QR Pay di HLB Connect App kini dipertingkatkan dengan QR Rentas Sempadan, menawarkan anda kemudahan melakukan pembayaran segera kepada peniaga dengan mengimbas Kod QR PromptPay (Thailand), QRIS (Indonesia), NETS (Singapura) & Bakong (Kemboja).
Cara menggunakan HLB Connect to untuk membuat pembayaran QR di Thailand, Indonesia, Singapura & Kemboja
Langkah 1
Lancarkan HLB Connect App dan ketik pada “QR Pay” di halaman log masuk
Langkah 2
Imbas Kod QR PromptPay (Thailand), QRIS (Indonesia), NETS (Singapura) & Bakong (Kemboja)
Langkah 3
Masukkan jumlah bayaran
Langkah 4
Semak butir penerima dan jumlah sebelum anda meneruskan untuk membuat pembayaran
Langkah 5
Semak status transaksi
Bayaran akan ditolak daripada Akaun HLB/HLISB yang anda pilih dan jumlah yang ditolak adalah dalam RM.

