AppAuthorise ialah ciri keselamatan pada Aplikasi Connect yang membolehkan anda membenarkan pembayaran atau pindahan bukan kegemaran sebanyak RM10,000 dan ke atas melalui Perbankan Dalam Talian HLB Connect. Notis pemberitahuan akan dihantar ke peranti mudah alih di mana anda akan dapat lihat butiran transaksi dan Membenarkan atau Menolak transaksi melalui Aplikasi Connect. Ini akan meningkatkan perlindungan akaun bank anda daripada akses tanpa kebenaran.
Bagaimana caranya?
Langkah 1

Mulakan pembayaran/pindahan RM10,000
dan ke atas kepada penerima bukan
kegemaran melalui Perbankan Dalam
Talian Connect
Langkah 2

Semak butiran
Membenarkan atau menolak transaksi
melalui Aplikasi Connect
Langkah 3

Status transaksi
Semak status transaksi pada
Perbankan Dalam Talian Connect
Jika anda memasang Aplikasi Connect pada

HANYA satu peranti
AppAuthorise akan dibolehkan secara automatik
apabila anda log masuk ke Aplikasi Connect untuk kali pertama.

Berbilang peranti
Anda akan diminta untuk membolehkan
AppAuthorise pada peranti mudah alih
yang anda gunakan untuk log masuk.
Anda boleh pilih peranti mana yang mahu dibolehkan.
AppAuthorise hanya boleh dipasang pada SATU peranti sahaja. Jika anda mahu takur dan membolehkan AppAuthorise pada peranti lain,
anda perlu menghentikannya pada peranti semasa dulu.
Untuk menghentikan AppAuthorise, log masuk ke Aplikasi Connect dan ketik pada Menu > Tetapan Aplikasi.
Peringatan:
AppAuthorise HANYA boleh dipasang pada SATU peranti sahaja. Jika anda mahu membolehkan AppAuthorise pada peranti kedua, anda perlu menghentikannya pada peranti pertama terlebih dahulu. Rujuk Soalan Lazim berikut untuk panduan langkah demi langkah.