SST On Us Campaign

Tempoh Kempen

"Kempen SST On Us – Edisi Connect" ("Kempen") Hong Leong Bank Berhad 193401000023 (97141-X) ("HLB") bermula pada 15 Mac 2020 dan berakhir pada 15 April 2020, kedua-dua tarikh adalah termasuk ("Tempoh Kempen"), kecuali ditentukan atau diberitahu sebaliknya.

 

Terma & Syarat

Berikut adalah Terma & Syarat yang terpakai untuk Kempen ini ("T&S"):

 

Kelayakan

1. Kempen ini hanya terbuka kepada pemegang Kad Kredit HLB terpilih yang telah menerima undangan untuk menyertai ("Pelanggan") sama ada melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas ("SMS") dan/atau e-Direct Mailer ("eDM").

 

Pelanggan yang tidak menerima SMS atau eDM tidak layak untuk menyertai Kempen ini. HLB tidak akan melayan sebarang pertikaian berkaitan dengan ketidakterimaan SMS atau eDM oleh Pelanggan, dan HLB tidak akan bertanggungjawab/dipertanggungjawabkan dengan ketidakterimaan MS atau eDM oleh Pelanggan tersebut.

 

2. HLB berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan dari Kempen ini sekiranya Pelanggan:

i) mempunyai akaun(akaun-akaun) Kad Kredit HLB yang TIDAK dalam kedudukan baik, tidak aktif, atau Pelanggan telah melanggar mana-mana terma dan syarat HLB berkenaan dengan akaun(akaun-akaun) Kad Kredit pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen; dan/atau

ii) mempunyai akaun(akaun-akaun) Kad Kredit HLB yang tidak sah atau yang telah dibatalkan pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen sehingga berakhirnya pemenuhan; dan/atau

iii) pada masa lalu telah melakukan, atau pada masa ini disyaki melakukan penipuan, perbutan yang menyalahi undang-undang atau salah terhadap HLB; dan/atau

iv) menghadapi prosiding muflis atau telah diisytiharkan muflis sama ada sebelum atau semasa Tempoh Kempen ini.

 

3. Kakitangan-kakitangan HLB sama ada tetap atau secara kontrak tidak layak menyertai Kempen ini.

 

Mekanik Kempen

4. Pelanggan yang:

i) telah memuat turun Aplikasi Perbankan Mudah Alih Hong Leong Connect ("Aplikasi Connect ") dari Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery; dan

ii) log masuk sekurang-kurangnya Satu (1) kali ke Aplikasi Connect semasa Tempoh Kempen berpeluang untuk menerima Pulangan Tunai sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25) (“Habuan SST”).

 

Sila ambil perhatian bahawa Aplikasi Connect disokong oleh peranti yang mengguna iOS 8 atau yang kemudian, dan Android 4.1.2 atau yang -kemudian.

 

5. Setiap Pelanggan hanya berhak menerima satu (1) Habuan SST sepanjang tempoh Kempen ini. Jumlah peruntukan Habuan SST bagi Kempen ini terhad kepada sembilan ratus (900) unit sahaja, bersamaan dengan Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu Lima Ratus (RM22,500) dan akan dianugerahkan atas prinsip pertama datang, pertama di layan dahulu kepada sembilan ratus (900) Pelanggan pertama yang memenuhi kriteria dalam Klausa 4 di atas.

 

6. Habuan SST tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, pendahuluan kredit, cek atau jenis lainnya.

 

Pemenuhan Habuan SST

7. Habuan SST akan dikreditkan ke Akaun Kad Kredit Pelanggan HLB sebelum 31 Mei 2020.

 

8. Sekiranya Pelanggan mempunyai lebih daripada satu (1) Kad Kredit HLB, HLB akan menentukan akaun Kad Kredit untuk mendepositkan Habuan SST dengan menggunakan kriteria berikut:

i) Pertamanya HLB akan menentukan Kad Kredit yang terkini yang telah digunakan oleh Pelanggan pada 15 April 2020 untuk melakukan apa-apa transaksi (“Penggunaan Terakhir”); dan/atau

ii) Sekiranya mana-mana dua (2) atau lebih Kad Kredit berkongsi Penggunaan Terakhir yang sama, HLB akan menentukan Kad Kredit yang manakah mempunyai bilangan transaksi tertinggi di antara 1 Januari 2020 sehingga 15 April 2020.

 

9. Pelanggan mesti mengekalkan Kad Kredit HLB yang aktif dan sah sehingga 15 Mei 2020, dan jika gagal mana-mana Habuan SST yang sepatutnya diberikan kepada Pelanggan akan dibatalkan.

 

10. Adalah menjadi satu kewajipan oleh Pelanggan untuk menghubungi HLB sekiranya tidak menerima Habuan SST sebelum 15 Jun 2020, dan jika gagal, Pelanggan dianggap  telah menerima Habuan SST dan sebarang tuntutan untuk pembayaran balik tidak akan dilayan oleh HLB.

 

Umum

11. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju:

i) bahawa mereka telah membaca, memahami, dan terikat oleh T&S di sini;

ii) bahawa keputusan HLB mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua Pelanggan dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan HLB tidak akan dilayan;

iii) membenarkan HLB untuk mendedahkan nombor telefon mudah alih mereka kepada Infobip Asia Pacific Sdn. Bhd. (898379-U), vendor yang dilantik oleh HLB untuk menyediakan perkhidmatan SMS untuk Kempen ini;

iv) bertanggungjawab untuk menyediakan butiran hubungan yang sah dan terkini kepada HLB termasuk nombor telefon mudah alih dan alamat e-mel, dan memberitahu HLB dengan segera sekiranya perubahan berlaku; dan

v) secara peribadi menanggung semua cukai yang dikenakan, Habuan kerajaan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang yang terpakai, jika ada, berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Kempen ini.

 

12.   HLB berhak untuk:

i) dengan notis terlebih dahulu kepada Pelanggan, menambah, memadam, menangguh atau mengubah T&S yang terkandung di sini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan cara memaparkan di Laman HLB di www.hlb.com.my/sst25 (“Laman Sesawang Kempen”); dan

ii) melupuskan Habuan SST sekiranya Pelanggan tidak mematuhi  T&S yang terkandung di sini dan/atau Terma dan Syarat Umum di dalam Perjanjian Pemegang Kad HLB, Terma dan Syarat untuk Hong Leong Connect dan semua undang-undang/peraturan lain yang berkenaan.

 

13. T&S di sini, Terma dan Syarat Umum di dalam Perjanjian Pemegang Kad HLB, dan Terma dan Syarat untuk Hong Leong Connect hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, T&S khusus di sini akan mengatasi sejauh mana percanggahan tersebut.

 

14. Sekiranya berlaku percanggahan antara T&S di sini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan atau berhubungan dengan Kempen ini, T&S terakhir di Laman Sesawang Kempen akan diguna pakai.

 

15. T&S ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

 

16. Kata-kata yang menunjukkan satu jenis jantina mencakupi semua jenis jantina lainnya dan kata-kata yang menunjukkan bentuk tunggal mencakupi bentuk jamak dan sebaliknya.

Campaign Period

The Hong Leong Bank Berhad 193401000023 (97141-X) (“HLB”) “SST On Us Campaign – Connect Edition” (“Campaign”) starts on 15 March 2020 and ends on 15 April 2020 (“Campaign Period”), inclusive of both dates unless mentioned or notified otherwise.

 

Terms & Conditions

The following sets out the Terms & Conditions applicable to this Campaign (“T&Cs”):

 

Eligibility

1. This Campaign is only open to selected Credit Cardholders of HLB who have received an invitation to participate (“Customers”) through Short Message Service (“SMS”) and/or e-Direct Mailer (“eDM”).

 

Customers who do not receive the SMS or eDM are deemed not qualified to participate in this Campaign. HLB shall not entertain any dispute pertaining to non-receipt of the SMS or eDM by the Customers, and HLB shall not be responsible/held liable in the event of non-receipt of the SMS or eDM by the Customers.

 

2. HLB reserves the right to disqualify any Customer from this Campaign if the Customer:

i) has a HLB Credit Card account(s) which is NOT in good standing, inactive, or the Customer is in breach of any terms and conditions of HLB governing the Credit Card account(s) at any time during the Campaign Period; and/or

ii) has a HLB Credit Card account(s) that is invalid or which has been cancelled at any time during the Campaign Period until the end of fulfilment; and/or

iii) has in the past committed, or is currently suspected of committing fraudulent, unlawful or wrongful acts towards HLB; and/or

iv) is facing bankruptcy proceedings, or has been declared bankrupt either before or during the Campaign Period.

 

3. Both permanent and contractual employees of HLB are not eligible to participate in this Campaign.

 

Campaign Mechanics

4. Customers who:

i) have downloaded the Hong Leong Connect Mobile Banking App (“Connect App”) from the Apple App Store, Google Play, or HUAWEI AppGallery; and

ii) login to Connect App at least one (1) time during the Campaign Period stand to receive Ringgit Malaysia Twenty Five (RM25) Cashback (“SST Gift”).

Please note that Connect App is supported on devices running iOS 8 or later, and Android 4.1.2 or later.

 

5. Each Customer is only entitled to receive one (1) SST Gift throughout this Campaign. Total SST Gift allocation for this Campaign is limited to nine hundred (900) units only, equivalent to Ringgit Malaysia Twenty Two Thousand and Five Hundred (RM22,500) and will be awarded on a first-come, first-served basis to the first nine hundred (900) Customers who have completed the steps under Clause 4 above.

 

6. The SST Gift is non-transferable to any third (3rd) party and non-exchangeable for up-front credit, cheque or benefit-in-kind.

 

Fulfilment of SST Gift

7.  The SST Gift shall be credited to the Customer’s HLB Credit Card account before 31 May 2020.

 

8. If a Customer has more than one (1) HLB Credit Card, HLB shall determine the Credit Card account to deposit the SST Gift to by using the following criteria:

i) HLB shall firstly determine which Credit Card was most recently used by the Customer as of 15 April 2020 to perform any transaction (“Last Use”); and/or

ii) if any two (2) or more Credit Cards share an identical Last Use, HLB shall then determine which Credit Card has the highest number of transactions between 1 January 2020 to 15 April 2020.

 

9. Customers must maintain a valid and active HLB Credit Card till 15 May 2020, failing which any SST Gift that ought to be given to the Customer shall be forfeited.

 

10. It is the obligation of the Customers to contact HLB regarding non-receipt of the SST Gift before 15 June 2020, failing which the Customers are deemed to have received the SST Gift and any claim for reimbursement will not be entertained by HLB.

 

General

11. By participating in this Campaign, Customers agree:

i) that they have read, understood, and are bound by the T&Cs listed here;

ii) that HLB’s decisions on all matters regarding the Campaign shall be final, conclusive and binding on all Customers, and no further correspondence and/or appeal to dispute HLB’s decisions shall be entertained;

iii)  to allow HLB to disclose their mobile number to Infobip Asia Pacific Sdn. Bhd. (898379-U), the vendor appointed by HLB to provide SMS services for this Campaign;

iv) to be responsible for providing HLB with their valid and current contact details including mobile number and email address, and promptly notifying HLB in the event of changes; and

v) to be liable and shall personally bear all applicable taxes, government fees or any other charges that may be levied against them under applicable laws, if any, in relation to their participation in this Campaign.

 

12. HLB reserves the right:

i) with prior notice to the Customers, to add, delete, suspend or vary the T&Cs listed here, either fully or partially, by posting on the Campaign website at www.hlb.com.my/sst25  (“Campaign Website”); and

ii) to forfeit the SST Gift in the event of non-compliance by the Customers of the T&Cs listed here and/or the General Terms and Conditions in the HLB Cardholder Agreement, Terms and Conditions for Hong Leong Connect and all other laws/rules applicable.

 

13. The T&Cs listed here, the General Terms and Conditions in the HLB Cardholder Agreement, and Terms and Conditions for Hong Leong Connect shall be read as an entire agreement. In the event of any discrepancies, the specific T&Cs listed here shall prevail to the extent of such discrepancy.

 

14. In the event of any discrepancies between the T&Cs listed here and any advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with this Campaign, the final T&Cs on the Campaign Website shall prevail.

 

15. These T&Cs shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the Customers agree to submit to the jurisdiction of the Courts of Malaysia.

 

16. Words denoting one gender include all other genders and words denoting the singular include the plural and vice versa.