Card Melaporkan Scam / Penipuan

Laporkan Scam / Penipuan

 

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN JIKA TERKENA SCAM?

 

  1. Segera hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan HLB atau Pusat Respons Scam Kebangsaan jika anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan/tidak disedari dalam akaun anda, ataupun anda menyedari bahawa anda telah ditipu. Laporan yang dibuat secara segera mungkin boleh membantu anda mengurangkan kerugian yang dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda.
  2. Buat laporan polis selepas anda membuat laporan kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan HLB atau Pusat Respons Scam Kebangsaan bagi membolehkan pihak polis memulakan siasatan rasmi
  3. Tetap hubungi pihak Bank meskipun insiden penipuan sudah berlaku agak lama (contohnya lebih daripada 24 jam) kerana laporan penipuan ini merupakan tindakan penting bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjenayah.

Pusat Perkhidmatan Pelanggan HLB

24 Jam Setiap Hari

03-7626 8899

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

997

 

  • Sila ambil perhatian bahawa anda tidak perlu membuat laporan berasingan kepada NSRC dan HLB. Satu laporan sudah mencukupi kerana NSRC akan berkongsi maklumat kes dengan pihak bank untuk tindakan lanjut.
  • NSRC ialah pusat tindak balas kecemasan untuk scam dan penipuan kewangan dalam talian. Ia merupakan operasi bersepadu yang melibatkan kerjasama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC mengumpulkan sumber dan kepakaran daripada semua pihak ini untuk memerangi penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan. Untuk maklumat lanjut tentang NRSC, klik di sini untuk Soalan Lazimnya.

 

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT YANG HARUS DISIAPSEDIAKAN UNTUK TINDAKAN LEBIH PANTAS:

1. Penerangan ringkas tentang kejadian “scam”, termasuk tarikh dan masa kejadian

2. Kerugian kewangan (RM)

3. Perincian pelanggan:

a. Nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon

b. Nombor panggilan alternatif, alamat e-mel (jika ada)

c. Nombor akaun bank

4. Perincian scammer:

a. Maklumat akaun bank scammer / akaun keldai: Nama bank, nombor akaun bank, nama pemilik akaun

b. Maklumat transaksi: Jumlah (RM), tarikh, masa

c. Nama dan nombor panggilan scammer

 

TINDAKAN SUSULAN PELANGGAN SELEPAS KES DILAPORKAN:

1. Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada pihak Bank atau NSRC, sila membuat laporan polis di balai polis berdekatan secepat mungkin.

2. Selepas laporan polis dibuat, pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda akan memberikan nombor telefon mereka untuk dihubungi. Pegawai siasatan mungkin akan menghubungi anda untuk mendapat maklumat lanjut bagi membantu agensi penguatkuasaan undang-undang mengambil tindakan terhadap penjenayah. Contohnya:

  • Resit transaksi
  • Alamat laman sesawang (URL) yang dikongsikan oleh scammer
  • Komunikasi dengan penjenayah (contohnya log panggilan, e-mel, perbualan melalui platform SMS / WhatsApp / Telegram / WeChat / e-dagang / platform lain)

3. Anda boleh membuat semakan susulan mengenai kes anda dengan:

  • Menyemak status laporan polis anda secara dalam talian melalui https://sso.rmp.gov.my; atau
  • Menghubungi pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda

 

NOTA PENTING UNTUK PELANGGAN:

  • Sila buat laporan polis di mana-mana balai polis dengan segera, dalam tempoh 24 jam pertama.
  • Jika akaun HLB anda dikompromi, sila juga menghubungi bank anda yang lain dengan segera untuk melindungi akaun lain anda, termasuk menukar kata kunci, membekukan kad-kad, atau menyekat akaun untuk sementara waktu.
  • Pihak NSRC, polis atau Bank tidak akan sekali-kali meminta maklumat perbankan peribadi anda seperti nama pengguna, kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP. Jika anda menerima permintaan sedemikian, hentikan panggilan dengan serta-merta.

 

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.