Digital Day 2020 Credit Cards Acquisition Campaign

TEMPOH KEMPEN

“Kempen Perolehan Kad Kredit Hari Digital 2020” (“Kempen”) Hong Leong Bank Berhad (193401000023 (97141-X)) (“HLB”) bermula pada 7 Julai 2020 pukul 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 8 Julai 2020 pukul 23:59:59 jam (11:59 malam), termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”), melainkan dinyatakan di dalam ini atau diberitahu sebaliknya.

 

TERMA DAN SYARAT

Terma dan syarat Kempen adalah seperti berikut:

 

KELAYAKAN

1. Kempen ini terbuka kepada Pemegang Kad Kredit HLB Utama (“Pemegang Kad Utama”) Baharu kepada Kad  (“NTC”) dan Sedia Ada (“ETC”) yang, semasa Tempoh Kempen, telah memohon Kad Layak seperti mana tersebut dalam Jadual 1 tertera di bawah melalui laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”) atau Perbankan Dalam Talian Hong Leong Connect (“Connect”) dengan mengisi borang permohonan kad kredit HLB dalam talian elektronik dan memuat naik segala dokumen sokongan yang dikehendaki ke Laman Web HLB atau Connect dan hanya bagi Kad-kad Layak berkenaan yang berjaya diluluskan selewat-lewatnya 31 Julai 2020.

 

2. Untuk memohon Kad Layak menerusi Connect, Pemegang Kad Utama mestilah pengguna berdaftar Connect (“Pengguna Connect”)   

 

Jadual 1: Kad Layak bagi Kempen

Kad Layak

KAD KREDIT VISA

KAD KREDIT MASTERCARD

Infinite

Emirates World Elite

AirAsia Gold/Platinum

Emirates World

GSC Gold/Platinum

Emirate Platinum

Sutera Platinum

The Store Gold/Platinum

WISE Gold

Pacific Gold/Platinum

Essential Gold

Sutera Platinum

 

I’m

3. Bagi mengelakkan keraguan, semua Kad Layak mestilah diluluskan dan diaktifkan melalui Connect atau Khidmat Pesanan Ringkas (“SMS”) untuk melayakkan Pemegang Kad Utama menyertai Kempen ini (“Pemegang Kad Layak”).

 

4. Pemegang Kad Utama ETC adalah Pemegang Kad Utama HLB sedia ada yang memegang sekurang-kurangnya satu (1) Kad Kredit HLB yang sah dan/atau aktif sebelum Tempoh Kempen atau yang telah membatalkan Kad Kredit HLB mereka dan telah memohon semula Kad Kredit HLB baharu (termasuk Kad Layak) sebagai Pemegang Kad Utama dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh pembatalan tersebut.

 

5. Pemegang Kad Utama NTC adalah pemegang kad baharu yang tidak memegang mana-mana Kad Kredit Utama HLB yang sedia ada (termasuk Mach) sebelum Tempoh Kempen dan tertakluk kepada Terma & Syarat seperti tertera dalam Fasal 6 di bawah.

 

6. Golongan berikut ini tidak dianggap Pemegang Kad Utama NTC:

i. Pemegang Kad Utama sedia ada mana-mana Kad Kredit HLB;

ii. Pemegang Kad yang tidak lagi memegang mana-mana Kad Kredit HLB yang sah dan/atau Pemegang Kad yang akaun Kad Kredit mereka tertunggak;

iii. Pemegang Kad yang membatalkan Kad Kredit HLB mereka dan telah memohon semula Kredit HLB baharu (termasuk Kad Layak) sebagai Pemegang Kad Utama dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh pembatalan; dan

iv. Pemegang Kad yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB dan/atau Hong Leong Islamic Bank (“HLISB”) atau telah diisytiharkan bankrap (menurut petisyen oleh sama ada bank atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kebankrapan pada bila-bila masa sebelum, semasa atau selepas Tempoh Kempen.

 

KAEDAH KEMPEN

7. Bergantung kepada segala syarat telah dipenuhi, Pemegang Kad Layak berhak menikmati tawaran berikut:

(a) Pengecualian Fi Tahunan

i. Pemegang Kad Layak, yang telah melakukan sekurang-kurangnya satu (1) perbelanjaan runcit bagi setiap Kad Layak yang diluluskan dan dikeluarkan oleh HLB di bawah Kempen ini dalam masa empat puluh lima (45) hari dari tarikh kelulusan Kad Layak, adalah berhak mendapat pengecualian fi tahunan bagi tahun pertama (“Pengecualian Fi Tahunan”).

 

(b) Pulangan Tunai bagi Pemegang Kad Layak NTC sehingga RM700 (“Pulangan Tunai 1”)

i. Pemegang Kad Layak NTC berhak menikmati Pulangan Tunai 1 sehingga Ringgit Malaysia Tujuh Ratus (RM700) dan kriteria yang perlu dipenuhi tertera dalam Jadual 2 di bawah ini:

 

Jadual 2: Pulangan Tunai 1 (bagi Pemegang Kad Layak NTC sahaja)

Peruntukan Pulangan Tunai

Kriteria

RM100,000

(atas dasar siapa cepat dia dapat) bagi setiap Tempoh Kempen

 

Pemegang Kad Layak NTC yang telah melakukan perbelanjaan runcit terkumpul (seperti ditakrif dalam Fasal 8 di bawah ini) minimum RM500 dengan Kad Layak yang diluluskan dan dikeluarkan oleh HLB di bawah Kempen ini adalah berhak mendapat Pulangan Tunai 50% atas perbelanjaan runcit sehingga RM700 (“Pemegang Kad Layak NTC”).

Perbelanjaan Runcit Terkumpul berdasarkan tarikh transaksi setakat 31 Ogos 2020.

 

ii. Perbelanjaan runcit yang dilakukan oleh Pemegang Kad Tambahan di bawah akaun Pemegang Kad Layak NTC Utama yang sama akan diambil kira dalam perbelanjaan runcit terkumpul minimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) untuk menikmati Pulangan Tunai 1 sehingga RM700 .

iii. Pulangan Tunai 1 dihadkan setakat Ringgit Malaysia Tujuh Ratus (RM700) bagi setiap Pemegang Kad Layak NTC bagi setiap Tempoh Kempen.

iv. Jumlah peruntukan bagi Pulangan Tunai 1 dihadkan setakat Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000) bagi setiap Tempoh Kempen atas dasar siapa cepat dia dapat.

v. Sekiranya  Pemegang Kad Layak NTC telah memenuhi syarat seperti tertera di atas ini, Pulangan Tunai 1 akan dikreditkan ke dalam akaun Pemegang Kad Utama NTC  dalam masa tiga (3) bulan dari Tempoh Kempen. Pemegang Kad Layak NTC akan diberitahu oleh HLB dengan cara menyiarkan senarai Pemegang Kad Layak NTC (nama Pemegang Kad Utama, nombor Kad Layak terlindung dan/atau amaun Pulangan Tunai) dalam Laman Web HLB di www.hlb.com.my/ddcc selewat-lewatnya 31 Oktober 2020 (“Pemberitahuan”).

vi. Sekiranya Pulangan Tunai 1 tidak diterima, Pemegang Kad Layak NTC hendaklah memberitahu HLB dalam masa empat (4) bulan dari Tempoh Kempen, jika gagal berbuat demikian, Pemegang Kad Layak NTC dianggap telah menerima Pulangan Tunai 1.

vii. HLB tidak berkewajipan memaklumkan kepada Pemegang Kad Layak NTC bagi Kempen sekiranya Pulangan Tunai 1 telah mencapai peruntukan maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000) semasa atau sebelum tamatnya Tempoh Kempen.

 

(c) Pulangan Tunai bagi Pemegang Kad Layak ETC sehingga RM170 (“Pulangan Tunai 2”)

i. Pemegang Kad Layak ETC berhak mendapat Pulangan Tunai 2 sehingga Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh (RM170) dan kriteria yang perlu dipenuhi tertera dalam jJdual 3 di bawah ini:

 

Jadual 3: Pulangan Tunai 2 (bagi Pemegang Kad Layak ETC sahaja)

Peruntukan Pulangan Tunai

Kriteria

RM20,000

(atas dasar siapa cepat dia dapat) bagi setiap Tempoh Kempen

 

Pemegang Kad Layak ETC yang telah melakukan perbelanjaan runcit terkumpul minimum RM500 dengan Kad Layak yang diluluskan dan dikeluarkan oleh HLB di bawah Kempen ini berhak mendapat Pulangan Tunai 50% atas perbelanjaan runcit sehingga RM170 (“Pemegang Kad Layak ETC”).

Perbelanjaan runcit terkumpul berdasarkan tarikh transaksi setakat 31 Ogos 2020.

 

ii. Perbelanjaan runcit yang dilakukan oleh Pemegang Kad Tambahan di bawah akaun Pemegang Kad Layak ETC Utama yang sama akan diambil kira dalam perbelanjaan  runcit terkumpul minimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) untuk menikmati Pulangan Tunai 2 sehingga RM170.

iii. Pulangan Tunai 2 dihadkan setakat Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh (RM170) bagi setiap Pemegang Kad Layak ETC bagi setiap Tempoh Kempen.

iv. Jumlah peruntukan bagi Pulangan Tunai 2 dihadkan setakat Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000) bagi setiap Tempoh Kempen atas dasar siapa cepat dia dapat.

v. Sekiranya Pemegang Kad Layak ETC telah memenuhi syarat seperti tertera di atas, Pulangan Tunai 2 akan dikreditkan ke dalam akaun Pemegang Kad Layak ETC dalam masa tiga (3) bulan dari Tempoh Kempen. Pemegang Kad Layak ETC akan diberitahu oleh HLB dengan cara menyiarkan senarai Pemegang Kad Layak ETC (nama Pemegang Kad Utama, nombor Kad Layak yang terlindung dan/atau amaun Pulangan Tunai) dalam Laman Web HLB di www.hlb.com.my/ddcc selewat-lewatnya 31 Oktober 2020 (“Pemberitahuan”).

vi. Sekiranya Pulangan Tunai 2 tidak diterima, Pemegang Kad Layak ETC hendaklah memberitahu HLB dalam masa empat (4) bulan dari Tempoh Kempen, jika gagal berbuat demikian, Pemegang Kad Layak ETC dianggap telah menerima Pulangan Tunai 2.

vii. HLB tidak berkewajipan memaklumkan kepada Pemegang Kad Layak ETC bagi Kempen sekiranya Pulangan Tunai 2 telah mencapai peruntukan maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000) semasa atau sebelum tamatnya Tempoh Kempen.

 

Pulangan Tunai 1 dan Pulangan Tunai 2 secara kolektif disebut “Pulangan Tunai

 

8. Perbelanjaan Runcit bermaksud sebarang pembelian runcit dan dalam talian (termasuk arahan tetap dan Pelan Bayaran Mudah 0% Faedah (“EPP”)) yang dilakukan dalam negara dan/atau luar negara (termasuk perbelanjaan dilakukan dalam Ringgit Malaysia (“RM”) dan/atau mata wang lain) yang berjaya dicaj kepada Kad Layak. Pembelian runcit yang dibuat dalam mata wang selain RM akan ditukar kepada dan dikira dalam RM berdasarkan kadar pertukaran yang ditentukan oleh HLB pada masa transaksi.

 

9. Perbelanjaan Runcit tidak termasuk yang berikut:

i. pengeluaran tunai dengan apa-apa cara (iaitu Mesin Juruwang Automatik, melalui kaunter, kuasi tunai, pendahuluan tunai, dll.);

ii. produk portfolio seperti Pindahan Baki (“BT”), Call-For-Cash Plus (“CFC Plus”), Call-For-Cash (“CFC”) dan Pelan Pembayaran Fleksi (“FPP”);

iii.  transaksi yang dibayar balik, dipertikaikan, tak berjaya, dibalikkan, tanpa kebenaran, melibatkan penipuan atau menyalahi undang-undang; dan/atau

iv. apa-apa bentuk perkhidmatan atau fi pelbagai, termasuk caj kewangan dan fi seperti fi tahunan kad kredit, caj bayaran lewat dan cukai perkhidmatan kerajaan, yang dikenakan oleh HLB.

 

TERMA & SYARAT AM

10. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak:

i. bersetuju mereka telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan Syarat Am Perjanjian Pemegang Kad Kredit yang boleh disemak dalam Laman Web HLB;

ii. bersetuju semua rekod transaksi di dalam atau di luar Malaysia yang dirakamkan oleh sistem HLB dalam Kempen ini adalah tepat dan muktamad;

iii. bersetuju bahawa keputusan HLB atas segala hal berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat ke atas seluruh Pemegang Kad Layak;

iv. bersetuju bahawa Pengecualian Fi Tahunan dan Pulangan Tunai tidak boleh ditukar milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau manfaat barangan;

v. bersetuju untuk mengakses Laman Web HLB dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat Kempen ini, untuk memastikan sentiasa mengikuti apa-apa pertukaran kepada Terma & Syarat dan membuat susulan dengan HLB jika mereka tersenarai untuk layak menerima Pulangan Tunai;

vi. keizinan untuk HLB mendedahkan atau menyiarkan nama, nombor Kad Pengenalan (dalam bentuk terlindung), nombor Kad Layak (dalam bentuk terlindung), amaun Pulangan Tunai dan/atau foto mereka dalam Laman Web HLB; dan

vii. membenarkan HLB untuk mendedahkan data peribadi mereka iaitu nombor telefon kepada M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D) jika HLB fikir wajar untuk tujuan Kempen ini.

 

11. HLB berhak:

i. menolak mana-mana permohonan Kad Layak yang dikemukakan tanpa memberikan apa-apa sebab penolakan itu;

ii. melucutkan mana-mana Pemegang Kad Utama daripada menyertai Kempen ini;

iii. menolak kelayakan mana-mana Pemegang Kad Utama untuk menyertai Kempen atas apa jua sebab yang HLB fikir wajar. Khususnya, HLB mempunyai hak mutlak untuk menolak kelayakan Pemegang Kad Utama yang telah melakukan Perbelanjaan Runcit tidak mengikut pengertian Terma & Syarat ini, dari segi gaya atau pola yang HLB anggap luar biasa, luar aturan dan/atau menandakan suatu percubaan untuk meraih kelebihan tak adil ke atas Pemegang Kad Utama lain yang mempunyai corak perbelanjaan yang biasa/teratur, dan keputusan HLB dalam hal ini adalah muktamad meliputi seluruh Pemegang Kad Utama;

iv. semua Kad Layak yang diluluskan mestilah sah, aktif, berkedudukan baik dan tidak melanggar mana-mana Terma & Syarat Kempen ini, dan/atau Terma dan Syarat Am Perjanjian Pemegang Kad Kredit pada masa pemberian Pulangan Tunai. Bagi mengelakkan keraguan, Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Layak yang mempunyai kiraan transaksi yang paling aktif sebagai akaun pemenuhan utama jika Pemegang Kad Layak mempunyai lebih daripada 1 (satu) Kad Layak;

v. melupuskan dan/atau menolak balik Pengecualian Fi Tahunan dan Pulangan Tunai dalam hal apabila berlaku pembalikan Perbelanjaan Runcit atau penamatan Kad Layak semasa Tempoh Kempen dan/atau pada masa pemberian Pengecualian Fi Tahunan, Pulangan Tunai atau tidak mematuhi Terma & Syarat di dalam ini;

vi. meminda jumlah Pengecualian Fi Tahunan dan/atau Pulangan Tunai dan/atau menggantikan pengecualian Fi Tahunan dan/atau Pulangan Tunai di dalam ini dengan hadiah gantian yang sama nilainya dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB atau dengan apa-apa cara lain yang HLB fikir sesuai dengan memberi notis awal kepada Pemegang Kad Utama;

vii. menambah, menggugurkan atau meminda Terma & Syarat di dalam ini, secara keseluruhan atau sebahagian, atau menamatkan Kempen ini dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB, atau dengan apa-apa cara lain yang HLB fikir sesuai, untuk memberi notis awal kepada Pemegang Kad Utama tentang penambahan, pengguguran atau pemindaan Terma & Syarat atau penamatan Kempen ini;

viii. HLB tidaklah dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab terhadap kegagalan atau kelewatan penghantaran dan/atau pemprosesan permohonan Kad Layak dan/atau transaksi jualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, organisasi Peniaga, penyedia perkhidmatan pos atau mana-mana pihak yang boleh menyebabkan Pemegang Kad Utama tertinggal daripada menyertai Kempen ini;

ix. Selain terma-terma yang ditetapkan di atas ini, Pemegang Kad Utama bersetuju bahawa Terma dan Syarat Am Perjanjian Pemegang Kad Kredit hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma & Syarat ini sebagai suatu perjanjian keseluruhan. Apa-apa percanggahan antara Terma & Syarat ini dengan Terma dan Syarat Am Perjanjian Pemegang Kad Kredit, maka terma-terma tertentu di atas hendaklah diutamakan setakat percanggahan tersebut;

x. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini berbanding dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan dengan atau bersabit dengan Kempen ini, maka terma dan syarat muktamad dalam Laman Web HLB hendaklah diutamakan;

xi. Terma & Syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad Layak bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-makamah Malaysia; dan

xii. Perkataan yang menandakan satu jantina termasuk semua jantina lain dan perkataan yang menandakan tunggal termasuk jamak, begitu juga sebaliknya.

CAMPAIGN PERIOD

The Hong Leong Bank Berhad’s (193401000023 (97141-X)) (“HLB”) “Digital Day 2020 Credit Cards Acquisition Campaign” (“Campaign”) commences on 7 July 2020 at 00:00:00 hours (12:00 a.m.) and ends on 8 July 2020 at 23:59:59 hours (11:59 p.m.), inclusive of both dates (“Campaign Period”), unless specified herein or notified otherwise.

 

TERMS AND CONDITIONS

The following sets out the terms and conditions applicable to the Campaign (“T&Cs”):

 

ELIGIBILITY

1. This Campaign is open to New-to-Card (“NTC”) and Existing-to-Card (“ETC”) HLB Principal Credit Cardholders (“Principal Cardholders”) who have, during the Campaign Period, applied for the Eligible Cards as stated in Table 1 appended below via HLB’s website at www.hlb.com.my (“HLB’s Website”) or Hong Leong Connect Online Banking (“Connect”) by completing an electronic online HLB credit card application form and uploading all required supporting documents to HLB’s Website or Connect and only for those Eligible Card(s) successfully approved latest by 31 July 2020.

 

2. In order to apply for the Eligible Cards via Connect, Principal Cardholders must be a registered user of Connect (“Connect User”).   

 

Table 1: Eligible Cards for the Campaign

Eligible Cards

VISA CREDIT CARD

MASTERCARD CREDIT CARD

Infinite

Emirates World Elite

AirAsia Gold/Platinum

Emirates World

GSC Gold/Platinum

Emirate Platinum

Sutera Platinum

The Store Gold/Platinum

WISE Gold

Pacific Gold/Platinum

Essential Gold

Sutera Platinum

 

I’m

3. For the avoidance of doubt, all the Eligible Cards must be approved and activated via Connect or Short Message Service (“SMS”) in order for the Principal Cardholders to be eligible to participate in this Campaign (“Eligible Cardholders”).

 

4. ETC Principal Cardholders denote existing HLB Principal Cardholders who hold a minimum of one (1) valid and/or active HLB Credit Card prior to the Campaign Period or who cancelled their HLB Credit Cards and have reapplied for a new HLB Credit Card (including the Eligible Cards) as a Principal Cardholder within twelve (12) months from the date of such cancellation.

 

5. NTC Principal Cardholders denote new cardholders who do not hold any existing HLB Principal Credit Cards (including Mach) prior to the Campaign Period and subject to the T&Cs as stated under Clause 6 below.

 

6. The following shall not be considered as NTC Principal Cardholders:

i. existing Principal Cardholders of any HLB Credit Card;

ii. cardholders who no longer hold any valid HLB Credit Card and/or Cardholders whose Credit card account(s) is/are delinquent;

iii. cardholders who cancelled their HLB Credit Cards and have reapplied for a new HLB Credit Card (including the Eligible Cards) as a Principal Cardholder within twelve (12) months from the date of such cancellation; and

iv. cardholders who have committed or are suspected of committing any fraudulent, unlawful or wrongful acts in relation to any of the facilities granted by HLB and/or Hong Leong Islamic Bank (“HLISB”) or have been declared bankrupt (pursuant to a petition by either banks or by any third party) or subject to any bankruptcy proceedings at any time prior to, during or after the Campaign Period.

 

CAMPAIGN MECHANICS

7. Subject to all requirements being fulfilled, the Eligible Cardholders will be entitled to enjoy the following offers:

(a) Annual Fee Waiver

i. The Eligible Cardholders, who have performed a minimum of one (1) retail spend for each Eligible Card approved and issued by HLB under this Campaign within forty-five (45) days from the Eligible Cards’ approval date, will be entitled to the 1st year’s annual fee waiver (“Annual Fee Waiver”).

 

(b) Cashback for NTC Eligible Cardholders up to RM700  (“Cashback 1”)

i. The NTC Eligible Cardholders shall be entitled for the Cashback 1 up to Ringgit Malaysia Seven Hundred (RM700) and its criteria are illustrated in Table 2 below:

Table 2: Cashback 1 (for NTC Eligible Cardholders only)

Cashback Allocation

Criteria

RM100,000

(first-come, first-served basis) per Campaign Period

 

NTC Eligible Cardholders who have performed minimum cumulative Retail Spend (as defined in Clause 8 below) of RM500 on Eligible Card(s) approved and issued by HLB under this Campaign will be entitled to 50% cashback on retail spend up to RM700 (“NTC Qualified Cardholders”).

Cummulative Retail Spend is based on transactions date up to 31 August 2020.

 

ii. Retail Spend performed by Supplementary Cardholder(s) under the same Principal NTC Eligible Cardholder’s account(s) will be included in the minimum cumulative retail spend of Ringgit Malaysia Five Hundred (RM500) to enjoy the Cashback 1 up to RM700.

iii. The Cashback 1 is capped at Ringgit Malaysia Seven Hundred (RM700) per NTC Qualified Cardholder per Campaign Period.

iv. The total allocation for Cashback 1 is capped at Ringgit Malaysia One Hundred Thousand (RM100,000) on a first-come, first-served basis.

v. In the event the NTC Eligible Cardholders has fulfilled the condition as stated above, the Cashback 1 shall be credited to the NTC Qualified Cardholder’s account within three (3) months from the Campaign Period. The NTC Qualified Cardholders will be notified by HLB by way of posting the list of NTC Qualified Cardholders (Principal Cardholders name, masked Eligible Card numbers and/or Cashback amount) on HLB’s Website at www.hlb.com.my/ddcc not later than 31 October 2020 (“Notification”).

vi. In the event of non-receipt of the Cashback 1, the NTC Qualified Cardholders shall notify HLB within four (4) months from the Campaign Period, failing which the NTC Qualified Cardholders are deemed to have received the Cashback 1.

vii. HLB does not have any obligation to inform the NTC Qualified Cardholders should the Cashback 1 has reached the maximum allocation of Ringgit Malaysia One Hundred Thousand (RM100,000) during or before the conclusion of the Campaign Period.

 

(c) Cashback for ETC Eligible Cardholders up to RM170 (“Cashback 2”)

i. The ETC Eligible Cardholders shall be entitled for the Cashback 2 up to Ringgit Malaysia One Hundred Seventy (RM170) and its criteria are illustrated in Table 3 below:

Table 3: Cashback 2 (for ETC Eligible Cardholders only)

Cashback Allocation

Criteria

RM20,000

(first-come, first-served basis) per Campaign Period

 

ETC Eligible Cardholders who have performed minimum cumulative Retail Spend of RM500 on Eligible Card(s) approved and issued by HLB under this Campaign will be entitled to 50% cashback on Retail Spend up to RM170 (“ETC Qualified Cardholders”).

Cummulative Retail Spend based on transactions date up to 31 August 2020.

 

ii. Retail Spend performed by Supplementary Cardholder(s) under the same Principal ETC Eligible Cardholder’s account(s) will be included in the minimum cumulative Retail Spend of Ringgit Malaysia Five Hundred (RM500) to enjoy the Cashback 2 up to RM170.

iii. The Cashback 2 is capped at Ringgit Malaysia One Hundred Seventy (RM170) per ETC Qualified Cardholder per Campaign Period.

iv. The total allocation for Cashback 2 is capped at Ringgit Malaysia Twenty Thousand (RM20,000) on a first-come, first-served basis.

v. In the event the ETC Eligible Cardholders has fulfilled the condition as stated above, the Cashback 2 shall be credited to the ETC Qualified Cardholder’s account within three (3) months from the Campaign Period. The ETC Qualified Cardholders will be notified by HLB by way of posting the list of ETC Qualified Cardholders (Principal Cardholders name, masked Eligible Card numbers and/or Cashback amount) on HLB’s Website at www.hlb.com.my/ddcc not later than 31 October 2020 (“Notification”).

vi. In the event of non-receipt of the Cashback 2, the ETC Qualified Cardholders shall notify HLB within four (4) months from the Campaign Period, failing which the ETC Qualified Cardholders are deemed to have received the Cashback 2.

vii. HLB does not have any obligation to inform the ETC Qualified Cardholders for the Campaign should the Cashback 2 has reached the maximum allocation of Ringgit Malaysia Twenty Thousand (RM20,000) during or before the conclusion of the Campaign Period.

 

Cashback 1 and Cashback 2 are collectively known as “Cashback”.

 

8. Retail Spend refers to any retail and online purchases (including standing instructions and 0% Interest East Payment Plan (“EPP”)) transacted locally and/or overseas (including spend transacted in Ringgit Malaysia (“RM”) and/or other currencies) which have been successfully charged to the Eligible Cards. Retail purchases made in currencies other than RM will be converted to and computed in RM based on the conversion rate determined by HLB at the time of transaction.

 

9. Retail Spend excludes the following:

i. cash withdrawal in any method (i.e. Automated Teller Machine, over-the-counter, quasi cash, cash advance, etc);

ii. portfolio products such as Balance Transfer (“BT”), Call-For-Cash Plus (“CFC Plus”), Call-For-Cash (“CFC”) and Flexi Payment Plan (“FPP”);

iii. refunded, disputed, unsuccessful, reversed, unauthorized, fraudulent or unlawful transactions; and/or

iv. any form of services or miscellaneous fees, including finance charges and fees such as credit card annual fee, late payment charges and government service tax, imposed by HLB.

 

GENERAL TERMS & CONDITIONS

10. By participating in this Campaign, the Principal Cardholders:

i. agree that they have read, understood and agree to be bound by the T&Cs herein, the General Terms and Conditions of the Credit Cardholder Agreement available at HLB’s Website;

ii. agree that all records of transactions date within or outside of Malaysia captured by the HLB’s system within this Campaign are accurate and final;

iii. agree that HLB’s decision on all matters relating to this Campaign shall be final, conclusive and binding on all the Eligible Cardholders;

iv. agree that the Annual Fee Waiver and Cashback are non-transferable to any third party and non-exchangeable for cash or other kinds;

v. agree to access the HLB’s Website at regular time intervals to view the T&Cs of this Campaign, to ensure they keep up-to-date with any changes or variations to the T&Cs and to follow up with HLB if they have been enlisted for the entitlement of the Cashback;

vi. consent for HLB to disclose or publish their names, ID numbers (in masked form), Eligible Card(s) numbers (in masked form), Cashback amount and/or photo(s) in HLB’s Website; and

vii. authorise HLB to disclose their personal data i.e. contact numbers to M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D) as HLB deems fit for the purpose of this Campaign.

 

11. HLB reserves the right to:

i. reject any Eligible Cards application submitted with assigning reason for the rejection;

ii. disqualify any Principal Cardholders from participating in this Campaign;

iii. decline the eligibility of any Principal Cardholders to participate in the Campaign for any reason whatsoever as HLB may deem fit. In particular, HLB shall have the right to decline the eligibility of a Principal Cardholders who has performed a Retail Spend not within the meaning of these T&Cs, in a manner or pattern which HLB deems to be abnormal, irregular and/or is indicative of an attempt to obtain an unfair advantage over other Principal Cardholders with normal/regular spending patterns, and HLB’s decision in this matter shall be final and conclusive on all Principal Cardholders;

iv. all the approved Eligible Card(s) must be valid, active, in good standing and must not be in breach of any of the T&Cs of this Campaign, and/or General Terms and Conditions of the Credit Cardholder Agreement at the point of the Cashback are rewarded. For the avoidance of doubt, the Cashback will be credited to the Eligible Card with most active in transaction count as the primary fulfilment account if the Eligible Cardholders have more than one (1) Eligible Cards;

v. forfeit and/or claw back the Annual Fee Waiver, the Cashback in the circumstance where there is reversal of Retail Spend or termination of the Eligible Cards during the Campaign Period and/or at the point of awarding the Annual Fee Waiver, the Cashback or non-compliance to the T&Cs herein;

vi. amend the total Annual Fee Waiver and/or the Cashback and/or replace the Annual Fee Waiver and/or the Cashback herein with an alternative gift of similar value by way of posting on HLB’s Website or in any other manner which HLB deems practical with a prior notice to the Principal Cardholders;

vii. add, delete or amend the T&Cs herein, wholly or in part, or to terminate this Campaign by way of posting on HLB’s Website, or in any other methods which HLB deems practical, in order to give a prior notice to the Principal Cardholders on such addition, deletion or amendment of the T&Cs or termination of this Campaign;

viii. HLB shall not be liable and responsible for any failure or delay in the submission and/or processing of the Eligible Cards application and/or the sales transactions by Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, Merchant establishments, postal service providers or any party in which may result in the Principal Cardholders being omitted from this Campaign;

ix. In addition to the terms stipulated above, Principal Cardholders agree that the General Terms and Conditions of the Credit Cardholders’ Agreement shall be read together with the T&Cs herein as an entire agreement. Any discrepancies between these T&Cs and the General Terms and Conditions of the Credit Cardholder Agreement, the specific terms above shall prevail to the extent of such discrepancies;

x. In the event of any discrepancies between these T&Cs as compared to the advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with this Campaign, the final terms and conditions on HLB’s Website shall prevail;

xi. The T&Cs herein shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the Eligible Cardholders agree to submit to the jurisdiction of the Courts of Malaysia; and

xii. Words denoting one gender include all other genders and words denoting the singular include the plural and vice versa.