan Udara / Resit Pos Bungkusan boleh dilakukan bagi membolehkan pelanggan mengambil barang-barang.
Penyelesaian masalah kelewatan dokumen yang tidak diduga
- Mengambil barangan yang dihantar sebelum penerimaan dokumen pengangkutan asal.
- Menerima barangan dengan lebih cepat.
- Penjimatan atas caj pelabuhan, yuran bayaran kelewatan dan lain-lain.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk bagi perincian tentang harga.
Sila rujuk sini bagi perincian tentang fi dan caj perdagangan.
0.10% rata pada nilai invois - tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan oleh bank.
Sila rujuk sini bagi perincian tentang fi dan caj perdagangan.