Banner
Cafe

Ingin memulakan perniagaan sendiri?

Nak mulakan perniagaan sendiri? Antara perkara yang perlu dilakukan dahulu adalah mengetahui kos sebenar untuk memulakan perniagaan. Kurang menganggar perbelanjaan anda tidak akan memberi gambaran benar tentang keuntungan bersih yang dijangka.

Berikut adalah beberapa kos lazim untuk semua jenis perniagaan dan ia tidak patut diabaikan.

1. Perbelanjaan penyelidikan

Jika ingin mendapat pembantuan profesional, anda boleh memilih untuk mengupah syarikat penyelidikan pasaran bagi membantu anda dalam proses penilaian. Penyelidikan pasaran profesional biasanya akan menelan belanja kira-kira RM4,000 untuk penyelidikan asas dan akan meningkat untuk penyelidikan yang lebih terperinci.

2. Kos pinjaman

Untuk perniagaan kecil, sumber pembiayaan mungkin dalam bentuk pinjaman perniagaan kecil. Pemilik perniagaan boleh mendapat pinjaman daripada bank atau pelabur peribadi seperti ahli keluarga atau rakan-rakan. Pinjaman perniagaan pasti disediakan dengan pembayaran faedah. Bayaran ini mesti diambil kira kerana kos keingkaran adalah sangat tinggi terutama sekali apabila anda baru saja memulakan perniagaan.

3. Bayaran insurans, lesen dan permit

Semua perniagaan perlu menguruskan beberapa keperluan undang-undang sebelum membuka. Pada amnya, perniagaan makanan perlu mendapatkan kebenaran pemeriksaan kesihatan sebelum meneruskan permohonan untuk memperoleh lesen perniagaan dan permit. Secara amnya, perniagaan makanan dan minuman akan menanggung kos seperti berikut:

  1. Fi pendaftaran perniagaan; Nama Dagang: RM60, Nama Peribadi: RM30, Nama Cawangan: RM5
  2. Fi peguam: RM3,000
  3. Pendaftaran nama: RM30
  4. Insurans seperti liabiliti awam, perlindungan pendapatan, kenderaan, dan lain-lain (premium bulanan sebanyak RM900)

Kos lain termasuk lesen dan permit, pampasan pekerja dan sijil pengendalian makanan atau penyediaan minuman beralkohol.

4. Tempat Perniagaan

Jika perniagaan anda memerlukan tempat berniaga, maka anda perlu membuat keputusan mengenai lokasi yang paling strategik dan sama ada anda ingin menyewa atau membeli premis tersebut.

Kos lazim lain termasuk pelan senibina dan pengubahsuaian asas seperti bekalan elektrik, lampu, mengecat premis, sistem keselamatan, sistem pengudaraan, kerja memasang paip, dan lain-lain.

5. Peralatan

Ini termasuk perabot, kabinet, alat tulis, telefon, mesin fotokopi, internet, van penghantaran dan lain-lain. Jangan lupa mengambil kira barang-barang keselamatan dan kesihatan seperti kit pertolongan cemas, penggera asap dan pemadam api.

Untuk sebuah kafe, kos ini mungkin sebanyak RM65,000.

6. Kakitangan

Kakitangan anda mesti dibayar gaji dan diberi manfaat lain, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), perlindungan perubatan, pakaian seragam dan pakaian keselamatan. Selain itu, kos pengambilan kakitangan seperti iklan pekerjaan juga perlu dimasukkan.

Mari kita membuat andaian bahawa anda mempunyai lima kakitangan dengan gaji purata RM3,000:

Kos bulanan Kos tahunan
Gaji (RM3,000 setiap kakitangan) RM15,000 Tuntutan perubatan tahunan (Maksimum RM800 setiap kakitangan) RM4,000
KWSP (13% setiap kakitangan) RM1950 Pakaian seragam (RM50 setiap set, 2 set setiap kakitangan) RM500
PERKESO (1.75% setiap kakitangan) RM262.50
SIP (0.2% setiap kakitangan) RM30
JUMLAH RM17,242.50 JUMLAH RM4,500

Secara keseluruhan, majikan yang mempunyai lima kakitangan perlu membayar RM211,410.00 setahun.

Menguruskan kos

Satu idea yang baik ialah untuk membahagikan kos anda antara kos berterusan dan kos sekali sahaja. Ia juga dapat membantu jika anda melakukan anggaran kos yang lebih tinggi, dan memasukkan kos luar jangkaan dalam belanjawan supaya anda tidak mengalami kejutan besar kemudiannya. Kos sekali sahaja patut merangkumi semua yang diperlukan bagi memastikan perniagaan berjalan lancar pada hari pertama.

Oleh itu, untuk memulakan sebuah kafe di Lembah Klang, anda memerlukan sekurang-kurangnya:

Kos sekali sahaja Kos bulanan
Fi penyelidikan pasaran RM4,000 Pembayaran balik pinjaman RM4791.67
Keperluan pematuhan RM3,060 Sewa premis RM7,800
Pengubahsuaian premis RM150,000 Perbelanjaan teknologi RM1,949
Peralatan RM65,000 Perbelanjaan kakitangan (Gaji & KWSP) RM17,242.50
Pengiklanan & promosi RM10,640 Premium insurans RM900
Perbelanjaan kakitangan (Perlindungan perubatan & pakaian seragam) RM4,500
JUMLAH RM237,200 JUMLAH RM32,683.17

Jumlah di atas hanyalah anggaran berdasarkan sebut harga kasar yang kami terima sewaktu artikel ini ditulis. Harga mungkin berbeza mengikut keperluan, lokasi, dan pembekal/vendor.

Untuk menguruskan kos berterusan, anda perlu berfikir tentang membangunkan ramalan aliran tunai. Ini akan membantu menjangka bila wang akan masuk dan keluar daripada perniagaan anda dalam tempoh 12 bulan akan datang. Unsur utama lain yang akan mempengaruhi belanjawan bulanan ialah kos bekalan makanan dan utiliti. Anda harus mengetepikan sejumlah wang tunai untuk apa-apa perbelanjaan yang terlepas perhatian atau tidak dijangka.

Tiba masanya untuk mula mengamalkan perbankan dalam talian kerana ia membantu anda melakukan pengurusan wang dengan lebih baik. Ketahui lebih lanjut!

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart

Artikel ini dibawa kepada anda daripada Hong Leong Bank dengan kerjasama iMoney.my

Disclaimer: This content is for informational purposes and use only. It does not constitute and is not intended as financial or investment advice. You are encouraged to consult with competent accounting, financial or investment professionals based on your specific circumstances and needs before making any financial or investment decisions. We do not make any warranties as to accuracy or completeness of this information, do not endorse any third-party companies, products, or services described here, and take no liability for your use of this information. Figures and pictures, where used, are for illustration and explanation purposes only.