Banner
Drive

Apakah Kos Sebenar Untuk Memiliki Kereta?

Tengah berfikir untuk membeli kereta baru? Baik anda melakukan penyelidikan tentang kos sebenar untuk memiliki kereta.

Bubble

Mari kita lihat kos sebenar memiliki kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive yang berharga RM61,090.94 untuk lima tahun.

1. Pembiayaan

Biasanya, anda perlu membayar 10% daripada harga kereta manakala baki 90% akan dibiayai pinjaman. Berikut adalah jumlah faedah yang anda perlu bayar sepanjang tempoh lima tahun:

Harga kereta RM61,090.94
Jumlah pembiayaan RM54,981.85
Kadar faedah 3.5%
Tempoh 5 years
Ansuran Bulanan RM1,076.71
Jumlah faedah sepanjang tempoh pinjaman RM9621.80

*Pengiraan adalah berdasarkan kalkulator pinjaman kereta Proton

Tempoh maksimum untuk pinjaman sewa beli ialah 9 tahun, oleh itu pembeli kereta yang memilih tempoh pinjaman yang lebih lama akan membayar jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.

2. Susut nilai

Susut nilai adalah salah satu kos yang paling tinggi apabila memiliki kereta.

Sebaik sahaja anda menerima kunci daripada wakil penjual kereta, anda sudah kerugian beribu-ribu Ringgit. Faktor-faktor yang boleh mempercepatkan kadar susut nilai kereta ialah perbatuan, jenama, sejarah kebolehpercayaan, tahap haus dan lusuh, pengubahsuaian dan juga kepada siapa anda menjual kereta anda (menjual kepada seorang peniaga kereta akan menurunkan lagi harga jualan anda).

Berikut menunjukkan pengiraan susut nilai untuk Proton Preve yang berusia 5 tahun:

Pengiraan susut nilai bagi Proton Preve
Harga kereta baru RM61,090.94
Kadar susut nilai 51%
Nilai susut nilai RM31,156.38
Nilai Proton Preve 5 tahun RM29,934.56

3. Penggunaan petrol

Memilih kereta yang menjimatkan petrol dapat membantu anda mengurangkan kos ini. Sebuah Preve berupaya menggunakan 6.6 liter setiap 100 km pada kelajuan 90km/j. Dengan andaian purata 1,000 km sebulan, berikut adalah anggaran jumlah bayaran petrol untuk lima tahun.

Penggunaan petrol selama 5 tahun
Harga petrol RM2.08/liter*
Jumlah perbatuan 1,000km x 12 bulan x 5 tahun = 60,000km
Jumlah penggunaan petrol 60,000km ÷ 100km x 6.6 liter = 3,960 liter yang berjumlah RM8,236.80

*Pengiraan adalah berdasarkan harga petrol semasa dan akan turun naik mengikut harga petrol.

4. Penyelenggaraan dan pembaikan

Apabila memiliki kereta, perkara penting untuk memastikan kereta berjalan lancar sementara kos pembaikan kekal rendah ialah dengan melakukan penyelenggaraan rutin.

Sebahagian daripada penyelenggaraan rutin yang lazim termasuk minyak enjin, penapis minyak enjin, gasket palam salir, palam pencucuh, dan penapis udara, manakala yang tidak lazim ialah penapis bahan api, minyak transmisi dan tali sawat FEAD.

Jadual penyelenggaraan perkhidmatan am untuk Proton Preve adalah seperti berikut:

Jarak dan Masa Kos penyelenggaraan
10,000km / 6 bulan RM121.09
20,000km / 12 bulan RM184.76
30,000km / 18 bulan RM191.05
40,000km / 24 bulan RM384.05
50,000km / 30 bulan RM191.05
60,000km / 36 bulan RM730.19
70,000km / 42 bulan RM191.05
80,000km / 48 bulan RM384.05
90,000km / 54 bulan RM255.14
100,000km / 60 bulan RM378.95
JUMLAH RM3011.38

Anda boleh memperuntukkan 1% daripada nilai kereta anda setiap tahun bagi tujuan penyelenggaraan, dan sediakan dana kecemasan sebanyak 10% daripada nilai kereta anda untuk kos servis yang tidak dijangka.

5. Cukai Jalan

Bergantung pada tempat di mana anda membeli kereta (Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak), jenis pemilikan kenderaan (swasta atau syarikat) dan kapasiti enjin, cukai jalan adalah salah satu kos wajib yang perlu dibayar.

Cukai jalan untuk Preve 1.6cc di Semenanjung Malaysia ialah RM90.00 setahun. Jumlah untuk lima tahun ialah RM450.

6. Insurans Kereta

Bergantung pada nilai kereta anda, ini mungkin jauh lebih tinggi daripada kos cukai jalan anda.

Berikut adalah anggaran premium insurans motor tahunan untuk Preve:

Table

*Pengiraan di atas adalah berdasarkan perlindungan insurans motor yang komprehensif, tidak termasuk perlindungan cermin depan atau diskaun tanpa tuntutan (NCD).

Bagi mereka yang menetap atau berulang-alik di kawasan yang sering dilanda banjir, anda boleh menjimatkan banyak wang jika anda memasukkan perlindungan banjir dalam insurans motor anda.

7. Tempat letak kereta dan tol

Kos pemilikan kereta tidak berakhir di sini.

Jika anda bekerja di pusat bandar, bersedia untuk membayar sekurang-kurangnya RM200 sebulan untuk bayaran tempat letak kereta. Ini tidak termasuk bayaran tempat letak kereta yang perlu dibayar apabila anda pergi ke mesyuarat atau membeli-belah.

Mari kita andaikan seorang pemandu di bandar membelanjakan kira-kira RM230 sebulan untuk bayaran tempat letak kereta sahaja.

Anda juga perlu mengambil kira bayaran tol. Anda mungkin membayar sekurang-kurangnya RM80 sebulan jika anda menggunakan jalan raya bertol untuk ke tempat kerja anda setiap hari.

Dalam tempoh lima tahun, anda akan membayar RM13,800 untuk tempat letak kereta dan RM4,800 untuk tol, atau jumlah gabungan sebanyak RM18,600.

Tempat letak kereta dan tol adalah berbeza bergantung pada lokasi dan cara pemanduan anda.

Berapa banyak yang akan anda bayar?

Chart

Ini bermakna seorang individu perlu membayar RM78,771.36 untuk memiliki sebuah kereta tempatan selama lima tahun!

Pastikan anda dapatkan kereta yang sesuai dengan perbelanjaan anda.

Baca artikel ini untuk mengurangkan risiko penipuan kewangan

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart

Sumber

  1. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/22/survey-kl-5th-most-expensive-city-to-buy-car-but-petrol-here-among-cheapest/1755303
  2. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/11/22/number-of-malaysians-using-vehicles-to-increase-1-4-times-by-2030/
  3. https://www.imoney.my/car-loan
  4. https://www.proton.com/en/find-a-car/preve
  5. https://www.proton.com/en/after-sales/service-maintenance
  6. https://www.proton.com/en/after-sales/our-warranty
  7. https://www.iseecars.com/cars-low-high-depreciation-2018-study
  8. https://www.omnicalculator.com/finance/Car-depreciation#how-fast-does-the-car-value-decrease

Artikel ini dibawa kepada anda daripada Hong Leong Bank dengan kerjasama iMoney.my

Disclaimer: This content is for informational purposes and use only. It does not constitute and is not intended as financial or investment advice. You are encouraged to consult with competent accounting, financial or investment professionals based on your specific circumstances and needs before making any financial or investment decisions. We do not make any warranties as to accuracy or completeness of this information, do not endorse any third-party companies, products, or services described here, and take no liability for your use of this information. Figures and pictures, where used, are for illustration and explanation purposes only.