Tempoh Kempen
“Hari Digital 2020 - Kempen Pendaftaran Aplikasi Connect HLB” (“Kempen”) Hong Leong Bank Berhad (193401000023 (97141-X)) (“HLB”) bermula pada 1 Julai 2020 dan berakhir pada 31 Julai 2020 (“Tempoh Kempen”), termasuk kedua-dua tarikh melainkan diberitahu sebaliknya.
Terma & Syarat
Berikut ialah terma dan syarat yang terpakai untuk Kempen ini (“T&S”):
Kelayakan
1. Kempen ini dibuka untuk para pelanggan HLB/Hong Leong Islamic Bank Berhad (200501009144 (686191-W)) (“HLISB”) sama ada individu atau empunya tunggal, dan yang tidak mendaftar untuk Perbankan Dalam Talian Connect Hong Leong dan Perbankan Mudah Alih Connect Hong Leong sebelum Tempoh Kempen (“Pelanggan”).
2. HLB berhak untuk membatalkan mana-mana Pelanggan:
i) yang telah melakukan, atau kini disyaki melakukan tindakan penipuan, menyalahi undang-undang atau salah berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberikan oleh HLB/HLISB; dan/atau
ii) yang menghadapi prosiding muflis atau telah diisytiharkan muflis sama ada sebelum atau semasa Tempoh Kempen.
3. Pekerja tetap dan pekerja kontrak HLB/HLISB tidak layak menyertai Kempen ini.
Mekanik Kempen
4. Pelanggan yang memenuhi syarat berikut berpeluang untuk menerima pulangan tunai sebanyak Tiga Puluh Ringgit (RM30) (“Pulangan Tunai”):
i) Muat turun Aplikasi Perbankan Mudah Alih Connect HLB (“Aplikasi Connect”) dari App Store, Google Play atau HUAWEI AppGallery; dan
ii) log masuk ke Aplikasi Connect sekurang-kurangnya satu (1) kali semasa Tempoh Kempen
(selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan yang Layak”)
Sila ambil perhatian bahawa Aplikasi Connect hanya disokong pada peranti yang memiliki sistem iOS 8 atau versi lebih terkini dan Android 4.1.2 atau versi lebih terkini.
5. Pemenang Pulangan Tunai adalah seramai tiga puluh (30) orang setiap hari (“Pemenang Pulangan Tunai”). Jumlah peruntukan Pulangan Tunai bagi Kempen ini adalah terhad kepada Dua Puluh Tujuh Ribu Sembilan Ratus Ringgit (RM27,900) dan Pulangan Tunai akan diberikan kepada seramai Sembilan Ratus Tiga Puluh (930) orang Peserta yang Layak mengikut kaedah pemilihan pemenang berikut.
6. Setiap Pemenang yang Layak akan menerima hanya satu (1) Pulangan Tunai sepanjang Kempen ini. Pulangan Tunai tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan kredit, cek atau manfaat yang sama nilai.
Pemilihan Pemenang
7. Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan Pemenang Pulangan Tunai, HLB akan memperuntukkan nombor siri kepada setiap Pelanggan yang Layak mengikut prinsip siapa cepat, dia dapat (“first-come, first-served”) bermula daripada nombor siri “1” bagi setiap orang dan setiap hari sepanjang Tempoh Kempen.
8. Nombor siri ini akan dijadualkan bagi mendapatkan jumlah Pelanggan yang Layak setiap hari (“Jumlah Pelanggan yang Layak”), yang kemudiannya akan dibahagikan kepada “30” untuk memilih tiga puluh (30) orang pemenang Pulangan Wang setiap hari. Sebagai contoh, anggapkan bahawa Jumlah Pelanggan yang Layak pada hari ini ialah 1,000 orang. HLB akan memilih Pemegang Pulangan Tunai bagi hari ini dengan membahagikan 1,000 dengan 30. Nombor yang terhasil dengan nilai titik perpuluhan 33.3 akan dibundarkan kepada 33. Tiga puluh (30) orang Peserta yang Layak dengan nombor siri berikut kemudiannya akan dipilih sebagai Pemenang Pulangan Tunai bagi hari ini: 33, 66, 99, 132, 165, dan seterusnya.
Pembayaran Pulangan Tunai
9. Pelanggan yang Layak akan dimaklumkan melalui SMS sekiranya mereka dipilih sebagai Pemenang Pulangan Tunai apabila Pulangan Tunai dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan atau Semasa HLB/Akaun Simpanan-i atau Semasa-i HLISB (“CASA/CASA-i”) Pemenang Pulangan Tunai sebelum 31 Ogos 2020.
10. Pemenang Pulangan Tunai perlu mengekalkan CASA/CASA-i yang sah dan aktif sehingga 31 Ogos 2020. Sekiranya mereka gagal, Pulangan Tunai akan dibatalkan.
11. Menjadi kewajipan Pemenang Pulangan Tunai untuk menghubungi HLB sebelum 15 September 2020 jika Pulangan Tunai tidak diterima. Selepas tarikh ini, Pemenang Pulangan Tunai dianggap telah menerima Pulangan Tunai dan sebarang tuntutan pembayaran balik tidak akan diproses oleh HLB.
Umum
12. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju:
i) bahawa mereka telah membaca, memahami dan terikat dengan T&S yang terkandung;
ii) bahawa semua rekod tentang pengisian syarat pada Klausa 4 yang dirakamkan oleh sistem HLB dalam Tempoh Kempen dan pemilihan Pemenang Pulangan Tunai adalah tepat dan muktamad;
iii) Bahawa keputusan HLB tentang semua perkara berkaitan Kempen adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan terikat bagi semua Pelanggan;
iv) untuk memberi kebenaran kepada HLB dan/atau HLISB untuk mendedahkan nombor mudah alih mereka kepada M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D), vendor yang dilantik oleh HLB untuk menyediakan perkhidmatan SMS bagi Kempen ini;
v) bertanggungjawab menyediakan butiran hubungan mereka yang sah dan terkini kepada HLB dan/atau HLISB termasuk nombor mudah alih dan alamat e-mel, dan segera memaklumkan HLB dan/atau HLISB sekiranya berlaku perubahan;
vi) mengakses laman web HLB di www.hlb.com.my/ddconnect (“Laman Web Kempen”) pada selang masa yang kerap untuk melihat T&S Kempen ini dan untuk memastikan mereka mengetahui sebarang perubahan atau perbezaan terkini mengenai T&S tersebut; dan
vii) bertanggungjawab dan secara peribadi menanggung semua cukai, yuran kerajaan atau sebarang bayaran lain yang berkaitan yang dikenakan terhadap mereka oleh undang-undang yang terpakai, sekiranya ada, berhubung dengan penyertaan mereka dalam Kempen ini.
13. HLB berhak:
i) dengan memberikan notis awal kepada Pelanggan untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah T&S yang terkandung di sini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, atau menamatkan Kempen dengan memaklumkan menerusi Laman Web Kempen; dan
ii) untuk membatalkan Pulangan Tunai sekiranya Pelanggan tidak mematuhi T&S yang terkandung, Terma dan Syarat Perbankan Dalam Talian & Perbankan Mudah Alih Connect Hong Leong, Terma dan Syarat Am Akaun dan undang-undang/peraturan lain yang terpakai.
14. Sebagai tambahan kepada T&S yang dinyatakan di atas, Pelanggan bersetuju bahawa Terma dan Syarat Perbankan Dalam Talian & Perbankan Mudah Alih Connect Hong Leong dan Terma dan Syarat Am Akaun hendaklah dibaca bersama-sama dengan T&S ini sebagai keseluruhan perjanjian. Sekiranya terdapat percanggahan antara T&S yang terkandung, Terma dan Syarat Perbankan Dalam Talian & Perbankan Mudah Alih Connect Hong Leong dan Terma dan Syarat Am Akaun, T&S tertentu yang terkandung di sini akan diutamakan bagi meliputi percanggahan tersebut.
15. Sekiranya terdapat percanggahan antara T&S ini dengan mana-mana iklan, promosi, publisiti dan bahan lain berhubung atau berkait dengan Kempen ini, T&S terakhir pada Laman Web Kempen akan digunakan.
16. T&S ini akan ditadbirkan dan dianggap mematuhi undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk menghormati bidang kuasa Mahkamah Malaysia.
17. Kata-kata yang menandakan satu jantina merangkumi semua jantina yang lain dan kata-kata yang menandakan yang tunggal merangkumi jamak dan begitu juga sebaliknya.
Campaign Period
The Hong Leong Bank Berhad’s (193401000023 (97141-X)) (“HLB”) “Digital Day 2020 - HLB Connect App Registration Campaign” (“Campaign”) starts on 1 July 2020 and ends on 31 July 2020 (“Campaign Period”), inclusive of both dates unless notified otherwise.
Terms & Conditions
The following sets out the Terms & Conditions applicable to this Campaign (“T&Cs”):
Eligibility
1. This Campaign is open to HLB/Hong Leong Islamic Bank Berhad (200501009144 (686191-W)) [CE(1] (“HLISB”) customers who are individuals or sole proprietors, and who have not registered for Hong Leong Connect Online Banking and Hong Leong Connect Mobile Banking prior to the Campaign Period (“Customers”).
2. HLB reserves the right to disqualify any Customer who:
i) has in the past committed, or is currently suspected of committing fraudulent, unlawful or wrongful acts in relation to any facilities granted by HLB/HLISB; and/or
ii) is facing bankruptcy proceedings, or has been declared bankrupt either before or during the Campaign Period.
3. Both permanent and contractual employees of HLB/HLISB are not eligible to participate in this Campaign.
Campaign Mechanics
4. Customers who meet the following requirements shall stand a chance to receive a cashback of Ringgit Malaysia Thirty (RM30) (“Cashback”):
i) Download the HLB Connect Mobile Banking App (“Connect App”) from the App Store, Google Play or HUAWEI AppGallery; and
ii) log in to Connect App at least one (1) time during the Campaign Period.
(hereinafter referred to as “Eligible Customers”).
Please note that Connect App is only supported on devices running iOS 8 or later versions and Android 4.1.2 or later versions.
5. There will be thirty (30) daily Cashback winners (“Cashback Winners”). The total Cashback allocation for this Campaign is limited to Ringgit Malaysia Twenty-Seven Thousand Nine Hundred (RM27,900) and the Cashback will be awarded to a total of Nine Hundred Thirty (930) Eligible Customers according to the winner selection method below.
6. Each Eligible Customer is eligible to receive only one (1) Cashback throughout this Campaign. The Cashback is non-transferable to any third party and non-exchangeable for up-front credit, cheque or benefit-in-kind.
Winner Selection
7. As part of the Cashback Winner selection process, HLB will allocate serial numbers to each Eligible Customer on a first-come, first-served basis starting from serial number “1” for each and every day throughout the Campaign Period.
8. The said serial numbers will be tabulated to derive the total number of Eligible Customers for each day (“Total Eligible Customers”), which will then be divided by “30” to select the thirty (30) daily Cashback Winners. As an example, assuming that the Total Eligible Customers for the day is 1,000, HLB will select the day’s Cashback Winners by dividing 1,000 with 30. The resulting number with decimal value of 33.3 will be rounded down to 33. Thirty (30) Eligible Customers bearing the following serial numbers will then be selected as the day’s Cashback Winners: 33, 66, 99, 132, 165, and so forth.
Fulfilment of Cashback
9. Eligible Customers will be notified via SMS if they have been selected as the Cashback Winners when the Cashback is credited to the Cashback Winners’ HLB Current or Savings Account/HLISB Current or Savings Account-i (“CASA/CASA-i”) before 31 August 2020.
10. Cashback Winners must maintain an active and valid CASA/CASA-i until 31 August 2020, failing which the Cashback shall be forfeited.
11. It is the obligation of the Cashback Winners to contact HLB regarding non-receipt of the Cashback before 15 September 2020, failing which the Cashback Winners are deemed to have received the Cashback and any claim for reimbursement will not be processed by HLB.
General
12. By participating in this Campaign, Customers agree:
i) that they have read, understood and are bound by the T&Cs herein;
ii) that all records of the fulfilment of the requirements under Clause 4 captured by HLB’s system within the Campaign Period and the Cashback Winners selection shall be accurate and final;
iii) that HLB’s decisions on all matters regarding the Campaign shall be final, conclusive and binding on all Customers;
iv) to consent to HLB and/or HLISB to disclose their mobile number to M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D), the vendor appointed by HLB to provide SMS services for this Campaign;
v) to be responsible for providing HLB and/or HLISB with their valid and current contact details including mobile number and email address, and promptly notifying HLB and/or HLISB in the event of changes;
vi) to access the Campaign website at www.hlb.com.my/ddconnect (“Campaign Website”) at regular intervals to view the T&Cs of the Campaign and to ensure that they keep up-to-date with any changes or variations to the T&Cs; and
vii) to be liable and shall personally bear all applicable taxes, government fees or any other charges that may be levied against them under applicable laws, if any, in relation to their participation in this Campaign.
13. HLB reserves the right:
i) with prior notice to the Customers, to add, delete, suspend or amend the T&Cs listed here, either fully or partially, or to terminate the Campaign, by posting on the Campaign Website; and
ii) to forfeit the Cashback in the event of non-compliance by the Customers of the T&Cs herein, the Terms and Conditions for Hong Leong Connect Online Banking & Mobile Banking, the General Terms and Conditions of Accounts and all other laws/rules applicable.
14. In addition to the T&Cs stipulated above, the Customers agree that the Terms and Conditions for Hong Leong Connect Online Banking & Mobile Banking and the General Terms and Conditions of Accounts shall be read together with these T&Cs as an entire agreement. In the event of any discrepancies between T&Cs herein, the Terms and Conditions for Hong Leong Connect Online Banking & Mobile Banking and the General Terms and Conditions of Accounts, the specific T&Cs herein shall prevail to the extent of such discrepancy.
15. In the event of any discrepancies between the T&Cs listed here and any advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with this Campaign, the final T&Cs on the Campaign Website shall prevail.
16. These T&Cs shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the Customers agree to submit to the jurisdiction of the Courts of Malaysia.
17. Words denoting one gender include all other genders and words denoting the singular include the plural and vice versa.