Pindaan kepada Perjanjian Pemegang Kad berkuatkuasa dari 21

HongLeong Bank Logo
  • Islam
  • Pasaran Global
  • Assurance
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • ENG
  • BM
  • Peribadi / Pemilik Tunggal
  • Perniagaan
    • HL ConnectFirst
    • HL Connect Biz
Islam Pasaran Global Assurance
  • Cerita Kami
  • Berita & Maklumat Terkini
  • Perhubungan Pelabur
  • CSR
  • Penghargaan
  • Badan Pengurusan & Lembaga Pengarah
  • Kerjaya
  • HLB Wallet
  • Kad Debit
  • Kad Kredit
  • Pinjaman
  • Akaun Bank
  • Insurans
  • Pelaburan
  • Kiriman Wang
  • Akaun Pelbagai Mata Wang
  • HLB Connect
  • Peti Simpan Selamat
  • Deposit Tetap
  • Kad kredit
  • Pinjaman Peribadi
  • Akaun Semasa / Simpanan
  • Lengkapkan Permohonan
  • Muat Naik Dokumen
  • Jejaki Permohonan Saya
PROMOSI
JEJAKI PERMOHONAN SAYA
/content/dam/hlb/my/images/revamp-images/default-search-image.PNG
Islam Pasaran Global Assurance
singapore hong kong vietnam cambodia
ENG BM
Suggested Searches:
Quick Link:
HLB Wallet Open Bank Account Credit Card Application Personal Loan Application
MENGENAI KAMI
Cerita Kami Berita & Maklumat Terkini Perhubungan Pelabur CSR Penghargaan Badan Pengurusan & Lembaga Pengarah Kerjaya
TEROKAI PRODUK KAMI
HLB Wallet Kad Debit Kad Kredit Pinjaman Akaun Bank Insurans Pelaburan Kiriman Wang Akaun Pelbagai Mata Wang HLB Connect Peti Simpan Selamat Deposit Tetap
MOHON SEKARANG
Kad kredit Pinjaman Peribadi Akaun Semasa / Simpanan Lengkapkan Permohonan Muat Naik Dokumen Jejaki Permohonan Saya
PROMOSI
JEJAKI PERMOHONAN SAYA

Tiada Keputusan

Tapis mengikut Kategori Perbankan:
Semua Islam Pasaran Global
Tapis mengikut Jenis:
Semua Produk Dokumen Alat Promosi Berita Bantuan & Sokongan Lain-lain

Kami telah menemui 0 keputusan yang sepadan dengan carian anda.

Carian Popular

Log Masuk HLB Connect
Menetap Semula Nama Pengguna / Kata Laluan HLB Connect
Kad Kredit
Pinjaman Peribadi
Deposit
Promosi
Bantuan & Sokongan
Pencari Cawangan
Hubungi Kami
TUNJUK LAGI

TUNJUK LAGI
  • Berita & Maklumat Terkini >
  • Pindaan kepada Perjanjian Pemegang Kad berkuatkuasa dari 21 Oktober 2024
Banding Kad Kredit ()

Pindaan kepada Perjanjian Pemegang Kad berkuatkuasa dari 21 Oktober 2024

Updates to the Investment Services Agreement


Kuala Lumpur, 30 September 2024

 

Pelanggan yang dihormati,

 

Berkuat kuasa 21 Oktober 2024, perjanjian pemegang kad akan dikemas kini dengan perubahan berikut:

Fasal Sedia Ada Fasal Pindaan

Fasal 4(d)

Walau apa pun Klausa 4(b), Pemegang Kad boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank atau mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank dan memulangkan Kad kepada Bank selepas memotongnya kepada dua (2). Bank akan menyekat dan membatalkan Akaun Kad dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dimaklumkan oleh Bank kepada Pemegang Kad setelah menerima notis penamatan bertulis tersebut dan Kad dipotong kepada dua (2). Tiada bayaran balik untuk yuran tahunan dan caj lain serta yuran yang telah dibayar.

 

Walau apa pun apa-apa pemberitahuan terdahulu tentang niat Pemegang Kad untuk membatalkan atau menamatkan penggunaan Kad atau Perjanjian ini, Pemegang Kad adalah dan akan terus bertanggungjawab untuk sebarang transaksi (dibenarkan atau tidak dibenarkan) yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad sehingga tarikh Kad Akaun disekat dan dibatalkan oleh Bank mengikut Fasal 4(b) di atas.

 

Fasal 4(d)

Walau apa pun Fasal 4(b), Pemegang Kad boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank atau mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank. Bank akan menyekat dan membatalkan Akaun Kad dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dimaklumkan oleh Bank kepada Pemegang Kad setelah menerima notis penamatan bertulis tersebut. Tiada bayaran balik untuk yuran tahunan dan caj lain serta yuran yang telah dibayar.


Walau apa pun apa-apa pemberitahuan terdahulu tentang niat Pemegang Kad untuk membatalkan atau menamatkan penggunaan Kad atau Perjanjian ini, Pemegang Kad adalah dan akan terus bertanggungjawab untuk sebarang transaksi (dibenarkan atau tidak dibenarkan) yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad sehingga tarikh Kad Akaun disekat dan dibatalkan oleh Bank mengikut Fasal 4(b) di atas. 

 

 

Fasal 5(a)

 

Liabiliti Untuk Transaksi Tanpa Kebenaran

 

Pemegang Kad tidak akan dipertanggungjawab ke atas urus niaga tanpa kebenaran kad-hadir yang memerlukan pengesahan PIN atau tandatangan yang telah disahkan atau penggunaan kad tanpa-sentuh, dengan syarat Pemegang Kad tidak:

  1. melakukan penipuan;

  2. tangguh dalam memaklum Bank secepat mungkin setelah diketahui kehilangan atau penggunaan tanpa kebenaran Kad Kredit;

  3. secara sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain;

  4. mencatatkan PIN pada Kad Kredit atau pada apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad;

  5. meninggalkan Kad Kredit atau apa-apa yang mengandungi Kad Kredit tanpa jagaan di mana-mana tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain; atau

  6. secara sukarela membenarkan orang lain untuk menggunakan Kad.

     

Di mana penyiasatan mendedahkan bahawa Pemegang Kad didapati telah bertindak dalam apa-apa cara yang dinyatakan dalam perkara (i) hingga (vi) di atas, Pemegang Kad akan tetap bertanggungjawab ke atas transaksi yang tidak dibenarkan sama ada sebelum atau selepas Bank menerima pengesahan bertulis Pemegang Kad. Walau bagaimanapun, keputusan Bank hendaklah dianggap muktamad, konklusif dan mengikat Pemegang Kad. Apabila Kad yang hilang atau dicuri ditemui, Pemegang Kad bersetuju untuk tidak menggunakan Kad yang diambil semula dan akan memulangkan Kad yang sama, dipotong kepada dua (2), kepada Bank serta-merta selepas mendapatkannya

 

Fasal 5(a)

 

Liabiliti Untuk Transaksi Tanpa Kebenaran

 

Pemegang Kad tidak akan bertanggungjawab ke atas urus niaga tanpa kebenaran kad-hadir yang memerlukan pengesahan PIN atau tandatangan yang telah disahkan atau penggunaan kad tanpa-sentuh, dengan syarat Pemegang Kad tidak:

  1. melakukan penipuan;

  2. menangguh untuk memaklumkan Bank secepat mungkin setelah diketahui: 

  1. sebarang kehilangan atau penggunaan tanpa kebenaran Kad Kredit; atau

  2. sebarang pelanggaran keselamatan terhadap kelayakan perbankan Pemegang Kad atau kehilangan peranti keselamatan;

  1. secara sukarela mendedahkan PIN dan kelayakan perbankan seperti identiti akses (ID) dan kod laluan kepada pihak ketiga;

  2. mencatatkan PIN pada Kad atau pada apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad;

  3. meninggalkan Kad Kredit atau apa-apa yang mengandungi Kad Kredit tanpa jagaan di mana-mana tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain; atau

  4. secara sukarela membenarkan orang lain untuk menggunakan Kad dan Pemegang Kad telah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan peranti keselamatan Pemegang Kad selamat pada setiap masa serta telah bekerjasama dengan Bank dalam penyiasatan

 

Di mana penyiasatan mendedahkan bahawa Pemegang Kad didapati telah bertindak dalam apa-apa cara yang dinyatakan dalam perkara (i) hingga (vi) di atas, Pemegang Kad akan tetap bertanggungjawab ke atas transaksi yang tidak dibenarkan sama ada sebelum atau selepas Bank menerima pengesahan bertulis Pemegang Kad. Walau bagaimanapun, keputusan Bank hendaklah dianggap muktamad, konklusif dan mengikat Pemegang Kad. 

 

Fasal 23(b)
 

Walaupun Kad Tambahan mungkin mengandungi Nombor Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa yang berbeza dan mungkin mempunyai had kredit yang ditetapkan berasingan, Pemegang Kad hendaklah bertanggungjawab kepada Bank untuk penggunaan Kad Tambahan di bawah terma Perjanjian ini. Bank tidak akan memegang Pemegang Kad Tambahan secara bersama atau berasingan bertanggungjawab ke atas hutang Pemegang Kad Utama atau Pemegang Kad Tambahan Lain tetapi Pemegang Kad Tambahan tetap bertanggungjawab ke atas baki tertunggak yang ditanggung di bawah Kad Tambahannya. Selepas penamatan penggunaan Kad dalam apa jua keadaan atau atas permintaan Pemegang Kad, penggunaan semua Kad Tambahan juga akan ditamatkan. Pemegang Kad dikehendaki memaklumkan Bank secara bertulis di mana Pemegang Kad ingin menamatkan/membatalkan mana-mana satu atau lebih Kad Tambahan yang dikeluarkan.

 

Kad Tambahan tersebut hendaklah dipotong dengan sewajarnya kepada dua (2) dan dikembalikan oleh Pemegang Kad kepada Bank, jika gagal, Bank akan dilepaskan daripada sebarang liabiliti atau kerugian yang ditanggung atau dialami akibat daripada Kad Tambahan tersebut digunakan oleh pihak ketiga. Penamatan penggunaan Kad Tambahan tidak semestinya akan menamatkan penggunaan Kad Prinsipal.

 

Fasal 23(b)
 

Walaupun Kad Tambahan mungkin mengandungi Nombor Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa yang berbeza dan mungkin mempunyai had kredit yang ditetapkan berasingan, Pemegang Kad hendaklah bertanggungjawab kepada Bank untuk penggunaan Kad Tambahan di bawah terma Perjanjian ini. Bank tidak akan memegang Pemegang Kad Tambahan secara bersama atau berasingan bertanggungjawab ke atas hutang Pemegang Kad Utama atau Pemegang Kad Tambahan Lain tetapi Pemegang Kad Tambahan tetap bertanggungjawab ke atas baki tertunggak yang ditanggung di bawah Kad Tambahannya. Selepas penamatan penggunaan Kad dalam apa jua keadaan atau atas permintaan Pemegang Kad, penggunaan semua Kad Tambahan juga akan ditamatkan. Pemegang Kad dikehendaki memaklumkan Bank secara bertulis di mana Pemegang Kad ingin menamatkan/membatalkan mana-mana satu atau lebih Kad Tambahan yang dikeluarkan.

 

Penamatan penggunaan Kad Tambahan tidak semestinya akan menamatkan penggunaan Kad Utama.

 

 

 

 

Fasal 48(a)

Kad Kredit yang Dijamin diberikan kepada Pemegang Kad yang meletakkan Deposit Tetap ("FD") yang dijanjikan untuk pihak Bank untuk menjamin sepenuhnya pelaksanaan tanggungjawab Pemegang Kad di bawah syarat-syarat Kad Kredit yang Dijamin dan Perjanjian ini.

 

Fasal 48(a)

Kad Kredit yang Dijamin diberikan kepada Pemegang Kad yang meletakkan Deposit Tetap ("FD") yang dijanjikan untuk pihak Bank untuk menjamin sepenuhnya pelaksanaan tanggungjawab Pemegang Kad di bawah syarat-syarat Kad Kredit yang Dijamin dan Perjanjian ini. Pemegang Kad untuk mematuhi kewajipan yang dilindungi di bawah terma dan Syarat Kad Kredit Terjamin dan Perjanjian ini.

 

 

For enquiries, connect with us online or drop by your nearest Hong Leong Bank Branch.


Connect with us

Branch locator

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung