Soalan Lazim - Kad Debit Touch n Go Zing

Kad Debit Touch n Go Zing

Q: Apakah Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong?
A: Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong adalah Kad Touch' n Go dengan ciri tambah nilai automatik yang dipautkan kepada Akaun Semasa atau Simpanan Hong Leong melalui Kad Debit Hong Leong. Setiap kali baki Kad Debit Zing anda jatuh di bawah RM50, ia secara automatik akan ditambah nilai sebanyak RM50 dan amaun ini akan didebitkan dari "Akaun Pembelian Runcit" anda sama ada Akaun Simpanan atau Semasa Hong Leong melalui Kad Debit Hong Leong.

 

Q: Apakah tempoh sah Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong?
A: Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong mempunyai anggaran jangka hayat 64,000 transaksi atau bersamaan 10 tahun bagi pengguna yang sangat kerap.

Pembaharuan semula kad perlu dilakukan sebelum tarikh tamat yang dicatatkan pada kad. Sebulan sebelum pembaharuan semula, HLB akan menghantar surat bersama dengan Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong yang BAHARU.

 

Permohonan Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong

Q: Bagaimanakah cara memohon Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong?

1.     Kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda

2.     Bawa bersama MyKad anda untuk pengesahan dan buka Akaun Semasa atau Simpanan dan dapatkan Kad Debit dengan serta-merta. Anda secara automatik layak untuk memohon Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong.

 

Q: Berapa lamakah masa untuk menerima Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong?

Anda akan dapat Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong melalui pos dalam masa 30 hari selepas menyerahkan permohonan anda.

 

Melapor Kad Hilang

Q: Apakah yang perlu saya lakukan jika Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong saya hilang atau dicuri?

A: Anda boleh segera:

1.     Laporkan kepada Pusat Hubungan Hong Leong di 03-7626 8899 untuk kad hilang di dalam Malaysia atau di luar negara. Untuk pelanggan Perbankan Priority, sila hubungi Talian Bebas Tol Perbankan Priority di 1800-18-9000 untuk pemberitahuan kad hilang kepada Bank.

2.     Pemberitahuan hendaklah dibuat kepada Bank secara peribadi atau melalui telefon, telegram, faksimili, atau e-mel dan pengesahan yang sama perlu dibuat secara bertulis.

 

Fi & Caj

Q: Apakah fi dan caj yang akan dikenakan kepada Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong?

Keterangan

Fi
(Tidak termasuk GST)

GST (6%)

Fi
(Termasuk GST)

Fi Pengeluaran Kad

RM10 setiap kad

RM0.60

RM10.60 setiap kad

Fi Penggantian Kad

RM10 setiap kad.

RM0.00

RM10 setiap kad

Fi Tambah Nilai Automatik

RM0.50 setiap tambah nilai automatik

RM0.03

RM0.53 setiap tambah nilai automatik

Fi Memproses/Menyelenggara

RM5 setiap permohonan

RM0.30

RM5.30 setiap permohonan

Fi pemprosesan akan dikenakan jika ada permintaan bagi Pembayaran Balik Nilai yang Tidak Digunakan (biasanya untuk kad hilang & dicuri, tarikh tamat, rosak dan pembatalan)

 

Fi Penyelenggaraan merujuk kepada penyelenggaraan Nilai Tidak Digunakan pada waktu selang enam (6) bulan dari tarikh Cip TNG dalam Kad Zing dianggap tidak aktif.

 

Tidak aktif bermaksud Kad Zing tanpa Transaksi Kad (tambah nilai atau penggunaan) bagi tempoh 24 bulan berturut-turut.

 

Q: Berapa lamakah proses bayaran balik jika saya ingin menamatkan kad dan masih terdapat baki dalam kad?
A: Ia memerlukan 14 hari bekerja dan amaun baki akan dikreditkan kembali ke "Akaun Pembelian Runcit" pelanggan.

 

Q: Bilakah amaun RM100 yang dipertentukan dilepaskan selepas pelanggan meminta untuk membatalkan Kad Zing/Kad Debit?
A: RM100 akan dilepaskan dalam masa 21 hari selepas tarikh permintaan pelanggan dikemukakan.

 

Q: Berapa kerap saya boleh menambah nilai Kad Debit Touch’n Go Zing Hong Leong saya dalam satu hari?
A: Hanya satu (1) tambah nilai automatik dibenarkan dalam sehari.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.