Notis Dasar Pertukaran Asing

Notis Dasar Pertukaran Asing

PENGENALAN

Bank Negara Malaysia ("BNM") telah mengemas kini Notis Dasar Pertukaran Asing ("Notis FEP") pada 1 Jun 2022 dan telah berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Notis FEP ini akan menggantikan Notis Pertukaran Asing (“Notis FE”) yang dikeluarkan oleh BNM pada 15 April 2021.

 

Notis FE sebelum ini telah ditambahbaik bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan memberikan fleksibiliti kepada individu dan syarikat untuk menguruskan pendedahan risiko pertukaran asing mereka dengan lebih baik. Para pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan agar mereka mematuhi Notis FEP, dan dengan itu, kami ingin memberikan peringatan berikut untuk membantu anda memahami peraturan tersebut.

 

ADAKAH ANDA PEMASTAUTIN ATAU BUKAN PEMASTAUTIN?

Peraturan yang telah ditetapkan di dalam Notis FEP adalah berbeza antara Pemastautin dan Bukan Pemastautin. Definisi BNM mengenai Pemastautin dan Bukan Pemastautin dinyatakan seperti di bawah dan kami sertakan beberapa contoh bagi membantu anda memahaminya: 

 

Pemastautin

Bukan Pemastautin

Individu

  • warganegara Malaysia, tidak termasuk warganegara yang telah memperoleh status pemastautin tetap di sebuah negara atau wilayah di luar Malaysia dan tinggal di luar Malaysia;

    Contohnya: Pemegang MyKad biru Malaysia yang tinggal di Malaysia dianggap sebagai Pemastautin.
  • bukan warganegara Malaysia yang telah memperoleh status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya menetap di Malaysia;

    Contohnya: Warganegara Britain yang merupakan pemastautin tetap Malaysia dan tinggal di Malaysia dianggap sebagai Pemastautin.
  • mana-mana orang selain pemastautin

  • warganegara Malaysia yang telah memperoleh taraf pemastautin tetap negara atau wilayah di luar Malaysia dan menetap di luar Malaysia

    Contohnya: Pemegang MyKad biru Malaysia yang merupakan pemastautin tetap Singapura dan tinggal di Singapura dianggap Bukan Pemastautin.

Entiti

  • badan korporat yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau didaftarkan dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia
    Contohnya: Sebuah syarikat sendirian berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (contohnya Sdn. Bhd.).
  • pertubuhan tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; atau
    Contohnya: Koperasi, kelab atau persatuan.
  • Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia
  • mana-mana orang selain pemastautin
    Contohnya: Syarikat yang diperbadankan di Hong Kong dianggap sebagai Bukan Pemastautin.
  •  cawangan luar negara, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat perwakilan bagi syarikat pemastautin
  • Kedutaan, Konsulat, Suruhanjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa
     

Untuk mengelakkan keraguan, ini termasuk Kedutaan Besar Malaysia, Konsulat dan Suruhanjaya Tinggi

1. Akaun Mata Wang

Asing (“FCA”)

 

Untuk Individu:

- Klik untuk Helaian Fakta

 

Untuk Entiti:

Untuk entiti, Akaun Mata Wang Asing Perdagangan dan Akaun Mata Wang Asing Pelaburan boleh dibuka:

i. semata-mata di bawah nama entiti itu sendiri; atau

ii. secara bersama dengan Entiti Bukan Pemastautin

 

a.    Akaun Mata Wang Asing Pelaburan (“FCA Pelaburan”)

Sumber yang Dibenarkan ke dalam FCA Pelaburan

Penggunaan yang Dibenarkan daripada FCA Pelaburan

1. Sebarang dana mata wang asing selain daripada -

· Hasil daripada eksport barangan; dan

· Penyelesaian perdagangan domestik daripada Pemastautin lain di dalam lingkungan Rantaian Bekalan Global sebagaimana dibenarkan di bawah Notis 4

1. Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama ke dalam FCA Perdagangan atau Pelaburan

2. Semua tujuan yang dibenarkan

2. Pindahan daripada FCA Perdagangan setakat ambang yang diluluskan di dalam Notis 3

 

3. Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama daripada FCA Pelaburan

 

 

b.    Akaun Mata Wang Asing Perdagangan (“FCA Perdagangan”)

Sumber Dibenarkan ke dalam FCA Perdagangan

Sumber Dibenarkan daripada FCA Perdagangan

1. Hasil daripada eksport barangan

1. Penyelesaian perdagangan domestik daripada Pemastautin lain di dalam Rantaian Bekalan Global sebagaimana dibenarkan di bawah Notis 4

2. Penyelesaian perdagangan domestik daripada Pemastautin lain di dalam Rantaian Bekalan Global sebagaimana dibenarkan di bawah Notis 4

2. Semua tujuan yang dibenarkan di dalam FEP Notis termasuk pelaburan di dalam Aset Mata Wang Asing (termasuk pindahan ke dalam FCA Pelaburan) sehingga had setara yang dibenarkan di dalam Notis 3

3. Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama daripada FCA Perdagangan atau FCA Pelaburan

3. Sebarang amaun bagi pindahan pihak-sama ke dalam FCA Perdagangan

4. Dana mata wang asing lain yang terhasil dari transaksi yang dibenarkan di bawah FEP Notis

 

 

2. Melabur dalam Aset

Mata Wang Asing

Pelabur Pemastautin

Sumber Dana Mata Wang Asing (“FC”)

Ambang untuk Pelaburan dalam Aset Mata Wang Asing

 

(Luar Pesisir dan Tempatan)

Individu/ Pemilikan Tunggal/ Perkongsian Am

Tanpa Pinjaman Ringgit Domestik

Sebarang Amaun

Dengan Pinjaman Ringgit Domestik

a)    Mana-mana sumber, untuk pelaburan dalam hartanah di luar negara untuk pendidikan, pekerjaan atau  penghijrahan

 

b)    Dana FC diperoleh daripada

·         luar negara, kecuali hasil daripada eksport barangan

·         pinjaman FC yang diluluskan

·         pindahan pihak-sama daripada FCA Pelaburan

c)           Penukaran Ringgit ke Mata Wang Asing

·         Dana FC daripada FCA Perdagangan

•        Saling tukar aset kewangan berdenominasi Ringgit di Malaysia untuk aset kewangan di Entiti Labuan atau di luar Malaysia

RM 1 juta setara secara agregat setiap tahun kalendar

 

Entiti

Tanpa Pinjaman Ringgit Domestik

Sebarang Amaun

Dengan Pinjaman Ringgit Domestik

a)    Dana FC diperoleh daripada

  • luar negara, kecuali hasil daripada eksport barangan
  • pinjaman FC yang diluluskan mengikut Bahagian B Notis 2
  • pindahan pihak-sama daripada FCA Pelaburan

 

b)    Pinjaman FC daripada bank Malaysia untuk Pelaburan Langsung di Luar Negara

(c)  •   Penukaran Ringgit ke Mata Wang Asing

·         Dana FC daripada FCA Perdagangan

·         Pinjaman FC daripada bank Malaysia untuk tujuan selain Pelaburan Langsung di Luar Negara

·         Saling tukar aset kewangan berdenominasi Ringgit di Malaysia untuk aset kewangan di Entiti Labuan atau di luar Malaysia

RM 50* juta setara secara agregat setiap tahun kalendar

 

*Secara agregat untuk semua entiti Pemastautin dalam kumpulan yang sama dengan Pertalian Induk-Subsidiari

 

Penyerahan Permohonan

Entiti atau individu Pemastautin mestilah memohon kelulusan daripada BNM sebelum melakukan transaksi selain daripada yang disebut di atas menerusi online submission portal BNM.

3. Peminjaman Mata Wang Asing

di Malaysia dan Luar Negara

Pinjaman oleh Pemastautin Individu, Pemilik Tunggal atau Perkongsian Am

 

Pemberi Pinjaman

Had

Ahli Keluarga Terdekat

Sebarang Amaun

(Termasuk Pinjaman  daripada Ahli Keluarga Terdekat Pemastautin)

Bukan Pemastautin

Sehingga had RM10 juta setara secara agregat

Bank Tempatan Berlesen

 

 

Pinjaman oleh Entiti Pemastautin

Pemberi Pinjaman

Had

Entiti dalam Kumpulan Entiti Pemastautin atau daripada Pemegang Saham Langsung Entiti Pemastautin

Sebarang Amaun

Terbitan Sekuriti Hutang

Sebarang amaun melalui penerbitan Bon Korporat atau Sukuk Mata Wang Asing kepada Pemastautin lain

Bukan Pemastautin Lain

Sehingga had RM100 juta setara secara agregat

Bank Tempatan Berlesen

Sebarang Amaun

 

 

Penyerahan Permohonan

Entiti atau individu Pemastautin mestilah memohon kelulusan daripada BNM sebelum melakukan transaksi selain daripada yang disebut di atas menerusi online submission portal BNM.

4. Pinjaman Ringgit daripada Bukan Pemastautin

Pinjaman oleh Pemastautin Individu, Pemilik Tunggal atau Perkongsian Am

Pemberi Pinjaman

Had

Ahli Keluarga Terdekat Bukan Pemastautin

Sebarang Amaun

Majikan Bukan Pemastautin di Malaysia

Sebarang amaun untuk digunakan di Malaysia tertakluk kepada terma dan syarat kontrak pekerjaan

Bukan Pemastautin Lain

Sehingga RM1 juta secara agregat

(Selain Pinjaman  daripada Institusi Kewangan Bukan Pemastautin)

 

Pinjaman oleh Entiti Pemastautin

Pemberi Pinjaman

Had

Bukan Pemastautin Berkaitan

Sebarang amaun, untuk membiayai Aktiviti Sektor Sebenar di Malaysia

Terbitan Sekuriti Hutang, seperti -

a)    RPS or RPS Islamik dalam Ringgit, untuk kegunaan di Malaysia;

b)    Bon atau Sukuk kedaulatan berdenominasi  Ringgit; atau

c)    Bon atau Sukuk korporat Ringgit boleh niaga

Sebarang Amaun

Bukan Pemastautin Lain

Sehingga RM1 juta secara agregat, bagi kegunaan di Malaysia

(Tidak termasuk Pinjaman  daripada Institusi Kewangan Bukan Pemastautin)

 

Penyerahan Permohonan

Entiti atau individu Pemastautin mestilah memohon kelulusan daripada BNM sebelum melakukan transaksi selain daripada yang disebut di atas menerusi online submission portal BNM.

5. Pembayaran Dalam Mata Wang Asing

Tujuan Yang Dibenarkan

Antara Pemastautin

Antara Pemastautin dengan Bukan Pemastautin

Sebarang tujuan antara ahli-ahli keluarga terdekat

Penyelesaian bagi sebarang tujuan, KECUALI untuk:

·         derivatif berdenominasi FC yang ditawarkan oleh Pemastautin melainkan ia diluluskan oleh BNM di bawah Bahagian B Notis 5 atau sebaliknya diluluskan secara bertulis oleh BNM;

·         derivatif yang diperolehi daripada, dirujuk kepada, atau berdasarkan Ringgit melainkan ia diluluskan oleh BNM; atau

·         Derivatif Kadar Pertukaran yang ditawarkan oleh Bukan Pemastautin melainkan ia diluluskan oleh BNM

Pembayaran untuk pendidikan, pekerjaan atau penghijrahan di luar Malaysia

Transaksi antara Pemastautin dengan:

·         Bank Malaysia

·         Operator takaful antarabangsa berlesen

·         Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa bagi operator takaful berlesen

 

dalam menjalankan perniagaan unit itu yang melibatkan mata wang asing

Penyelesaian derivatif berdenominasi FC yang diurusniagakan di Bursa Tertentu melalui broker hadapan Pemastautin, tidak termasuk derivatif kadar pertukaran

Dibenarkan untuk:

·         derivatif berdenominasi FC yang dibeli oleh bank Malaysia untuk akaunnya sendiri, tidak termasuk derivatif kadar pertukaran dengan merujuk kepada Ringgit

·         derivatif berdenominasi FC yang ditawarkan di Bursa Tertentu melalui broker hadapan Pemastautin atau secara terus dengan rakan niaga Bukan Pemastautin sehingga pendedahan asas, tidak termasuk derivatif kadar pertukaran

·         swap kadar faedah berdenominasi FC antara Pemastautin dan bank Labuan untuk menguruskan pendedahan kadar faedah berpunca daripada Pinjaman FC

·         derivatif berdenominasi FC yang dibeli oleh individu Pemastautin untuk akaunnya sendiri, tidak termasuk derivatif kadar pertukaran

Penyelesaian transaksi komoditi murabahah yang dijalankan menerusi penyedia perkhidmatan komoditi dagangan

Penyelesaian pelbagai perbelanjaan yang ditanggung di luar Malaysia antara Individu Pemastautin yang menetap di Malaysia dan Individu Pemastautin yang menetap di luar Malaysia

Penyelesaian perdagangan domestik pada barangan atau perkhidmatan antara Pengeksport Pemastautin dengan entiti Pemastautin yang terlibat dalam operasi Rantaian Bekalan Global di Malaysia, dengan syarat pembayaran:

·         diperoleh daripada FCA Perdagangan pembayar Pemastautin atau hasil daripada kemudahan pembiayaan dagangan Mata Wang Asing

·         tidak boleh diperoleh daripada penukaran Ringgit kepada Mata Wang Asing oleh pembayar Pemastautin; dan

·         dikreditkan ke dalam FCA Perdagangan bagi penerima Pemastautin

 

 

1. Membuka dan menyelenggara akaun

a) Bukan Pemastautin dibenarkan membuka dan menyelenggara: 

i. FCA dengan LOB secara individu atau secara bersama dengan

  • Bukan Pemastautin yang lain; atau
  • Individu Pemastautin

ii. Akaun Luaran, iaitu akaun dalam Ringgit yang dibuka dengan mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia. Klik untuk Helaian Fakta dan FAQ.

 

NOTA:

FCA yang dibuka oleh Bukan Pemastautin tidak perlu ditetapkan khas tidak seperti Pemastautin (lihat Seksyen 1 - Akaun Mata Wang Asing di bawah Peraturan Berkenaan Pemastautin).

a)    Dana dalam akaun ini bebas diremit (dikirim) dalam mata wang asing ke luar negara. Namun begitu, penukaran Ringgit kepada mata wang asing mestilah dilakukan selaras dengan Bahagian B Notis 1.

 

Had-had di atas ini tidak terpakai kepada -

i. Konsulat;

ii. Suruhanjaya Tinggi;

iii. Kedutaan;

iv. Individu yang menyertai Program "Malaysia My Second Home" (Malaysia Rumah Keduaku); atau

v. Individu yang bekerja atau belajar di Malaysia termasuk pasangan individu, anak atau ibu bapa yang tinggal di Malaysia.

 

Tiada had dikenakan bagi pengeluaran wang tunai melalui kaunter daripada Akaun Luaran.

2. Pembayaran dalam Ringgit

Bukan Pemastautin dibenarkan membuat atau menerima bayaran dalam ringgit di Malaysia, kepada atau daripada Pemastautin atau Bukan Pemastautin, bagi tujuan seperti berikut:

Tujuan Penggunaan dan Sumber Dana

Antara Bukan Pemastautin dengan Pemastautin

Antara Bukan Pemastautin

Bagi sebarang tujuan antara ahli-ahli keluarga terdekat

Pendapatan diperoleh atau perbelanjaan ditanggung, di Malaysia

Penyelesaian dagangan barangan

1

Penyelesaian perkhidmatan, dengan sebarang cara

1

Penyelesaian aset ringgit termasuk sebarang pendapatan dan keuntungan dijangka daripada aset ringgit

Penyelesaian penghakiman Mahkamah dimana transaksi dalam litigasi dilakukan sebagai mematuhi Notis FEP

 

Penyelesaian transaksi komoditi murabahah yang dilakukan menerusi penyedia  perkhidmat n komoditi dagangan

2

Penyelesaian insurans semula bagi perniagaan insurans domestik atau takaful semula bagi perniagaan takaful domestik antara Pemastautin dengan seseorang yang diberi lesen untuk menanggung perniagaan insurans atau takaful Labuan

 

Penyelesaian Jaminan Kewangan berdenominasi Ringgit, untuk mendapatkan Pinjaman Ringgit

 

Penyelesaian Jaminan Bukan Kewangan berdenominasi Ringgit untuk kegunaan di Malaysia

 

1 Tidak termasuk pembayaran antara Bukan Pemastautin bagi penyelesaian perdagangan barangan atau perkhidmatan di luar Malaysia

2 Tidak termasuk pembayaran antara Bukan Pemastautin bagi penyelesaian transaksi komoditi murabahah yang dilakukan melalui penyedia perkhidmatan komoditi dagangan Bukan Pemastautin

 

Pembayaran bagi pihak klien Bukan Pemastautin menggunakan dana dalam Akaun Luaran dibenarkan seperti berikut:

Oleh

Bagi tujuan

Institusi Kewangan Bukan Pemastautin

Penyelesaian dagangan antarabangsa barangan atau perkhidmatan dengan Pemastautin

Pengantara Bukan Pemastautin atau penjaga atau bank amanah Bukan Pemastautin

Penyelesaian aset ringgit

 

Sebarang pembayaran, resit daripada atau pindahan ke Akaun Luaran adalah dibenarkan dengan syarat  Bukan Pemastautin boleh menunjukkan dokumen sebagai bukti bahawa tujuan transaksi itu mematuhi Notis FEP berkenaan.

Walau apa pun, sebarang pembayaran, resit daripada atau pindahan ke Akaun Luaran tidak dikenakan pengesahan oleh Bank sehingga RM10,000 setiap transaksi.

 

3. Melabur di Malaysia

Pelabur Bukan Pemastautin bebas untuk -

a) menjalankan sebarang jenis pelaburan dalam asset Ringgit atau Aset Mata Wang Asing (FC) di Malaysia (pelaburan langsung atau portfolio) tanpa sebarang sekatan;

b) membuka akaun Ringgit atau akaun FC (FCA) dengan bank tempatan berlesen. Dana bebas untuk dikirim masuk dan keluar dari akaun tersebut, tertakluk kepada proses usaha wajar biasa oleh bank tempatan berlesen; dan

c) menghantar pulang hasil pelupusan, keuntungan, dividen atau apa-apa pendapatan berpunca daripada pelaburan di Malaysia. Penghantaran pulang hendaklah dibuat dalam FC dan penukaran Ringgit kepada FC dilakukan selaras dengan Bahagian B Notis 1.

 

Pelabur Bukan Pemastautin juga mempunyai fleksibiliti untuk melindung nilai pendedahan FX berpunca daripada pelaburan mereka di Malaysia sama ada melalui bank tempatan berlesen atau Pejabat Pelantikan Luar Negara (AOO). 

4. Membeli atau menjual mata wang

a) Membeli atau menjual mata wang asing berbanding Ringgit

Bukan Pemastautin bebas untuk membeli atau menjual mata wang asing berbanding Ringgit dengan LOBs (tidak termasuk Bank Islamik Antarabangsa) untuk akaun sendiri secara lani (Spot).

Urus niaga dengan AOO dan urus niaga Dasar Hadapan adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam Bahagian B Notis 1.

 

b) Membeli atau menjual mata wang asing terhadap mata wang asing lain

Bukan Pemastautin di Malaysia bebas untuk membeli atau menjual mata wang asing berbanding mata wang asing lain secara lani (Spot) atau secara Hadapan dengan LOB.

Pejabat Pelantikan Luar Negara /AOO                     

a)   Entiti Pemegangan/Induk, Entiti subsidiari, Entiti berkaitan, ibu pejabat atau cawangan di luar Malaysia di dalam kumpulan perbankan LOB dan pejabat luar negara yang diluluskan oleh BNM.

Pinjaman

a)      mana-mana kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang sudah dimanfaatkan atau belum dimanfaatkan;

b)      Mana-mana kemudahan pembiayaan perdagangan yang sudah dimanfaatkan atau belum dimanfaatkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jaminan perdagangan atau jaminan bagi pembayaran barangan:

c)       Saham keutamaan boleh tebus atau saham keutamaan boleh tebus Islamik; atau

d)      Bon Korporat atau Sukuk.

 

Walaupun demikian, hal-hal berikut ini tidak termasuk dalam definisi Pinjaman –

i.        syarat kredit perdagangan yang diberi oleh pembekal bagi sebarang barangan atau perkhidmatan;

ii.       had kredit yang LOB umpukkan bagi kliennya untuk melakukan transaksi Dasar Hadapan, tidak termasuk transaksi yang melibatkan —

a)    Penukaran atau swap Ringgit atau mata wang asing dengan hutang mata wang asing yang lain; atau

b)    Penukaran hutang mata wang asing dengan hutang Ringgit;

 

iii.      Jaminan Kewangan atau Jaminan Bukan Kewangan;

iv.      Kemudahan pajakan operasi;

v.       Kemudahan pemfaktoran tanpa dakwa;

vi.      Kemudahan kad kredit atau kad caj yang diperoleh Individu daripada Pemastautin dan digunakan untuk membayar barang atau perkhidmatan runcit sahaja; atau

vii.     Kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang diperoleh Individu Pemastautin daripada Pemastautin untuk membeli satu (1) harta Kediaman dan satu (1) kenderaan.

 

Nota: Untuk penjelasan, transaksi dalam perenggan (ii)(A) dan (ii)(B) hendaklah dianggap Pinjaman.

Pelaburan Langsung

Luar Negara atau DIA

a)      Pelaburan dalam Aset Mata Wang Asing Luar Pesisir oleh Pemastautin, menghasilkan sekurang-kurangnya 10% dalam pemilikan ekuiti atau kawalan Entiti Bukan Pemastautin di luar Malaysia atau Entiti Labuan;

b)       Pemberian Pinjaman antara syarikat oleh Entiti Pemastautin kepada Entiti Bukan Pemastautin di dalam Kumpulan Entiti Pemastautin di mana Entiti Bukan Pemastautin berada di luar Malaysia atau Entiti Labuan;

c)       Perbelanjaan modal oleh pelabur Pemastautin dalam Entiti tidak diperbadankan di luar Malaysia atau projek di luar Malaysia oleh suatu perjanjian tanpa penubuhan organisasi, dimana pelabur Pemastautin —

i.         Menyumbangkan modal sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek;

ii.        Berhak mendapat sekurang-kurangnya 10% keuntungan daripada Entiti tak diperbadankan atau projek; atau

iii.       Mempunyai kawalan pengurusan atas Entiti tak diperbadankan atau projek itu

Pemegang Saham Langsung
Pemegang saham dengan sekurang-kurangnya 10% pemegangan saham efektif  dalam Entiti Pemastautin.

Pinjaman Ringgit Domestik

a)      Sebarang Pinjaman dalam Ringgit diperoleh Pemastautin daripada Pemastautin lain; atau

b)      Sebarang obligasi dianggap atau dikira sebagai Pinjaman Ringgit Domestik menurut mana-mana Notis FEP.

 

Nota : Untuk tujuan menentukan status Pinjaman Ringgit Domestik bagi Entiti Pemastautin—

a)       Entiti Pemastautin dianggap mempunyai Pinjaman Ringgit Domestik apabila satu lagi Entiti Pemastautin dengan pertalian Induk-Subsidiari mempunyai Pinjaman Ringgit Domestik; dan

b)      Hal-hal berikut ini tidak dianggap sebagai Pinjaman Ringgit Domestik —

i)              Pinjaman yang diperoleh daripada Entiti Pemastautin lain dengan pertalian Induk-Subsidiari;

ii)             Pinjaman yang diperoleh daripada Pemegang Saham Langsungnya; atau

iii)            Sebarang kemudahan termasuk kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang digunakan untuk Belanja Runcit atau Belanja Pekerja sahaja.

 

"Belanja Runcit" bermaksud belanja kecil atau jarang bagi bekalan pejabat (contoh, alat tulis), perkhidmatan sampingan (contoh, perisian dan langganan dalam talian) dan perbelanjaan kecil lain untuk memudahkan perjalanan perniagaan harian.

 

"Belanja Pekerja" bermaksud belanja berkaitan perniagaan yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perjalanan (contoh, penginapan dan pengangkutan) keraian, kesihatan, insurans, takaful dan belanja pekerja yang lain, tidak termasuk pelaburan.

"Pinjaman" bermaksud takrif "Pinjaman" seperti di atas.

Entiti

a)     Sebarang perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, koperasi, perkongsian tanggungan terhad dan sebarang badan lain, organisasi, persatuan atau kumpulan individu, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, dalam atau luar Malaysia; atau

b)     Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana Kerajaan lain

Akaun Luar

Akaun dalam Ringgit yang dibuka dengan mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia –

a)      Bukan Pemastautin –

i)    secara individu;

ii)   secara bersama dengan Bukan Pemastautin yang lain; atau

iii)  secara bersama dengan Pemastautin, tidak termasuk

·      Bagi usahasama di Malaysia;

·      Suami dan isteri; atau

 

b)      Oleh individu yang mengendalikan akaun amanah untuk atau bagi pihak Bukan Pemastautin. Penetapan akaun hendaklah ditentukan berdasarkan kemastautinan benefisiari.

Jaminan Kewangan
Jaminan, idemniti atau sebarang bentuk akujanji untuk mencagarkan bayaran balik Peminjaman

Komitmen Tegas

Komitmen yang terbit daripada –

a)   Obligasi untuk melakukan atau menerima, sebarang bayaran di bawah sebarang perjanjian atau pengaturan;

b)   Pemegangan aset atau harta benda; atau

c)   Pemegangan hutang, obligasi atau liabiliti    

Aset Mata Wang Asing Tempatan

a) Sekuriti atau sekuriti Islamik berdenominasi mata wang asing yang ditawarkan di Malaysia oleh Pemastautin sebagaimana diluluskan secara bertulis oleh Bank Negara Malaysia;

b) Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islamik berdenominasi mata wang asing yang ditawarkan di Malaysia oleh Pemastautin sebagaimana diluluskan secara bertulis oleh Bank Negara Malaysia tidak termasuk transaksi derivatif atau derivatif islamik yang diikat dengan Komitmen Tegas;

c) Deposit dalam FCA Pelaburan dengan LOB atau Institusi Kewangan diluluskan sebagaimana ditetapkan dalam Notis 3; atau

 

d) Sebarang instrumen yang ditawarkan oleh LOB dengan serahan mata wang asing pada tarikh matang.

Aset Mata Wang Asing Luar Pesisir (dahulunya dirujuk sebagai "Pelaburan Luar Negara")

a) Aset kewangan di Malaysia ditukar untuk aset kewangan Entiti Labuan atau di luar Malaysia;

b) Pinjaman Mata Wang Asing diberi kepada Bukan Pemastautin;

c) Modal kerja yang terbit daripada penubuhan sebarang pengaturan perniagaan di luar Malaysia (termasuk projek usahasama dimana tiada Entiti dicipta atau ditubuhkan);

d) Deposit dalam Akaun Mata Wang Asing yang diselenggara dengan Entiti Labuan atau di luar Malaysia tidak termasuk amaun deposit yang munasabah bagi pendidikan, pekerjaan atau penghijrahan di luar Malaysia; atau

e) Berdenominasi mata wang asing –

i. aset (ketara atau tak ketara) ditawarkan oleh Bukan Pemastautin atau sesiapa sahaja yang kemastautinannya tidak dapat dipastikan;

ii. aset (ketara atau tak ketara) dalam atau diselenggara dengan Entiti Labuan, atau di luar Malaysia;

iii. Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islamik (tidak termasuk Derivatif Kadar Pertukaran) tanpa Komitmen Tegas ditawarkan di Bursa Tertentu di bawah CMSA di luar Malaysia dilaksanakan oleh seorang Pemastautin menerusi broker hadapan Pemastautin; atau

iv. Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islamik (tidak termasuk Derivatif Kadar Pertukaran) tanpa Komitmen Tegas diterbitkan atau ditawarkan oleh Bukan Pemastautin.

Rantaian Bekalan Global

Aktiviti perniagaan dimana Pemastautin mengimport barangan atau perkhidmatan untuk menyokong pengeluaran atau pengedaran barangan atau perkhidmatan oleh pengeksport Pemastautin bagi aktiviti eksport pengeksport Pemastautin. Ini termasuk perdagangan barangan atau perkhidmatan domestik antara pengimport Pemastautin dengan pengeksport Pemastautin yang dilakukan menerusi Entiti perantaraan Pemastautin.

Kumpulan

Entiti   -

a) Entiti Pemegangan/Induk Langsung atau Ultimate;

b) Ibu Pejabat;

c) Cawangan;

d) Subsidiari  dimana Entiti memiliki lebih daripada 50% saham biasa dalam subsidiari;

e) Syarikat Bersekutu dimana Entiti memiliki antara 10% dan 50% sahama biasa dalam Syarikat Bersekutu; atau

f) Syarikat berkaitan dimana Entiti dan entiti berkaitannya mempunyai seorang pemegang saham biasa dengan minimum 10%  saham biasa dalam kedua-dua Entiti dan syarikat berkaitan dengannya.

Ahli Keluarga Terdekat

Pasangan sah di sisi undang-undang, ibu atau bapa, anak sah taraf (termasuk anak angkat sah di sisi undang-undang) atau adik-beradik sah taraf bagi seseorang individu.

Entiti Labuan

Sebuah Entiti yang ditubuhkan, diperbadankan, dilesenkan atau didaftarkan menurut mana-mana undang-undang berikut:

a) Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];

b) Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554]:

c) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

d) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705];

e) Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706); atau

f) Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad 2010 [Akta 707].

Bank Tempatan Berlesen atau LOB

a) Bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah FSA; dan

b) Bank Islamik berlesen di bawah IFSA.

Perbelanjaan Pelbagai

Transaksi Akaun Semasa yang mempunyai jumlah munasabah dan jarang berlaku, termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan percutian di luar negara, perbelanjaan perubatan di luar negara dan pendahuluan atau pembayaran ganti untuk pembelian barangan dan perkhidmatan di luar negara bagi pihak Individu Pemastautin yang menetap di Malaysia.

Pertalian Induk-Subsidiari

Pertalian Entiti Pemastautin secara langsung atau tidak langsung antara -

a) Entiti Pemegangan/Induk Pemastautin; atau

b) Subsidiari Pemastautin

Bagi mengelakkan keraguan, ini termasuk pertalian antara Entiti subsidiari Pemastautin sebuah Entiti Pemegangan/Induk Bukan Pemastautin dengan Entiti Pemegangan/Induk Pemastautin ultimat Entiti subsidiari Pemastautin.

Hartanah Luar Negara

Hartanah adalah untuk penginapan Individu Pemastautin sendiri atau penginapan Ahli Keluarga Terdekat Individu Pemastautin sahaja.

Aktiviti Sektor Sebenar

Aktiviti yang berkaitan dengan –

a) Pembinaan atau pembelian harta kediaman atau komersial, tidak termasuk pembelian tanah yang tidak akan diguna untuk pembinaan atau pengeluaran barangan atau perkhidmatan; atau

b) Pengeluaran atau penggunaan barangan atau perkhidmatan, tidak termasuk –

i. Aktiviti dalam sektor perkhidmatan kewangan, sama ada berciri Islamik atau sebaliknya;

ii. Pembelian sekuriti atau sekuriti Islamik; atau

iii. Pembelian Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islamik.

Aset Ringgit

a) Sekuriti atau sekuriti Islamik berdenominasi Ringgit diterbitkan di Malaysia oleh Pemastautin;

b) Sekuriti atau sekuriti Islamik berdenominasi Ringgit diterbitkan oleh Bukan Pemastautin seperti diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;

c) Instrumen Kewangan atau Instrumen Kewangan Islamik berdenominasi Ringgit seperti diluluskan oleh BNM;

d) Deposit Ringgit dengan Institusi Kewangan di Malaysia; termasuk instrumen ala deposit dengan hanya serahan Ringgit di peringkat mula dan matang; atau

e) Sebarang harta di Malaysia.

 

APA YANG KAMI PERLUKAN DARIPADA ANDA?

 

Sila ambil perhatian tentang perkara berikut:

(a) isytiharkan taraf pemastautin anda semasa anda membuka akaun dengan kami dan harus memaklumkan kepada kami apabila terdapat perubahan;

(b) pastikan aktiviti yang dilakukan di dalam akaun yang dikendalikan dengan kami mematuhi Notis FEP yang sedia ada pada setiap masa; dan

(c) memberikan bukti dokumentasi kepada kami sebagai sebahagian daripada proses usaha wajar kami untuk memastikan Notis FEP dipatuhi sepenuhnya.

 

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Notis FEP (boleh diakses di sini).

 

Sekiranya kelulusan atau pendaftaran diperlukan untuk sebarang transaksi yang ingin dilakukan, anda boleh mengemukakan permohonan anda di laman web BNM (boleh diakses di sini). Salinan kelulusan atau pendaftaran tersebut mungkin akan diminta daripada anda sebelum transaksi anda dilaksanakan.

 

Adalah diingatkan bahawa anda tidak boleh menggunakan produk atau perkhidmatan kewangan Bank untuk transaksi terlarang/menyalahi undang-undang, seperti (tetapi tidak terhad kepada) perdagangan pertukaran wang asing dan skim pelaburan haram. Anda boleh merujuk laman web BNM di https://www.bnm.gov.my/consumer-alert untuk maklumat lanjut.

 

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.