Hong Leong Bank – Program Pengurusan Bersekutu

Program Pengurusan Bersekutu

Satu program 21 bulan yang direka untuk menyediakan graduan baru dengan laluan pantas untuk maju dalam kerjaya anda dalam bidang perbankan.

 

Program Pengurusan Bersekutu kami adalah sebuah program menyeluruh, berstruktur dan fokus kepada masa depan supaya anda kekal di hadapan berbanding yang lain. Perjalanan anda dengan kami mendedahkan anda kepada pasukan bersilang fungsian melalui projek-projek, bekerja dan belajar dengan pelbagai jabatan dan pengurus, serta menerima latihan formal dalam asas-asas perbankan, pengurusan projek dan banyak lagi.

70% - Projek

Anda akan diberi kepercayaan untuk mengendali dan menguruskan projek pejabat hadapan, tengah dan belakang oleh pihak pengurusan kanan. Projek yang dinamik ini akan mencabar anda untuk keluar daripada zon selesa kerana apa yang anda lakukan akan memberi kesan kepada perniagaan. Projek-projek ini juga akan membantu anda menyesuaikan diri dengan pengurusan.

10% - Latihan Formal

Anda diberikan latihan latihan asas tetapi penting yang akan menjadi teras kepada kerjaya perbankan anda. Ini termasuklah suai kenal, asas-asas perbankan, maklumat produk, kepimpinan diri dan kemahiran pengurusan projek.

20% - Belajar Daripada Orang Lain

Bagi kami, peluang untuk menimba pengetahuan bukan sahaja datang daripada melaksanakan projek tetapi dengan bekerja dalam pasukan serta pelbagai pemegang kepentingan. Anda akan dilatih oleh pengurus saluran, menerima panduan mentor daripada pengurusan kanan dan didedahkan kepada pasukan bersilang fungsi.

  • Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
  • CGPA minimum 3.25 atau yang setaraf dengannya
  • Kepimpinan yang ditunjukkan melalui aktiviti  ko-kurikulum
  • Mempunyai sifat-sifat berikut:
    • Dipacu oleh hasil prestasi
    • Ketekalan dalam prestasi
    • Mahukan perhubungan menang-menang
    • Mencabar quo status apabila perlu, dan mencadangkan pendekatan yang lebih baik
    • Menunjukkan keberanian dan rendah diri
    • Mengambil tanggungjawab dan melaksanakannya
    • Memimpin perubahan dan inovasi
    • Beraspirasi untuk membina kerjaya perbankan untuk jangka masa panjang

Jadilah sebahagian daripada keluarga Hong Leong

Alami kaedah pembelajaran komprehensif dengan program yang memfokus pada masa depan, direka untuk siswazah baharu yang mahukan pacuan dalam kerjaya mereka.  
 

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.