Marilah sama-sama lestarikan alam sekitar

 

 

Bermula November 2025, kami akan mula beralih kepada penggunaan surat dan penyata bank elektronik untuk pelanggan individu dan pemilik tunggal secara berperingkat. Anda akan menerima surat melalui e-mel dan boleh mengakses penyata pada bila-bila masa di HLB Connect App / Online.

 


Akaun-akaun berikut akan beralih kepada surat dan penyata bank elektronik

 

akaun-akaun surat dan penyata bank elektronik

 

Apakah yang akan berubah?

 

 

penyata


Penyata tidak akan dihantar melalui pos fizikal atau e-mel. Sebaliknya, anda boleh menyemak dan memuat turun pada bila-bila masa melalui HLB Connect App/Online.

 

surat


Surat* akan di-emelkan terus ke alamat e-mel berdaftar anda.

*Sila pastikan alamat fizikal anda dikemas kini, kerana surat tertentu akan masih dihantar melalui pos kepada sesetengah pelanggan.

 

Apakah langkah seterusnya untuk anda?

 

 

Mulai November 2025, kami akan hantar emel pemberitahuan kepada anda sekurang-kurangnya sebulan sebelum akaun anda beralih kepada surat dan penyata bank elektronik.

 

langkah-langkah