Menerima notis transaksi anda dengan Aplikasi HLB Connect atau Emel untuk transaksi yang dibuat melalui HLB Connect.

 

Apabila anda menerima pembayaran atau pindahan ke akaun anda dan melakukan transaksi melalui HLB Connect, notis transaksi akan dihantar ke peti masuk aplikasi atau ke alamat e-mel anda.

 

Ini akan memudahkan anda mencari notis apabila diperlukan. Cuma ketik pada ikon loceng pada sudut atas sebelah kiri skrin log masuk aplikasi.

 

Untuk memastikan bahawa anda menerima notis selepas transaksi, jika anda ingin menukar atau mengemas kini alamat emel anda, anda boleh mengikut langkah di bawah:

Langkah 1: Log masuk ke Perbankan Dalam Talian HLB Connect

Langkah 2: Ketik pada SETTINGS > Update Contact Info

Langkah 3: Pilih ‘Notification Email Address’ daripada menu lungsur turun

Langkah 4: Masukkan alamat emel yang baru dan mengesahkan melalui pengesahan ID.

Connect app
icon 1

Jika anda bukan pengguna Aplikasi HLB Connect

Anda akan menerima notis transaksi anda melalui e-mel.

icon 2

Jika anda berada di luar liputan internet

Sebaik sahaja sambungan internet diperoleh, anda mungkin menemui notis transaksi anda di dalam peti masuk aplikasi atau e-mel anda.