Anda mungkin menyukai
Memperkenalkan Hong Leong SMART Wealth Insurance, pelan berkaitan pelaburan (ILP) yang direka untuk menyokong matlamat kewangan anda dan memperkasakan masa depan kewangan anda, sambil memastikan keluarga anda terus dilindungi dengan warisan yang bermakna semasa ketiadaan anda.
Ciri-ciri Utama
1. Pengumpulan kekayaan melalui potensi pulangan dana berkaitan pelaburan, dengan bayaran minimum sebanyak 110% daripada jumlah premium yang dibayar pada tempoh matang.
2. Nikmati perlindungan sekurang-kurangnya 110% daripada jumlah premium yang dibayar, ditolak sebarang pengeluaran, sehingga umur 100 tahun dengan tempoh pembayaran 3 tahun, tertakluk kepada kemampanan polisi.
3. Memperuntukkan 100% premium dalam pelaburan untuk mengoptimumkan potensi pulangan anda.
4. Tinggalkan legasi kewangan yang memberikan ketenangan fikiran untuk orang-orang tersayang anda.
5. Dibuat khusus untuk anda dengan pelbagai pakej bagi memenuhi keperluan anda.
6. Pendaftaran mudah tanpa sebarang soalan kesihatan untuk premium tahunan sehingga RM 1,500,000.
Pelan asas ini menawarkan pilihan premium dan Jumlah Asas Diinsuranskan1 seperti berikut:
Pelan | Premium Tahunan (RM) | Jumlah Asas Diinsuranskan (RM) |
|
---|---|---|---|
Umur Kemasukan 0 - 55 |
Umur Kemasuka 56 - 70 |
||
Standard |
30,000 |
117,000 |
99,000 |
Deluxe |
50,000 |
195,000 |
165,000 |
Premier |
100,000 |
390,000 |
330,000 |
Superior |
150,000 |
585,000 |
495,000 |
Excellence |
200,000 |
780,000 |
660,000 |
Signature |
250,000 |
975,000 |
825,000 |
Platinum |
300,000 |
1,170,000 |
990,000 |
Prestige |
350,000 |
1,365,000 |
1,155,000 |
Prime |
400,000 |
1,560,000 |
1,320,000 |
Grand |
450,000 |
1,755,000 |
1,485,000 |
Elite |
500,000 |
1,950,000 |
1,650,000 |
Supreme |
600,000 |
- |
1,980,000 |
Royal |
700,000 |
- |
2,310,000 |
Majestic |
800,000 |
- |
2,640,000 |
Imperial |
900,000 |
- |
2,970,000 |
Ultimate |
1,000,000 |
- |
3,300,000 |
Ultimate 1.25 |
1,250,000 |
- |
4,125,000 |
Ultimate 1.50 |
1,500,000 |
- |
4,950,000 |
Nota: Sekiranya anda tidak layak untuk membeli pelan ini melalui Daftar dan Lindung, anda masih boleh memilih pelan melalui Proses Taja Jaminan Dipermudah dengan menjawab beberapa soalan kesihatan. Sila berbincang dengan Perunding Insurans anda untuk membantu anda memilih pakej atau gabungan pakej yang bersesuaian dengan keperluan kewangan anda.
Kelayakan Umur penyertaan (berdasarkan umur hari lahir lepas)
- Minimum: 30 hari
- Maksimum: 70 tahun
Nota kaki:
- Jumlah Asas Diinsuranskan berdasarkan umur kemasukan.
Umur Kemasukan | Jumlah Asas Diinsuranskan |
---|---|
0-55 |
130% daripada Jumlah Premium Dibayar (tidak termasuk sebarang premium tambahan pilihan) tolak sebarang pengeluaran |
56-70 |
110% daripada Jumlah Premium Dibayar (tidak termasuk sebarang premium tambahan pilihan) tolak sebarang pengeluaran |
*Nota Penting
Ini ialah produk insurans yang terikat dengan prestasi aset asas, dan bukan produk pelaburan tulen seperti amanah saham.
Produk ini ditaja jamin oleh Hong Leong Assurance Berhad, penanggung insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Penafian
Maklumat yang disediakan pada muka surat ini bukanlah suatu kontrak insurans. Penerangan tentang perlindungan insurans adalah sekadar ringkasan untuk rujukan pantas dan mudah. Terma dan syarat yang tepat dibentangkan secara terperinci dalam dokumen polisi.
PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT POLISI/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk kepada Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM, hubungi [Hong Leong Assurance Berhad] atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).