
Kami adalah sebuah Bank yang berteraskan komuniti dan pelanggan, dengan tumpuan dalam menyediakan penyelesaian digital yang inovatif untuk industri perkhidmatan kewangan.
Dalam memacu industri kewangan yang berkembang pesat, kami dipandu oleh teras nilai dan prinsip. Untuk sentiasa membawa impak yang positif kepada persekitaran, ekonomi serta masyarakat, ESG diintegrasikan di dalam teras nilai rangka kerja kami.



Melaksanakan Tanggungjawab untuk Alam Sekitar
Dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), kami mengorak langkah dalam melaksanakan projek pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem paya bakau di Taman Alam Kuala Selangor, lebih kurang 50,000 pokok bakau telah dan akan ditanam di kawasan tersebut daripada 2022-2025 bagi membaik pulih tanah hutan yang telah rosak. Dengan ini, anggaran purata penyingkiran GHG (Gas Rumah Hijau) antropogenik mampu mencapai melebihi 1,200 CO2 setiap tahun dalam tempoh 20 tahun akan datang.