Akaun Amanah

Akaun Amanah

 

Bagi Pelanggan (selepas ini dirujuk sebagai “Pemegang Amanah”) yang merupakan Pemegang Amanah bagi pembukaan akaun amanah, anda bertanggungjawab untuk menyerahkan maklumat dan dokumen berikut kepada Bank:

 

1. Nama, alamat, dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport atau pengenalan lain bagi Pemegang Amanah yang boleh diterima oleh Bank;

 

2. Pernyataan yang menyatakan bahawa akaun deposit akan dipegang secara amanah oleh Pemegang Amanah; dan

 

3. Amaun atau peratusan bagi setiap kepentingan benefisiari dalam akaun amanah.

 

Untuk memudahkan penyerahan maklumat bagi perkara (2) dan (4) di atas, Pemegang Amanah boleh mengisi borang “Appendix A – PIDM Disclosure Requirements on Opening and Maintenance of Trust Account(s)” dan menyerahkannya di mana-mana cawangan HLB/HLISB untuk rekod simpanan Bank.

Borang Appendix A boleh digunakan untuk tujuan penyelenggaraan oleh Pemegang Amanah.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Akaun Amanah, sila lawati laman web PIDM.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan/atau memerlukan salinan “Appendix A” dalam versi Bahasa Malaysia, sila e-mel kami di hlonline@hlbb.hongleong.com.my

For enquiries, connect with us online or drop by your nearest Hong Leong Bank Branch.