HLB Connect | Deposit | 29 Januari 2026-05 Februari 2026
Sambut Tahun Baru Cina penuh kemakmuran dengan kadar eksklusif kami. Hanya log masuk ke HLB Connect dan buat peletakan minimum RM1,000 daripada akaun bank lain (FPX).
¹ Kadar Promosi mungkin disemak semula sekiranya terdapat perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) atau mengikut budi bicara Bank dengan memberikan notis terlebih dahulu.
Tempoh Promosi: 29 Januari - 5 Februari 2026
Sah bagi Dana Baharu sahaja. Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Nak menang hadiah menarik?
Mulai sekarang hingga 3 Mac 2026, buat peletakan eFD/eFD-i melalui HLB Connect dan jadilah antara pendeposit tertinggi kami untuk bersaing memenangi percutian dua orang ke China atau Bullion Emas. Peluang menang sama rata, sama ada anda pelanggan baharu atau sedia ada.
Tempoh Promosi: 29 Januari - 3 Mac 2026
Gambar yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sah bagi Dana Baharu sahaja. Tertakluk pada Terma dan Syarat. Amaun deposit maksimum untuk setiap transaksi melalui FPX adalah RM200,000, tertakluk kepada amaun maksimum/had pindahan yang telah ditetapkan dalam perbankan internet individu Pelanggan yang dikendalikan oleh bank yang berkenaan.
*Untuk Akaun Bersama eFD/eFD-i, kedua-dua pemegang akaun mesti berumur 18 tahun ke atas dan memegang
Akaun Bersama CASA/CASA-i atas nama yang sama sebelum membuka Akaun Bersama eFD/eFD-i.
Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
Bagaimana untuk melakukan peletakan eDeposit Tetap/eDeposit Tetap-i melalui
HLB Connect?
HLB Connect Online
Daripada menu Apply, dibawah Fixed Deposit, pilih New Placement
Pilih bank pembiayaan anda
Lengkapkan perincian peletakan
Anda akan dibawa ke laman log masuk perbankan internet bank pembiayaan anda
Log masuk dan teruskan transaksi anda melalui FPX
Log masuk ke Connect App anda, klik Menu,
Deposit Tetap, dan kemudian Peletakan Baru
Masukkan maklumat peletakan baru anda dan jumlah pokok, dan klik Seterusnya
Periksa maklumat anda dan klik Letak Sekarang
Jika anda telah memilih bank lain sebagai bank pembiayaan anda, anda akan diarahkan ke halaman bank pembiayaan tersebut untuk melengkapkan peletakan Deposit Tetap anda.
Anda kini boleh membuka Akaun Bersama eFD/-i di HLB Connect Online, dengan syarat anda mempunyai Akaun Bersama Semasa atau Simpanan/-i (Akaun Bersama CASA/CASA-i) sedia ada atas dua nama yang sama dengan mandat pengendalian ‘salah seorang penandatangan’.
Berikut adalah cara anda boleh membukanya hari ini:
Log masuk ke HLB Connect Online.
Pergi ke Apply, Fixed Deposit & New Placement/Account Opening.
Di bawah From, pilih bank sumber dana anda.
Di bawah Crediting Account, pilih Akaun Bersama CASA/-i anda dimana principal & faedah akan dibayar.
Klik Next.
Luluskan notifikasi AppAuthorise yang dihantar ke HLB Connect App anda.
Pemegang akaun yang lain akan dimaklumkan melalui mesej dalam aplikasi/e-mel.
Dia mesti log masuk ke HLB Connect Online, klik View Request & luluskan dalam tempoh 7 hari kalendar.
Notifikasi AppAuthorise akan dihantar ke HLB Connect App beliau. Dia mesti meluluskannya sebelum anda boleh membuat peletakan.
Peletakan anda boleh dibuat serta-merta selepas anda menerima e-mel pengesahan mengenai pembukaan Akaun Bersama eFD/-i anda.
