HLB Employer Branding

Selamat Datang ke
Perkhidmatan Pembiayaan Peribadi (PFS)

Kami memainkan peranan di dalam memastikan rakyat Malaysia mencapai matlamat kewangan mereka. Dari segi pinjaman untuk kereta atau rumah idaman, pelan pelaburan dalam mengembangkan kewangan, kemudahan transaksi, mahu pun pembiayaan demi perniagaan, kami hulurkan perkhidmatan dengan produk yang komprehensif, bersesuaian dengan gaya hidup dan keperluan yang berbeza. Di HLB, kami membina hubungan yang berkekalan bersama pelanggan.

Perkembangan Digital Kami

Penerokaan semula perjalanan pelanggan kami telah mencentuskan idea dengan memperkenalkan penyelesaian pertama dalam pasaran. Kami telah membawa perbankan ke tempat pengguna dengan mewujudkan kedai digital HLB di platform e-dagang terkemuka Malaysia (Shopee Mall). Bahkan kami juga telah bekerjasama dengan Paynet bagi mengubah komuniti Sekinchan sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk mempromosikan rangkuman kewangan dan digital, dengan menyediakan lebih 800 pertubuhan dan sekolah dengan sistem pembayaran tanpa tunai.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Beberapa penyelesaian kewangan komprehensif telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia yang ingin membeli aset mesra alam, memasang panel solar serta memiliki kenderaan hibrid atau elektrik.

Demi menggalakan kesedaran alam sekitar dikalangan pemegang Akaun Junior, Kempen ""Earth Hero"" diadakan bagi memupuk amalan penjimatan yang positif dengan menanam pokok sebenar bagi pihak mereka.

Selamat Datang ke
Perbankan Perniagaan & Perbadanan (BCB)

Kami memainkan peranan bagi memastikan perniagaan untuk terus maju bersama pelbagai penyelesaian kewangan yang komprehensif. Termasuk akaun perniagaan serta deposit tetap untuk aliran tunai, perkhidmatan dan kelengkapan yang menjadikan transaksi perniagaan lebih lancar, dan pilihan pembiayaan yang meliputi perolehan aset, modal kerja, kemajuan perniagaan dan lain-lain. Bermula daripada perbankan dalam talian sehingga pembayaran kepada pengusaha perniagaan, kami di sini sedia untuk menyokong semua keperluan perniagaan, meliputi PKS sehingga perusahaan yang besar.

Perkembangan Digital Kami

Proses pembukaan akaun perniagaan tanpa kertas telah diperkemaskan dan kini tempoh pengambilan dikurangkan daripada 7 hari kepada 30 minit. Kami juga telah memperkenalkan ""Project Cashless Kampung"" di Sekinchan bagi membolehkan perniagaan lokal untuk melakukan transaksi tanpa tunai menerusi penyelesaian kami termasuk HLB ConnectFirst, HLB Biz Buddy dan Platform Pengambilan Usahawan Dalam Talian.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Rangka Kerja Bon Hijau kami memastikan hasil bon hijau terbitan Bank akan digunakan untuk membiayai aset atau projek hijau yang memenuhi kriteria kelayakan. Rangka Kerja Pembiayaan Akhir Pemaju kami menyepadukan penilaian ESG ke dalam proses membuat keputusan untuk panel pemaju, sementara Rangka Kerja dan Dasar Penilaian ESG serta pendekatan menyeluruh dalam membantu pelanggan untuk beralih kepada operasi perniagaan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan mengurus ESG demi portfolio pinjaman yang lebih baik.

Selamat Datang ke
Pengurusan Kekayaan Serantau (RWM)

Keutamaan kami adalah untuk melindungi dan memelihara kekayaan pelanggan kami. Kami membantu pelanggan kami untuk mencapai matlamat kewangan dengan menggabungkan kepakaran dalam pembangunan produk, penyelidikan dan pemahaman pasaran pelaburan, pendekatan tumpuan serantau serta penyelesaian pelanggan.

Perkembangan Digital Kami

Dalam usaha ke arah pelaburan digital, pelanggan kini boleh menyemak portfolio pelaburan mereka menerusi aplikasi HLB Connect, dengan pelan yang menawarkan transaksi untuk masa terdekat dan kebolehan untuk berurus niaga serta semakan terus portfolio di mana jua mampu mengukuhkan tawaran pengurus perhubungan kami.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Setelah sekian lama, kini kami berhasrat untuk hanya menyediakan penyelesaian pengurusan kekayan ESG, memastikan Aset Yang Diuruskan memenuhi keperluan dan permintaan pelbagai lapisan pelanggan, termasuk meningkatkan permintaan perkhidmatan dan produk yang lestari.

Selamat Datang ke
Pasaran Global (GM)

Matlamat kami adalah untuk membantu dan menyediakan pelanggan peruncitan, korporat dan institusi dalam pelaburan serta keperluan lindung nilai menerusi operasi perbendaharaan domestik dan pasaran modal, termasuk pertukaran to mata wang asing, operasi pasaran wang, keselamatan pasaran modal pelaburan dan perdagangan. Kami juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lebihan mudah tunai Bank serta risiko yang mucul daripada transaksi dan aliran pembayaran pelanggan.

Perkembangan Digital Kami

Platform perbankan internet korporat HLB ConnectFirst kami disertakan dengan keupayaan FX dalam talian bagi membolehkan tempahan dan transaksi mata wang asing melalui pautan terus ke sistem tempahan Pasaran Global kami.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Kami mematuhi garis panduan oleh Perubahan Iklim dan Prinsip berasaskan Taksonomi (CCPT) Bank Negara Malaysia (BNM), Garis Panduan (GP) dan Sistem Klasifikasi yang menyediakan laporan risiko berkaitan iklim Klasifikasi dan pelaporan piawai untuk menyokong penilaian risiko dan pemantauan pembiayaan dan pelaburan.

Selamat Datang ke
Hong Leong Islamic Bank (HLISB)

Menumpukan penyediaan penyelesaian holistik yang strategik berlandaskan prinsip Syariah, kami menawarkan pelbagai penyelesaian inovatif yang melangkaui perkhidmatan pembiayaan peribadi, pengurusan kekayaan, perniagaan dan perbankan korporat serta pasaran global Islamik.

Perkembangan Digital Kami

Kami merupakan peneraju Bank Islam pertama di Malaysia dalam melancarkan proses kelulusan Pembiayaan Auto secara digital bagi melengkapkan pemprosesan tanpa kertas.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

HLISB bertekad untuk meluaskan pertimbangan kelestarian dan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) di dalam amalan perbankan. Aktiviti kami dirangka menerusi tiga elemen utama VBI iaitu Ekonomi, Komuniti dan Alam Sekitar. Latihan pensekuritian sosial mampan bersama Cagamas juga telah melaksanakan dan kemudahan pembiayaan tenaga hijau Solar Plus Financing-i telah diperkenalkan.

Selamat Datang ke
Bahagian Kredit Borong

Kami berganding bahu/bekerjasama dengan Bahagian Perbankan Perniagaan & Korporat (BCB) dengan memberikan bantuan dalam aktiviti perniagaan mereka melalui pinjaman khusus kepada pelanggan korporat, komersial serta PKS kami.

Ketahui lebih lanjut tentang peranan di Bahagian Kredit Borong melalui rakan sekerja kami.

Perkembangan Digital Kami

Dengan Sistem Pengasalan Pinjaman yang diperkemas,kami memudahkan proses permohonan serta pemulihan pinjaman bagi PKS dan pelanggan komersil sambil memberikan pengalaman terbaik bermula daripada proses permohonan sehingga peringkat keluusan dan pembayaran. Kami juga telah mengautomasikan/memudahkan analisis penyata bank pelanggan untuk memendekkan masa penilaian daripada 2 jam kepada seawal 1 minit.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

WCD membantu membentuk program latihan Pembinaan Kapasiti ESG BCB secara dalaman bagi memberi bimbingan kepada Pengurus Perhubungan Akaun dan kumpulan Risiko Kredit dalam menggunakan Rangka Kerja Penilaian ESG BCB untuk menilai risiko ekonomi serta sosial yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan pelanggan. Ia juga menyediakan penilaian keupayaan pelanggan bagi mengurangkan risiko (seperti yang telah disebutkan), kemudian menetapkan penarafan risiko yang sesuai.

Selamat Datang ke
Kredit Perkhidmatan Pembiayaan Peribadi
(Kredit PFS)

Kami mempunyai misi untuk menyediakan penyelesaian kewangan kepada pelanggan dan komuniti kami. Peranan kami adalah untuk memastikan Hong Leong Bank memberi pinjaman secara bertanggungjawab kepada pelanggan bagi membuka peluang untuk mencapai matlamat yang mereka impikan. Kami menilai keadaan kewangan, keupayaan pembayaran semula, nilai cagaran serta potensi pertumbuhan peminjam yang berkebolehan dan sedia ada bagi menyokong pembangunan perniagaan bank sementara mengekalkan portfolio pinjaman yang sihat dan berbeza.

Perkembangan Digital Kami

Penyelesaian kutipan pembayaran kami mempunyai fungsi panggilan ramalan untuk mengesan sebarang perubahan dalam tingkah laku pembayaran pelanggan, serta pemberitahuan tentang penyesuaian yang melibatkan rakan kongsi seperti pelelong dan penilai. Ia juga disambungkan terus ke biro kredit.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Kami berganding bahu bersama PFS untuk membolehkan akses kepada tenaga yang lebih bersih, mempromosikan pengangkutan hijau dan menyokong pembangunan mampan menerusi penilaian permohonan pelanggan untuk tenaga boleh baharu, kereta mesra alam dan pembiayaan akhir pemaju.

Selamat Datang ke Kewangan

Sebagai pengurus kewangan Bank, peranan kami merangkumi Perakaunan dan Pelaporan penyata kewangan ketiga serta analisis kewangan produk baharu dan inisiatif perniagaan, Pengurusan Modal dan Kecairan bagi kemampanan kesihatan kewangan Bank, Operasi Kewangan dan Kewangan Digital demi menjamin kelancaran pembayaran kepada vendor serta pembekal.

Perkembangan Digital Kami

Kami menyeragamkan invois dan pemprosesan pembayaran kami dengan kemudahan hujung ke hujung secara terus di seluruh Bank dengan platform PtoP@HLB. Platform ini juga menyokong penggunaan keupayaan digital seperti Pengecaman Aksara Optik (OCR) di dalam aplikasi mudah alih untuk mengimbas dan menyerahkan resit dan dokumen sokongan serta penjejakan masa nyata permintaan tuntutan.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Kumpulan Kewangan Korporat & Perhubungan Pelabur (CFIR) bertanggungjawab dalam menyemak dan memberi makluman berkaitan prestasi Kelestarian & ESG Bank mengenai penilaian penarafan utama. Peranan lain termasuk penyelarasan pelaporan Kelestarian & ESG, bertindak sebagai penjaga bagi Rangka Kerja Bon Hijau dan meneraju inisiatif dalam mengimbangkan karbon.

Selamat Datang ke
Pemasaran, Komunikasi & Analitik
(Marcom & Analytics)

Dengan membawa matlamat untuk menjadikan Hong Leong Bank sebagai Bank yang ideal dan pilihan ramai, kami menggabungkan kepakaran kami dalam pengiklanan dan pemasaran, penjenamaan korporat, perhubungan awam dan analisis untuk terus meningkatkan kesedaran terhadap Hong Leong Bank sambil memacu jualan dengan memanfaatkan data pasaran dan pemahaman setiap pelanggan. Kami juga melaraskan semua inisiatif kemampanan seluruh bank demi masa depan yang lestari.

Perkembangan Digital Kami

Kami bertanggungjawab untuk memacu kemajuan teknologi kehadapan dengan mementingkan analisis sebagai sebuah strategi dan elemen yang mustahak untuk Bank. Kami bekerjasama dengan pihak berkepentingan di seluruh Bank untuk memperkayakan analisis dan pemahaman yang lebih baik mengenai motivasi yang mempengaruhi tingkah laku pelanggan. Pengurusan Data memastikan kami mempunyai akses kepada data dan perisian untuk menjadikan analisis memberi cerapan yang lebih baik.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Bengkel Celik Kewangan DuitSmart HLB membantu komuniti yang kurang kemampuan, pelajar dan individu cacat penglihatan dengan bantuan sukarelawan pekerja. 'HLB Jumpstart' merupakan sebuah platform CSR yang mewujudkan perkongsian bersama perusahaan sosial serta usahawan yang kurang mendapat perkhidmatan. Peranan kami adalah untuk penjaga platform CSR Pekerja HLB, di mana pekerja dapat meluangkan masa dan usaha mereka secara sukarela bagi menyokong komuniti yang memerlukan.

Selamat Datang ke
Jawatankuasa Aset & Liabiliti Kumpulan (GALCO)

Kami menguruskan risiko berkaitan aset dan liabiliti organisasi. Rangka kerja pengurusan risiko kecairan Bank yang terdiri daripada risiko, polisi, pencetus dan kawalan disemak dan dipersetujui dengan matlamat bagi memperoleh pulangan yang memadai.

Selamat Datang ke
Pengurusan Risiko Kumpulan (GRMD)

Kami menyediakan penyeliaan secara bebas dalam keupayaan, keberkesanan dan integriti pengurusan risiko kepada setiap lapisan di Bank. Oleh itu, kami akan terlibat secara langsung untuk membantu dan membimbing setiap lapisan pengurusan Bank dalam mengenal pasti risiko utama, termasuk yang baru muncul, dengan mengukur dan menguruskan, serta menentukan peruntukan modal yang optimum.

Perkembangan Digital Kami

Kami adalah divisyen yang menetapkan dasar dan parameter risiko di mana perniagaan digital dijalankan. Selaras dengan prinsip 'Digital-at-the-core' Bank, kami juga menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan penciptaan nilai berasaskan risiko dalam produk dan keseimbangan nilai serta penubuhan sistem dan infrastruktur maklumat.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Dalam Rangka Kerja Pengurusan Risiko Kelestarian bagi menguruskan risiko ESG, kami memudahkan penetapan dasar dan langkah, memantau metrik risiko serta peningkatan laporan dan kebimbangan kepada bahagian pengurusan dan Lembaga Pengarah. Kami juga menyediakan khidmat nasihat dan menjalankan pengesahan inisiatif ESG di seluruh bank termasuk dalam bidang dasar dan tadbir urus serta pemantauan dan pelaporan risiko.

Selamat Datang ke Pematuhan

Dengan membawa matlamat untuk memastikan Hong Leong Bank patuh kepada undang-undang serta peraturan yang ditetapkan bagi menjaga integriti dan nama baik Hong Leong Bank, peranan kami meliputi pemantauan teliti kawalan dan aktiviti Bank sambil mengenal pasti dan menganalisis kawasan yang mampu menimbulkan risiko. Merangka dan melaksanakan penyelesaian bagi menangani risiko yang telah dikenal pasti, mengembangkan program pematuhan peraturan baharu serta menyelia program pematuhan pekerja merupakan salah satu daripada tanggungjawab kami.

Perkembangan Digital Kami

Kami mencapai kemajuan ekosistem yang lebih selamat menerusi pelancaran sistem Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) yang menggabungkan SIRON Embargo, SIRON KYC dan SIROM ACM. Sistem ini meningkatkan keupayaan sistem saringan kami dalam pengambilan dan pemantauan pelanggan dalam menanangi jenayah kewangan.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Kami komited dalam menjalankan perniagaan dan operasi secara profesional dengan mengamalkan standard etika, integriti dan pematuhan tertinggi. Selain itu, kami juga melabur dalam individu, teknologi, dasar dan proses demi memastikan rangka kerja tadbir urus yang sesuai untuk tujuan dan ketersediaan operasi yang mantap dalam usaha untuk mencegah jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, penipuan, rasuah serta sogokan.

Selamat Datang ke
Audit Dalaman (IAD)

Kami bertanggugjawab menjalankan audit dan menilai kemampuan dan keupayaan kawalan dalaman Bank, termasuk proses tadbir urus korporat dan perakaunan menerusi audit dan penilaian fungsi-fungsi bank. Kami menyokong kemajuan arus Bank tanpa henti serta penciptaan nilai dengan mengenal pasti pintu ke arah peningkatan kecekapan, kualiti dan tanggungjawab.

Perkembangan Digital Kami

Papan pemuka buatan kami mampu membantu dalam memantau penilaian risiko dan proses audit dengan menguji keberkesanan kawalan yang memerlukan pemantauan bagi memastikan pemerhatian dan audit berkala terhadap aktiviti yang berisiko tinggi.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Kami menyediakan jaminan bebas dan pengesahan keberkesanan dasar serta operasi ESG Bank sebagai salah satu bahagian penting dalam Risiko Kelestarian, di mana ia terdiri daripada tiga barisan pertahanan - unit perniagaan, pengurusan risiko berkumpulan dan IAD.

Selamat Datang ke
Bahagian Digital & Inovasi (DIO)

Di DIO, fokus kami tertumpu kepada penciptaan pengalaman digital bagi memudahkan proses perbankan, mendigitalkan pengalaman pelanggan, serta mewujudkan pengalaman baharu di dalam industri perkhidmatan kewangan. Menyediakan akses perbankan kepada setiap lapisan masyarakat.

Perkembangan Digital Kami

Makmal Pengalaman Pelanggan kami di Menara Hong Leong dan Jumpstart@65 menawarkan kolaborator sebuah ruang kerja bersama, makmal kebolehgunaan pelanggan dan pusat komuniti yang lengkap dengan perisian serta alatan terkini seperti penjejakan mata dan juga teknologi percetakan 3D bagi ujian sesi 'customer immersion' yang sempurna, perbincangan berkumpulan, kajian etnografi serta sesi penciptaan bersama kakitangan dan pelanggan.

Kami merupakan peneraju pertama dalam melancarkan penasihat AI dan platform ramalan bagi ejen pusat panggilan kami; tablet penyelesaian Penjualan & Perkhidmatan iPad dibina sepenuhnya secara dalaman, dan pengambilan digital hujung ke hujung pertama di Malaysia serta proses Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (e-KYC) untuk para pelanggan.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

HLB Launchpad merupakan program perintis untuk memupuk usahawan muda dan pemula dengan kerjasama rakan kongsi ekosistem seperti MBAN, Cradle, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), PitchIn dan MaGIC (kini dikenali sebagai MRANTI).

Dengan kerjasama pemenang Food Market Hub, Pay:Watch dan ERTH (e-Waste Recycling Through Heroes), kami telah menghasilkan projek perintis yang memberi tumpuan kepada keselamatan makanan, ekonomi gig dan pengurusan e-waste. Kami juga menganjurkan sesi 'pitching' bulanan untuk 'Startups' dan hackathon secara dalaman/luaran.

Selamat Datang ke
Kumpulan Teknologi & Operasi (GOT)

Kami berfungsi sebagai nadi operasi Hong Leong Bank. Kami bertanggungjawab dalam memudahkan pengurusan luar dan dalam talian, termasuk pengurusan ciri-ciri dan kemudahan, operasi cawangan dan runcit, undang-undang, teknologi maklumat, perolehan, pusat hubungan, saluran alternatif serta sokongan pelanggan.

Perkembangan Digital Kami

Minitik berat akan keselamatan siber, kami telah mewujudkan pasukan Perisikan Ancaman Siber kami mengumpulkan risikan ancaman siber secara proaktif daripada sumber yang berbeza untuk menangani kelemahan keselamatan.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

GOT bergiat aktif dalam memacu semua inisiatif kecekapan tenaga dan pemuliharaan dalam Hong Leong Bank. Dasar Perolehan kami bersama elemen ESG, memacu perjalanan kelestarian Bank dengan mewujudkan garis panduan demi membangunkan perkongsian komersial bersama pembekal yang memenuhi piawaian kemampanan kami. Ia juga menyediakan panduan kepada vendor untuk mempertingkatkan pengurangan dan pendedahan risiko ESG mereka.

Selamat Datang ke
Sumber Manusia (HRD)

Kami berfungsi sebagai unit divisyen yang bekerjasama dengan semua bahagian untuk memaju agenda setiap insan meliputi seluruh aspek pengurusan bakat termasuk menjadikan HLB sebagai majikan pilhan pekerja, membangunkan saluran perhubungan bakat Bank, melahirkan pekerja yang profesional, menerapkan dasar dan proses demi pemacuan budaya berprestasi tinggi serta melibatkan pekerja menerusi aktiviti dan perhubungan.

Perkembangan Digital Kami

Workday@HLB, sistem pengurusan prestasi dan pekerja dalam awan kami membolehkan kakitangan untuk melaksanakan rutin kerja Sumber Manusia tanpa mengira tempat dan masa. Sistem ini juga membantu bahagian-bahagian lain untuk mencapai dan memanfaatkan analitik data daripada proses pengambilan sehingga pengurusan pekerja dan prestasi. Mereka memanfaatkan paparan peribadi masa nyata dan pengalaman pengguna yang lancar dengan analitik yang tersedia -semuanya dalam satu aplikasi.

Untuk Masa Depan Yang Lestari

Kami memupuk sifat ingan belajar di dalam diri pekerja dengan menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan 'bila-bila masa, dimana jua' bagi sentiasa meningkatkan kemahiran demi melengkapkan setiap pekerja untuk menghadapi persekitaran perniagaan dan teknologi yang sentiasa berubah. Seiring dengan matlamat kami untuk memupuk tenaga kerja yang sihat, pelbagai dan inklusif bagi menggalakkan kreativiti serta inovasi, kami mewujudkan persekitaran kerja yang optimum serta positif untuk menyokong kesejahteraan dan keselamatan pekerja sambil membolehkan mereka untuk mengimbangkan kehidupan bekerja. Inilah elemen yang penting bagi Bank dalam mencapai kejayaan jangka panjang.