Tempoh Kempen

"Kempen Panggil Untuk Connect" ("Kempen") Hong Leong Bank Berhad 193401000023 (97141-X) ("HLB") bermula pada 22 April 2020 dan berakhir pada 28 April 2020, kedua-dua tarikh adalah termasuk ("Tempoh Kempen"), kecuali ditentukan atau diberitahu sebaliknya.

 

Terma & Syarat

Berikut adalah Terma & Syarat yang terpakai untuk Kempen ini ("T&S"):

 

Kelayakan

1. Kempen ini hanya terbuka kepada Pelanggan HLB/Hong Leong Islamic Bank (HLISB) terpilih yang telah menerima undangan untuk menyertai melalui panggilan telefon ("Pelanggan").

Pelanggan yang tidak menerima panggilan telefon tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

 

2. HLB berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan dari Kempen ini sekiranya Pelanggan:

i) mempunyai akaun(akaun-akaun) HLB/HLISB yang TIDAK dalam kedudukan baik, tidak aktif, atau Pelanggan telah melanggar mana-mana terma dan syarat HLB/HLISB berkenaan dengan akaun(akaun-akaun) pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen; dan/atau

ii) mempunyai akaun(akaun-akaun) HLB/HLISB yang tidak sah atau yang telah dibatalkan pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen sehingga berakhirnya pemenuhan; dan/atau

iii) pada masa lalu telah melakukan, atau pada masa ini disyaki melakukan penipuan, perbuatan yang menyalahi undang-undang atau salah terhadap HLB/HLISB; dan/atau

iv) menghadapi prosiding muflis atau telah diisytiharkan muflis sama ada sebelum atau semasa Tempoh Kempen ini.

 

3. Kakitangan-kakitangan HLB/HLISB sama ada tetap atau secara kontrak tidak layak menyertai Kempen ini.

 

Mekanik Kempen

4. Pelanggan yang:

i) berjaya mendaftar untuk HLB Connect dengan memuat turun Aplikasi Perbankan Mudah Alih Hong Leong Connect ("Connect App") dari Apple App Store, Google Play atau HUAWEI AppGallery dan log masuk ke Connect App sekurang-kurangnya satu (1) kali semasa Tempoh Kempen; atau

ii) berjaya mendaftar untuk HLB Connect melalui www.hongleongconnect.my dan log masuk ke Connect Online sekurang-kurangnya satu (1) kali semasa Tempoh Kempen berpeluang untuk menerima Pulangan Tunai Ringgit Malaysia Lima Belas (RM15) (“Habuan”).

Sila ambil perhatian bahawa Aplikasi Connect disokong oleh peranti yang mengguna iOS 8 atau yang kemudian, dan Android 4.1.2 atau yang kemudian.

 

5. Setiap Pelanggan hanya berhak menerima satu (1) Habuan sepanjang Kempen ini. Jumlah peruntukan Habuan bagi Kempen ini terhad kepada seribu enam ratus empat puluh (1,640) unit sahaja, dan akan dianugerahkan atas prinsip siapa cepat, dia dapat (“first-come, first-served”) kepada seribu enam ratus empat puluh (1,640) Pelanggan pertama yang memenuhi langkah dalam Klausa 4 di atas.

 

6. Habuan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, pendahuluan kredit, cek atau jenis lainnya.

 

Pemenuhan Habuan

7. Habuan akan dikreditkan ke Akaun Semasa atau Simpanan HLB / Akaun Semasa-i atau Simpanan-i HLISB ("CASA / CASA-i") yang dikekalkan oleh Pelanggan seperti yang ditentukan oleh Bank sebelum 1 Jun 2020.

8. Pelanggan mesti mengekalkan CASA / CASA-i yang aktif dan sah sehingga 1 Jun 2020, dan jika gagal Habuan akan dibatalkan.

9. Adalah menjadi satu kewajipan oleh Pelanggan untuk menghubungi Bank sekiranya tidak menerima Habuan sebelum 15 Jun 2020, dan jika gagal, Pelanggan dianggap telah menerima Habuan dan sebarang tuntutan untuk pembayaran balik tidak akan diproses oleh Bank.

 

Umum

10. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju:

i) bahawa mereka telah membaca, memahami, dan terikat oleh T&S di sini;

ii) bahawa keputusan HLB mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua Pelanggan;

iii) bersetuju bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi HLB / HLISB, yang kedua-duanya terdapat di laman web HLB dan HLISB (www.hlb.com.my / www.hlisb.com.my);

iv) untuk membenarkan HLB mendedahkan nombor telefon bimbit mereka kepada M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D), vendor yang dilantik oleh HLB untuk menyediakan perkhidmatan SMS untuk Kempen ini;

v) bertanggungjawab untuk menyediakan butiran hubungan yang sah dan terkini kepada HLB termasuk nombor telefon mudah alih dan alamat e-mel, dan memberitahu HLB dengan segera sekiranya perubahan berlaku; dan

vi) secara peribadi menanggung semua cukai yang dikenakan, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang yang terpakai, jika ada, berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Kempen ini.

 

11. HLB berhak untuk:

i) dengan notis terlebih dahulu kepada Pelanggan, menambah, memadam, menangguh atau mengubah T&S yang terkandung di sini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan cara memaparkan di Laman HLB di www.hlb.com.my/cis (“Laman Sesawang Kempen”); danmelupuskan Habuan sekiranya Pelanggan tidak mematuhi T&S yang terkandung di sini dan/atau Terma dan Syarat untuk Hong Leong Connect dan semua undang-undang/ peraturan lain yang berkenaan.

 

12. T&S di sini dan Terma dan Syarat untuk Hong Leong Connect hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, T&S khusus di sini akan mengatasi sejauh mana percanggahan tersebut.

 

13. Sekiranya berlaku percanggahan antara T&S di sini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan atau berhubungan dengan Kempen ini, T&S terakhir di Laman Sesawang Kempen akan diguna pakai.

 

14. T&S ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

 

15. Kata-kata yang menunjukkan satu jenis jantina mencakupi semua jenis jantina lainnya dan kata-kata yang menunjukkan bentuk tunggal mencakupi bentuk jamak dan sebaliknya.

Campaign Period

The Hong Leong Bank Berhad’s (193401000023 (97141-X)) (“HLB”) “Call To Connect Campaign” (“Campaign”) starts on 22 April 2020 and ends on 28 April 2020 (“Campaign Period”), inclusive of both dates unless mentioned or notified otherwise.

 

Terms & Conditions

The following sets out the Terms & Conditions applicable to this Campaign (“T&Cs”):

 

Eligibility

1. This Campaign is only open to selected Customers of HLB/Hong Leong Islamic Bank (“HLISB”) who have received an invitation to participate through telephone call (“Customers”).

Customers who do not receive the telephone call are deemed not qualified to participate in this Campaign.

 

2. HLB reserves the right to disqualify any Customer from this Campaign if the Customer:

i) has a HLB/HLISB account(s) which is NOT in good standing, inactive, or the Customer is in breach of any terms and conditions of HLB/HLISB governing the account(s) at any time during the Campaign Period; and/or

ii) has a HLB/HLISB account(s) that is invalid or which has been cancelled at any time during the Campaign Period until the end of fulfilment; and/or

iii) has in the past committed, or is currently suspected of committing fraudulent, unlawful or wrongful acts towards HLB/HLISB; and/or

iv) is facing bankruptcy proceedings, or has been declared bankrupt either before or during the Campaign Period.

 

3. Both permanent and contractual employees of HLB/HLISB are not eligible to participate in this Campaign.

 

Campaign Mechanics

4. Customers who:

i) successfully register for HLB Connect by downloading the Hong Leong Connect Mobile Banking App (“Connect App”) from the Apple App Store, Google Play, or HUAWEI AppGallery and log in to Connect App at least one (1) time during the Campaign Period; or

ii) successfully register for HLB Connect via www.hongleongconnect.my and log in to Connect Online at least one (1) time during the Campaign Period stand to receive Ringgit Malaysia Fifteen (RM15) Cashback (“Gift”).

Please note that Connect App is supported on devices running iOS 8 or later, and Android 4.1.2 or later.

 

5. Each Customer is only entitled to receive one (1) Gift throughout this Campaign. Total Gift allocation for this Campaign is limited to one thousand six hundred forty (1,640) units only, and will be awarded on a first-come, first-served basis to Customers who have completed the steps under Clause 4 above.

 

6. The Gift is non-transferable to any third (3rd) party and non-exchangeable for up-front credit, cheque or benefit-in-kind.

 

Fulfilment of Gift

7. The Gift will be credited to a HLB Current or Savings Account/HLISB Current or Savings Account-i (“CASA/CASA-i”) maintained by the Customers as determined by HLB before 1 June 2020.

 

8. Customers must maintain an active and valid CASA/CASA-i till 1 June 2020, failing which the Gift shall be forfeited.

 

9. It is the obligation of the Customers to contact HLB regarding non-receipt of the Gift before 15 June 2020, failing which the Customers are deemed to have received the Gift and any claim for reimbursement will not be processed by HLB.

 

General

10. By participating in this Campaign, Customers agree:

i) that they have read, understood, and are bound by the T&Cs listed here;

ii) that HLB’s decisions on all matters regarding the Campaign shall be final, conclusive and binding on all Customers;

iii) agree that they have read, understood and agree to be bound by the HLB/HLISB Privacy Notice, both of which are available in HLB and HLISB’s website (www.hlb.com.my / www.hlisb.com.my);

iv) to allow the HLB to disclose their mobile number to M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D), the vendor appointed by HLB to provide SMS services for this Campaign;

v) to be responsible for providing HLB with their valid and current contact details including mobile number and email address, and promptly notifying HLB in the event of changes; and

vi) to be liable and shall personally bear all applicable taxes, government fees or any other charges that may be levied against them under applicable laws, if any, in relation to their participation in this Campaign.

 

11. HLB reserves the right:

i) with prior notice to the Customers, to add, delete, suspend or vary the T&Cs listed here, either fully or partially, by posting on the Campaign website at www.hlb.com.my/cis (“Campaign Website”); and

ii) to forfeit the Gift in the event of non-compliance by the Customers of the T&Cs listed here and/or Terms and Conditions for Hong Leong Connect and all other laws/rules applicable.

 

12. The T&Cs listed here and Terms and Conditions for Hong Leong Connect shall be read as an entire agreement. In the event of any discrepancies, the specific T&Cs listed here shall prevail to the extent of such discrepancy.

 

13. In the event of any discrepancies between the T&Cs listed here and any advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with this Campaign, the final T&Cs on the Campaign Website shall prevail.

 

14. These T&Cs shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the Customers agree to submit to the jurisdiction of the Courts of Malaysia.

 

15. Words denoting one gender include all other genders and words denoting the singular include the plural and vice versa.