Artikel Alam Sekitar HLB Bahagian 1: ESG-ing portfolio anda

BAHAGIAN 1
banner

“Generasi terdahulu membina kekayaan yang besar. Tetapi mereka mungkin telah memudaratkan bumi ketika melakukannya.”

Aerial view of a grain field Pandangan udara ladang bijirin yang musnah selepas
ribut dan hujan lebat.

Dahulu, urusan perniagaan amat mudah dan ringkas. Syarikat hanya perlu mengeluarkan produk yang hebat, memacu permintaan untuknya dan menguruskan kewangan dengan baik. Setiap tahun, pemegang saham akan menjangkakan pertumbuhan keuntungan, dividen dan harga saham. Syarikat yang memenuhi jangkaan akan terus berprestasi seperti yang dijangkakan, dan harga stok akan mencapai nilai yang tinggi.

Tetapi jangkaan tersebut menjadi semakin sukar untuk dicapai, walaupun sektor teknologi telah menunjukkan pertumbuhan menarik tetapi sukar diramalkan di dua dekad yang lalu. Pandemik baru-baru ini menjadi penggalak besar pada kenaikan nilai saham dan ramai yang menjangkakan harga akan mencecah paras siling maksimum tidak lama lagi.

Di manakah paras siling maksimum itu? Ada yang berpendapat ia berkaitan dengan terbitan bon bank pusat yang banyak, jumlah pencetakan wang yang luar biasa dan kadar faedah negatif. Ini memang benar, tetapi ada satu faktor besar yang mengatasi kesemua ini.

Batasan terbesar adalah bumi yang kita duduki; sumbernya adalah terhad. Hari ini, kita sedang mengalami kesan daripada aktiviti yang melebihi had batasan tersebut.

Lebih sedekad yang lalu, pakar sains, pemimpin awam dan syarikat yang berprestasi telah memberi amaran tentang pemanasan global dan perubahan suhu yang merupakan dua cabaran terbesar pada masa kini. Selama 30 tahun, COP PBB mengadakan pertemuan tahunan. Penyertaan kumpulan global semakin berkembang, dan mereka juga merupakan penandatangan kepada beberapa siri perjanjian. Walau bagaimanapun, perkembangannya masih perlahan, dan planet terus mengalami kenaikan suhu sebanyak 2 darjah Celsius melebihi had yang dipersetujui pada COP21, yang dikenali sebagai Perjanjian Paris COP21 pada 2015.

Bukan sahaja bumi, malah manusia dan sistem juga terkesan.

Jika sekarang kita tidak membantu generasi akan datang, siapakah yang akan memacu keuntungan dalam produktiviti yang menjana pulangan untuk kita pada masa hadapan?

If we do not

Matlamat Pembangunan Mampan UN yang telah dipersetujui secara global menggariskan beberapa isu yang perlu ditangani dengan segera. Isu-isu ini merupakan masalah kemanusiaan yang paling mendesak.

Kepelbagaian isu-isu ini membuktikan banyak yang perlu dibaiki di seluruh dunia. Pastinya, pelabur yang bijak telahpun membuat unjuran terhadap sektor yang manakah mungkin dapat memberi keuntungan yang luar biasa. Adanya pelbagai perspektif yang bertembung, tetapi salah satu sudut pemikiran yang mungkin dipersetujui dengan luas di kalangan pelabur adalah seperti berikut:

“Dengan mengabaikan isu-isu ini, kita memandang rendah kepelbagaian yang terdapat di bumi ini serta keuntungan produktif yang mungkin dinikmati sekarang dan di masa hadapan, jika kita dapat menggabungkan kesemuanya.”

TIADA KEMISKINAN
BEBAS LAPAR
KESIHATAN DAN HIDUP YANG BAIK
PENDIDIKAN BERKUALITI
KESAMAAN JANTINA
AIR BERSIH DAN SANITASI
TENAGA BERSIH YANG MAMPU
PERTUMBUHAN EKONOMI DAN KERJA YANG BAIK
INDUSTRI, INOVASI DAN INFRASTRUKTUR
PENGURANGAN KETIDAKSAMAAN
BANDARAYA DAN KOMUNITI LESTARI
PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
PERUBAHAN SUHU
KEHIDUPAN DI AIR
KEHIDUPAN DI DARAT
AMAN, ADIL INSTITUSI KUKUH
RAKAN BAGI MATLAMAT

Bolehkan syarikat besar menyelamatkan bumi?

Berulang kali, kerajaan di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa mereka bukanlah pengagih sumber yang paling cekap atau saksama. Dasar penambahan peraturan mempunyai kecenderungan untuk mengganggu kuasa pasaran bebas dan mendorong masalah di masa hadapan.

Terdapat ramai pemimpin perniagaan yang mengiktiraf kuasa di sebalik penjanaan perubahan positif. Oleh itu, mereka berusaha untuk memupuk imaginasi dan kepercayaan pelabur bagi memastikan akses berterusan kepada modal sementara mereka berusaha untuk menjayakan inovasi yang mungkin menyelesaikan isu-isu ini.

Adalah menjadi harapan ramai bahawa mereka yang ketinggalan juga akan mula melangkah ke arah ESG dan pencapaian di arena ini akan mengubah cara syarikat dinilai dan dihargai pada masa hadapan.

Jelas sekali, pemimpin perniagaan yang bijak dan prihatin terhadap manusia dan bumi ini tahu di mana terletaknya pertumbuhan dan keuntungan masa hadapan mereka.

Sektor perniagaan swasta adalah lebih cekap di dalam tindakan mereka yang didorong oleh kuasa ekonomi dan kelangsungan perniagaan.
Pelaburan ESG merupakan dorongon kuat di sebalik usaha untuk membina ekonomi lestari yang bermanfaat secara meluas.

The private sector

Penyelesaiannya adalah pelaksanaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG);
tetapi malangnya agak sukar dilaksanakan.

Dalam soal ini, pilihannya amat mudah, sama ada mengikut haluan baharu atau mengalami kesukaran untuk mengakses modal melalui pasaran awam; atau lebih teruk lagi, mengalami pengurangan nilai yang ketara.

If we do not

Terdapat banyak sumber di mana pemahaman asas ESG boleh diperolehi. Untuk mengetahuinya, cuma klik bahagian lanjutan di bawah

Banyak syarikat, penggubal dasar dan kumpulan pendesak (seperti pemantau pemegang saham minoriti, pencinta alam sekitar, NGO masyarakat sivil, dan lain-lain) mengakui kepentingan ESG dalam urusan harian mereka.

Apa yang sukar ialah bagi syarikat (mungkin di antaranya telah menjalankan perniagaan selama lebih dari setengah dekad) untuk melakukan perubahan yang signifikan kepada organisasi mereka yang berskala besar dan tidak berpusat tanpa mengubah teras perniagaan mereka dengan radikal.

Contoh ESG dalam tindakan: Kunci utama adalah matlamat keseluruhan dan mengambil kira bahawa tiada penyelesaian “satu saiz untuk semua”. Kebanyakan syarikat akan menyasarkan keseimbangan yang baik.
  • Pengeluaran gas rumah hijau
  • Pencemaran air dan udara
  • Biodiversiti
  • Penebangan hutan
  • Kitar semula dan pengurusan sisa
  • Penggunaan sumber semula jadi
  • Tenaga yang boleh diperbaharui
  • Kekurangan air
  • Kecekapan tenaga
  • Inisiatif kelestarian
  • Hubungan dengan pengawal selia
  • Kepelbagaian dan kemasukan
  • Budaya syarikat
  • Perlindungan data dan privasi
  • Kepuasan pelanggan
  • Hubungan dengan masyarakat setempat
  • Hak asasi manusia
  • Standard buruh
  • Keselamatan produk
  • Latihan pekerja
  • Penyumberan rantaian bekalan beretika
  • Komposisi ahli lembaga pengarah
  • Kepelbagaian pengurusan
  • Hak pemegang saham
  • Pelobian
  • Pampasan eksekutif
  • Ketelusan perakaunan
  • Pengasingan peranan CEO dan Pengerusi
  • Rekod mahkamah pemegang saham
  • Hubungan dengan pengawal selia

Bagaimana pelabur bijak menyepadukan portfolio dengan faktor ESG.

Jika anda fikir pelaburan ESG hanya untuk dana yang besar, mungkin sebahagiannya benar. Amat sukar bagi pelabur individu untuk mengawasi arah aliran korporat atau pasaran yang mungkin menjejaskan perjalanan ESG sebuah syarikat.

Malah fakta yang kami nyatakan sebagai ‘perjalanan’ seharusnya memberi petunjuk yang jelas - proses membina kelayakan ESG yang kukuh merupakan perjalanan beribu langkah yang memerlukan penyeliaan yang jelas dan teliti.

Dana awam yang besar dan berpengaruh seperti dana persaraan bergantung kepada akses bilik lembaga dan jabatan penyelidik, ahli ekonomi dan penganalisis yang biasanya di luar jangkauan pelabur biasa.

Secara umum, inilah kaedah yang digunakan oleh beberapa dana yang paling berjaya setakat ini
Ia merupakan panduan praktikal apabila mempertimbangkan pelaburan ESG. Ia akan dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam artikel akan datang, nantikannya.
PELABURAN ESG
PELABURAN LESTARI
Integrasi ESG
esg 1

“Saya mahu menyepadukan faktor ESG untuk menilai profil risiko/ganjaran pelaburan saya.”

CONTOH PRAKTIKAL:

Pelepasan karbon syarikat akan dinilai bersama langkah perniagaan asasnya.

esg 2
PELABURAN EKSKLUSIF
exclusionary 1

“Saya mahu menapis syarikat atau sektor kontroversi yang tidak memenuhi kriteria kelestarian saya.”

CONTOH PRAKTIKAL:

Dana mungkin menyaring syarikat dengan hasil yang dijana daripada bahan api fosil.

exclusionary 2
PELABURAN INKLUSIF
inclusionary 1

“Saya ingin mencari syarikat yang mendapat kedudukan tinggi dalam sektor mereka berdasarkan kriteria kemampanan.”

CONTOH PRAKTIKAL:

Pelabur yang bimbang tentang pemanasan global boleh mensasarkan pelaburan mereka kepada syarikat yang mempunyai risiko rendah karbon material.

inclusionary 2 Yang berprestasi tinggi
PELABURAN IMPAK
impact 1

“Saya mahu melabur dalam syarikat yang berusaha memberikan kesan kepada sosial dan/atau alam sekitar yang dapat diukur dan menjana pulangan kewangan.”

CONTOH PRAKTIKAL:

Melabur dalam syarikat tenaga boleh diperbaharui dengan hasrat untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar.

impact 2 Sumbangan dari perolehan

Sebaliknya: Sebagai pelabur biasa, anda lebih berkuasa daripada yang anda fikir.

Kini terdapat lebih banyak modal mengejar pelaburan ESG berkualiti dibandingkan dengan jumlah syarikat yang boleh dipertimbangkan. Permintaan yang mengatasi penawaran akan menaikkan nilai.

There is now

Walaupun pelabur individu hanya memiliki sebahagian kecil daripada modal purata dana persaraan, tetapi mengikut skala - ratusan ribu jika tidak berjuta pelabur individu di seluruh dunia telah meletakkan pelaburan mereka untuk apa yang mereka percayai, dan kelayakan ESG adalah intipatinya. Pelaburan ESG ialah pemangkin yang membangunkan momentum dan skala bagi menyaingi sebarang bentuk pelaburan lain.

Pada suatu masa dahulu, pelabur hanya diketahui sebagai pelabur jangka panjang yang mencari dividen atau saham pertumbuhan atau pelabur jangka pendek yang memburu pulangan tinggi yang berisiko tinggi. Mereka yang bersandar pada prinsip ESG merupakan kelas baharu yang tersendiri. Kami menggelar mereka pelabur masa hadapan. Bagi yang masih belum mengubah posisi atau mengimbangi semula portfolio mereka dengan pelaburan ESG, berbuatlah sedemikian tanpa bergesa-gesa.

Kami percaya bahawa memperbanyakkan pembelajaran pada masa ini akan membawa kejayaan kepada pelabur. Terdapat banyak cara untuk memulakan perjalanan anda ke arah matlamat ini, dan kami akan membincangkannya di dalam bahagian 2 artikel ini.

graph

Jelas sekali, terdapat skop yang luas untuk berkembang. Tetapi apabila semakin banyak modal mengalir ke arah pelaburan sebegini, persoalannya adalah; adakah terdapat sasaran pelaburan berbaloi yang mencukupi?

there is great scope