Tempoh Kempen

"Kempen Ang Pow Bagimu" ("Kempen") Hong Leong Bank Berhad 193401000023 (97141-X) ("HLB") dan Hong Leong Islamic Bank Berhad 200501009144 (686191-W) ("HLISB") (secara kolektif dirujuk sebagai "Bank")  bermula pada 1 Februari 2020 dan berakhir pada 29 Februari 2020, kedua-dua tarikh adalah termasuk ("Tempoh Kempen"), kecuali ditentukan atau diberitahu sebaliknya.

 

Terma & Syarat

Berikut ini menetapkan Terma & Syarat yang dikenakan untuk Kempen ("T&S"):

 

Kelayakan

1. Kempen ini hanya terbuka kepada pelanggan Kad Debit/Kad Debit-i Bank terpilih yang telah menerima undangan untuk menyertai ("Pelanggan") sama ada melalui panggilan telefon, Perkhidmatan Pesanan Ringkas ("SMS") dan/atau e-Direct Mailer ("eDM").

 

Pelanggan Kad Debit/Kad Debit-i yang tidak menerima panggilan telefon, SMS atau eDM tidak layak untuk menyertai Kempen ini. Bank tidak akan melayan sebarang pertikaian berkaitan dengan ketidakterimaan panggilan telefon, SMS atau eDM oleh pelanggan Kad Debit/Kad Debit-i tersebut, dan Bank tidak akan bertanggungjawab/dipertanggungjawabkan dengan ketidakterimaan panggilan telefon, SMS atau eDM oleh pelanggan Kad Debit/Kad Debit-i tersebut.

 

2. Bank berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan dari Kempen ini:

i) jika Pelanggan telah melakukan, atau pada masa ini disyaki melakukan tindakan penipuan, menyalahi undang-undang atau bersalah terhadap Bank; dan/atau

ii) jika Pelanggan menghadapi prosiding muflis atau telah diisytiharkan muflis sama ada sebelum atau semasa Tempoh Kempen ini.

 

3. Kakitangan-kakitangan Bank sama ada tetap atau secara kontrak tidak layak menyertai Kempen ini.

 

Mekanik Kempen

4. Pelanggan yang telah memuat turun Aplikasi Perbankan Mudah Alih Hong Leong Connect ("Connect App") dari Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery layak untuk menerima pulangan tunai Ringgit Malaysia Lapan (RM8) ("Ang Pow") sekiranya mereka memenuhi yang berikut semasa Tempoh Kempen ini:

i) berjaya mendaftar untuk Hong Leong Connect Online dan Perbankan Mudah Alih; dan

ii) sekurang-kurangnya satu (1) kali log masuk ke Connect App.

 

Sila ambil perhatian bahawa Connect App disokong oleh peranti yang mengguna iOS 8 atau yang terbaru, dan Android 4.1.2 atau yang terbaru.

 

5. Setiap Pelanggan hanya berhak kepada satu (1) Ang Pow bagi Kempen ini.

 

6. Ang Pow akan dianugerahkan atas prinsip siapa cepat, dia dapat (“first-come, first served”)  kepada empat ribu (4,000) Pelanggan pertama yang memenuhi kriteria dalam Klausa 4 di atas.

 

7. Ang Pow tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau jenis lainnya.

 

Pemenuhan Ang Pow

8. Ang Pow akan dikreditkan ke Akaun Semasa atau Simpanan HLB/Akaun Semasa-i atau Simpanan-i HLISB ("CASA/CASA-i") yang dikekalkan oleh Pelanggan seperti yang ditentukan oleh Bank sebelum 31 Mac 2020.

 

9. Pelanggan mesti mengekalkan CASA/CASA-i yang aktif dan sah sehingga 31 Mac 2020, dan jika gagal Ang Pow akan dibatalkan.

 

10. Adalah menjadi satu kewajipan oleh Pelanggan untuk menghubungi Bank sekiranya tidak menerima Ang Pow sebelum 30 April 2020, dan jika gagal, Pelanggan dianggap  telah menerima Ang Pow dan sebarang tuntutan untuk pembayaran balik tidak akan dilayan oleh Bank.

 

Umum

11. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju:

i) bahawa mereka telah membaca, memahami, dan terikat oleh T&S di sini;

ii) bahawa keputusan Bank mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua Pelanggan dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan Bank tidak akan dilayan;

iii) memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan nombor mudah alih mereka kepada Infobip Asia Pacific Sdn. Bhd. (898379-U), vendor yang dilantik oleh Bank untuk menyediakan perkhidmatan SMS untuk Kempen ini;

iv) bertanggungjawab untuk menyediakan butiran hubungan yang sah dan terkini kepada Bank termasuk nombor mudah alih dan e-mel, dan memberitahu Bank dengan segera sekiranya perubahan berlaku; dan

v) secara peribadi menanggung semua cukai yang dikenakan, yuran kerajaan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang yang terpakai, jika ada, berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Kempen ini.

 

12. Bank berhak untuk:

i) dengan notis terlebih dahulu kepada Pelanggan, menambah, memadam, menangguh atau mengubah T&S yang terkandung di sini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan cara memaparkan di Laman Bank di www.hlb.com.my/ap8 (“Laman Kempen”);

ii) melupuskan Ang Pow sekiranya Pelanggan tidak mematuhi  T&S yang terkandung di sini dan/atau Terma dan Syarat Umum Akaun Hong Leong berkenaan dengan CASA/CASA-i, Terma dan Syarat untuk Hong Leong Connect dan semua undang-undang/peraturan lain yang berkenaan.

 

13. T&S di sini, Terma dan Syarat Am Akaun, dan Terma dan Syarat untuk Hong Leong Connect hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian kesuluruhan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, T&S khusus di sini akan mengatasi setakat percanggahan tersebut.

 

14. Sekiranya berlaku percanggahan antara T&S di sini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubungan dengan Kempen ini, T&S terakhir di Laman Kempen akan diguna pakai.

 

15. T&S akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

 

16. Kata-kata yang menunjukkan satu jenis jantina mencakupi semua jenis jantina lainnya dan kata-kata yang menunjukkan bentuk tunggal mencakupi bentuk jamak dan sebaliknya.

Campaign Period

The Hong Leong Bank Berhad 193401000023 (97141-X) (“HLB”) and Hong Leong Islamic Bank Berhad 200501009144 (686191-W) (“HLISB”) (collectively referred to as “the Bank”) “Ang Pow On Us Campaign” (“Campaign”) starts on 1 February 2020 and ends on 29 February 2020 (“Campaign Period”), inclusive of both dates unless mentioned or notified otherwise.

 

Terms & Conditions

The following sets out the Terms & Conditions applicable to this Campaign (“T&Cs”):

 

Eligibility

1. This Campaign is only open to selected Debit Card/Debit Card-i customers of the Bank who have received an invitation to participate (“Customers”) through telephone call, Short Message Service (“SMS”) and/or e-Direct Mailer (“eDM”).

 

Debit Card/Debit Card-i customers who do not receive the telephone call, SMS or eDM are deemed not qualified to participate in this Campaign. The Bank shall not entertain any dispute pertaining to non-receipt of the telephone call, SMS or eDM by the Debit Card/Debit Card-i customers, and the Bank shall not be responsible/held liable in the event of non-receipt of the telephone call, SMS or eDM by the Debit Card/Debit Card-i customers.

 

2. The Bank reserves the right to disqualify any Customer from this Campaign:

i) if the Customer has in the past committed, or is currently suspected of committing fraudulent, unlawful or wrongful acts towards the Bank; and/or  

ii) if the Customer is facing bankruptcy proceedings, or has been declared bankrupt either before or during the Campaign Period.

 

3. Both permanent and contractual employees of the Bank are not eligible to participate in this Campaign.

 

Campaign Mechanics

4. Customers who have downloaded the Hong Leong Connect Mobile Banking App (“Connect App”) from the Apple App Store, Google Play, or HUAWEI AppGallery stand to receive Ringgit Malaysia Eight (RM8) cash back (“Ang Pow”) if they complete the following during the Campaign Period:

i) successful registration for Hong Leong Connect Online and Mobile Banking; and

ii) at least one (1) time login to Connect App.

Please note that Connect App is supported on devices running iOS 8 or later, and Android 4.1.2 or later.

 

5. Each Customer is only entitled for one (1) Ang Pow for this Campaign.

 

6. Ang Pow will be given on a first-come, first-served basis to the first four thousand (4,000) Customers who have completed the steps under Clause 4 above.

 

7. The Ang Pow cannot be transferred to any third party and is non-exchangeable for cash or other kinds.

 

Fulfilment of Ang Pow

8. The Ang Pow will be credited to a HLB Current or Savings Account/HLISB Current or Savings Account-i (“CASA/CASA-i”) maintained by Customers as determined by the Bank before 31 March 2020.

 

9. Customers must maintain an active and valid CASA/CASA-i till 31 March 2020, failing which the Ang Pow shall be forfeited.

 

10. It is the obligation of the Customers to contact the Bank regarding non-receipt of the Ang Pow before 30 April 2020, failing which the Customers are deemed to have received the Ang Pow and any claim for reimbursement will not be entertained by the Bank.

 

General

11. By participating in this Campaign, Customers agree:

i) that they have read, understood, and are bound by the T&Cs listed here;

ii) that the Bank’s decisions on all matters regarding the Campaign shall be final, conclusive and binding on all Customers, and no further correspondence and/or appeal to dispute the Bank’s decisions shall be entertained;

iii) to allow the Bank to disclose their mobile number to Infobip Asia Pacific Sdn. Bhd. (898379-U), the vendor appointed by the Bank to provide SMS services for this Campaign;

iv) to be responsible for providing the Bank with their valid and current contact details including mobile number and email address, and promptly notifying the Bank in the event of changes; and

v) to be liable and shall personally bear all applicable taxes, government fees or any other charges that may be levied against them under applicable laws, if any, in relation to their participation in this Campaign.

 

12. The Bank reserves the right:

i) with prior notice to the Customers, to add, delete, suspend or vary the T&Cs listed here, either fully or partially, by posting on the Campaign website at www.hlb.com.my/ap8 (“Campaign Website”); and

ii) to forfeit the Ang Pow in the event of non-compliance by the Customers of the T&Cs listed here and/or the Hong Leong General Terms and Conditions of Accounts in respect of CASA/CASA-i, Terms and Conditions for Hong Leong Connect and all other laws/rules applicable.

 

13. The T&Cs listed here, the General Terms and Conditions of Accounts, and Terms and Conditions for Hong Leong Connect shall be read as an entire agreement. In the event of any discrepancies, the specific T&Cs listed here shall prevail to the extent of such discrepancy.

 

14. In the event of any discrepancies between the T&Cs listed here and any advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with this Campaign, the final T&Cs on the Campaign Website shall prevail.

 

15. These T&Cs shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the Customers agree to submit to the jurisdiction of the Courts of Malaysia.

 

16. Words denoting one gender include all other genders and words denoting the singular include the plural and vice versa.