HLB Meezani Account-i Menarik 43% Pelanggan Baharu
Akaun Pelaburan Patuh Shariah HLB Islamic Menarik 43% Pelanggan Baharu, Bukti Fokus Bank dalam Pengurusan Harta Mendapat Sambutan
-
HLB Islamic memberi ganjaran kepada pelanggan HLB Meezani Account-i pada tahun pertamanya, termasuk sebuah Denza D9, wang tunai berjumlah RM100,000 serta pakej percutian keluarga bernilai sehingga RM30,000.
-
Pada tahun 2027, HLB Islamic menawarkan himpunan ganjaran yang merangkumi sebuah Porsche Cayenne, empat buah Proton e.Mas 5, sebuah Samsung Galaxy S26 Ultra setiap bulan, serta ganjaran lain seperti emas, pakej percutian dan pulangan tunai.
Gambar 1: Pemenang ganjaran tahunan HLB Meezani Account-i [kiri] membawa pulang sebuah Denza D9 baharu, yang
disampaikan oleh Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic [kanan].
Gambar 2: Dafinah [tengah] menyampaikan Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe, yang merupakan ganjaran utama tahun 2027, bersama Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran & Komunikasi HLB [kanan] dan Tay Choon Wei, Ketua Pengurusan Harta Malaysia HLB [kiri].
KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2026 – HLB Islamic (atau “Bank”) meraikan ulang tahun pertama HLB Meezani Account-i (atau “Akaun”) menerusi Majlis Penyampaian Ganjaran Tahunan 2026. Diperkenalkan untuk menggalakkan amalan kewangan yang sihat, akaun pelaburan harian patuh Shariah ini membolehkan rakyat Malaysia mengembangkan simpanan dan pelaburan mereka melalui saluran berisiko rendah. Majlis tersebut turut mengiktiraf para pelanggan yang telah memulakan perjalanan kewangan mereka menerusi amalan menyimpan dan melabur secara berdisiplin.
Pada tahun pertama, HLB Islamic memberikan ganjaran kepada pemegang HLB Meezani Account-i menerusi cabutan harian, mingguan, bulanan, suku tahunan dan tahunan, dengan ganjaran termasuk sebuah Denza D9, hadiah wang tunai bernilai RM100,000 serta pakej percutian keluarga bernilai sehingga RM30,000.
Meneruskan momentum berkenaan, pihak Bank akan terus memberi ganjaran kepada pemegang akaun pada 2027 menerusi pelbagai hadiah menarik. Antaranya termasuk sebuah Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupé, empat buah Proton e.MAS 5, sebuah Samsung Galaxy S26 Ultra setiap bulan, emas 999, pakej percutian, dan ganjaran tunai menerusi struktur cabutan yang sama.
Semakin banyak pelanggan menyimpan, semakin tinggi peluang mereka untuk menikmati lebih banyak ganjaran. Pelanggan juga boleh memperoleh penyertaan bonus melalui transaksi harian daripada HLB Meezani Account-i, termasuk pembayaran melalui QR Pay, pembayaran bil dan pelaburan secara berkala.
Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic, Dafinah Ahmed Hilmi, berkata bahawa pengurusan harta dikenalpasti sebagai bidang perkembangan utama dalam Pelan Transformasi HLB. Fokus ini telah membawa kepada pengenalan Hayat @ HLB Islamic, pendekatan pengurusan harta holistik yang berteraskan falsafah “Pegangan Lestari Membimbing Kesenangan Masa Depan”. Pendekatan ini merangkumi keseluruhan perjalanan pengurusan harta meliputi Penciptaan, Pengumpulan, Perlindungan, Penyucian, serta Pengagihan harta. HLB Meezani Account-i merupakan salah satu manifestasi pendekatan ini, membawa falsafah pengurusan harta Bank kepada penyelesaian pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
“Perbankan Shariah sememangnya untuk semua. Pada asasnya, ia merupakan perbankan beretika yang berteraskan prinsip keadilan dan ketelusan, dengan memberi tumpuan kepada penggunaan dana dalam aktiviti yang dapat memberi manfaat secara mampan kepada masyarakat. Di HLB Islamic, kami bukan sekadar tempat untuk menyimpan wang. Kami menghubungkan simpanan hasil titik peluh pelanggan dengan pertumbuhan ekonomi sebenar. Kami membantu pelanggan mengurus dan mengembangkan wang mereka secara produktif, beretika dan bertanggungjawab bagi menjana nilai yang bermakna. Dengan ini, kami ingin terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membudayakan amalan menabung dan melabur sebagai sebahagian perjalanan pembinaan harta mereka, dengan matlamat yang lebih jelas serta keyakinan yang lebih tinggi.”
Pendekatan pengurusan harta Bank ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan, dengan 43% daripada mereka yang membuka HLB Meezani Account-i pada tahun pertamanya merupakan pelanggan baharu Bank. Dengan jumlah pembukaan akaun serendah RM100 serta peluang menerima ganjaran secara berkala, akaun ini direka untuk menjadikan pembinaan kekayaan lebih mudah diakses, di samping menggalakkan pelanggan mengoptimumkan simpanan mereka melalui penyelesaian pelaburan yang patuh Syariah.
HLB Islamic komited untuk menjadikan usaha membina kekayaan lebih mudah dan dekat dengan masyarakat, dengan menyedari bahawa membentuk tabiat kewangan yang baik tidak semestinya perlu dilakukan secara terlalu rigid atau menakutkan. Seiring dengan usaha berterusan untuk memperkukuh penawaran pengurusan kekayaannya, Bank kekal komited dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menabung dan membuat pelaburan sebagai sebahagian daripada perjalanan membina kekayaan, dengan matlamat yang lebih jelas dan keyakinan yang lebih tinggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Akaun HLB Meezani-i, sila lawati: