Banner
House

Perlukan bantuan untuk membeli rumah pertama?

Menyimpan berpuluh ribu ringgit untuk membeli rumah bukanlah suatu perkara yang kecil.

1. Skim Rumah Pertamaku

Skim ini membolehkan pembeli rumah mendapat pinjaman sebanyak 100% - 110% daripada institusi kewangan, dengan itu, membenarkan mereka memiliki rumah tanpa perlu membayar bayaran pendahuluan 10%.

Kelayakan: Bagi hartanah tidak melebihi RM500,000, pendapatan pembeli rumah haruslah tidak melebihi RM5,000 sebulan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

2. MyHome

Skim ini menawarkan subsidi sehingga RM30,000 bagi setiap rumah.

Kelayakan: Bagi hartanah yang bernilai antara RM80,000 dan RM300,000; pembeli rumah mestilah pembeli kali pertama dengan pendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM6,000.

4. Rumah Selangorku

Skim ini bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana di negeri Selangor.

Kelayakan: Bagi hartanah yang bernilai antara RM42,000 dan RM250,000; pembeli rumah belum lagi mempunyai hartanah di Selangor, dan mempunyai pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM10,000 sebulan.

5. Residensi Wilayah

Skim ini bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana yang bekerja dan tinggal di Wilayah Persekutuan.

Kelayakan: Bagi hartanah yang bernilai antara RM52,000 dan RM300,000; pembeli rumah mesti tinggal dan bekerja di Wilayah Persekutuan dan mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM10,000.

Bagaimana jika saya tidak layak untuk skim perumahan ini?

Jangan putus harapan.

1. Carilah hartanah yang menyediakan SPA dan perjanjian kemudahan pinjaman percuma supaya dapat menjimatkan ribuan Ringgit dalam fi guaman. Ini sepatutnya agak mudah kerana kebanyakan projek hartanah baru akan menanggung kos perjanjian guaman untuk pembeli rumah.

2. Anda perlu giat mencari hartanah yang mempunyai bayaran pendahuluan yang rendah. Kebanyakan pemaju kini menawarkan pakej jualan tempah awal (‘early bird’) atau penyertaan mudah (‘easy entry’) kompetitif yang termasuk rebat antara 2% hingga 10% daripada harga hartanah.

Dengan kalkulator pinjaman rumah kami, anda boleh mengira kelayakan pinjaman dan pembayaran balik bulanan anda dengan mudah!

Sekiranya anda sudah bersedia untuk mula menguruskan kemudahan kredit anda dengan lebih baik, ketahui bagaimana anda boleh mendapatkan permohonan kad kredit.

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart

Artikel ini dibawa kepada anda daripada Hong Leong Bank dengan kerjasama iMoney.my

Disclaimer: This content is for informational purposes and use only. It does not constitute and is not intended as financial or investment advice. You are encouraged to consult with competent accounting, financial or investment professionals based on your specific circumstances and needs before making any financial or investment decisions. We do not make any warranties as to accuracy or completeness of this information, do not endorse any third-party companies, products, or services described here, and take no liability for your use of this information. Figures and pictures, where used, are for illustration and explanation purposes only.