HLB Melancarkan Kempen ‘Senyum-Senyum Raya’

HongLeong Bank Logo
  • Islamic
  • Global Markets
  • Assurance
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • ENG
  • Personal / Sole Proprietor
  • Business
    • HLB ConnectFirst
    • HL Connect Biz
Islamic Global Markets Assurance
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • Sustainability
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • CSR
  • HLB Wallet
  • Debit Cards
  • Credit Cards
  • Loans
  • Bank Account
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Multi-Currency Account
  • HLB Connect
  • Safe Deposit Box
  • Digital Solutions
  • Fixed Deposit
  • Credit Card
  • Personal Loan
  • Current / Savings Account
  • Complete Saved Application
  • Upload Documents
  • Track My Application
  • e-Invoice
PROMOTIONS
TRACK MY APPLICATION
/content/dam/hlb/my/images/revamp-images/default-search-image.PNG
Islamic Global Markets Assurance
singapore hong kong vietnam cambodia
ENG
Suggested Searches:
Quick Link:
HLB Wallet Open Bank Account Credit Card Application Personal Loan Application
ABOUT US
Our Story News & Updates Investor Relations Sustainability Awards Management & BODs Career CSR
DISCOVER OUR PRODUCTS
HLB Wallet Debit Cards Credit Cards Loans Bank Account Insurance Investment Remittance Multi-Currency Account HLB Connect Safe Deposit Box Digital Solutions Fixed Deposit
APPLY ONLINE
Credit Card Personal Loan Current / Savings Account Complete Saved Application Upload Documents Track My Application e-Invoice
PROMOTIONS
TRACK MY APPLICATION

No Result

Filter by Banking Category:
All Islamic Global Markets
Filter by Type:
All Products Documents Tools Promotions News Help & Support Others

We have found 0 items that match what you searched for.

Popular Searches

Login to HLB Connect
Forgot HLB Connect Username / Password
Credit Cards
Personal Loan
Deposits
Promotions
Help & Support
Branch Locator
Contact Us
SHOW MORE

SHOW MORE
  • News & Updates >
  • HLB Melancarkan Kempen ‘Senyum-Senyum Raya’ dengan Lagu Raya oleh Duta HLB, Alif Satar
Compare Cards ()

HLB Melancarkan Kempen ‘Senyum-Senyum Raya’ dengan Lagu Raya oleh Duta HLB, Alif Satar

HLB Melancarkan Kempen ‘Senyum-Senyum Raya’ dengan Lagu Raya oleh Duta HLB, Alif Satar

 

HLB Melancarkan Kempen ‘Senyum-Senyum Raya’ dengan Lagu Raya oleh Duta HLB, Alif Satar

raya campaign


Barisan kepimpinan HLB & HLISB, bersama dengan duta HLB Alif Satar, di Majlis Pelancaran Kempen “Senyum-Senyum Raya” HLB

 

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2025 - Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (“HLB” atau pihak “Bank”) telah melancarkan kempen unik bertemakan 'Amalan' yang menekankan amalan baik, termasuk pengurusan kewangan bijak, sebagai sumber kesyukuran dan kegembiraan.

 

Sebagai sebahagian kempen ini, HLB telah memperkenalkan lagu dan video muzik Raya bertajuk 'Senyum-Senyum Raya', yang menampilkan duta HLB, Alif Satar. Lagu ciptaan Yusuff Khan, Adam Armin, Adly Kiddy dan Ja’a, serta dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos ini, sarat dengan mesej kesyukuran dan kegembiraan.

 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kevin Lam, menyatakan komitmen HLB dalam menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan yang membantu pelanggan menguruskan kewangan secara bijak. 

 

"Kami berhasrat memperluas penyelesaian kewangan yang diperibadikan kepada lebih ramai pelanggan, dan dalam aspek ini, Hong Leong Islamic Bank telah memainkan peranan penting dengan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan yang patuh Syariah. Melalui rangkaian produk perbankan Islam yang direka untuk memenuhi keperluan unik pelanggan, kami ingin meringankan beban pelanggan dalam perjalanan kewangan mereka, secara langsung membantu mereka menguruskan kewangan dengan bertanggungjawab.

 

Dalam usaha memupuk celik kewangan dan amalan mulia, program duta kami telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang HLB, dan kami akan terus memperkukuhkan usaha ini pada masa hadapan.”
 

Manakala Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB berkata, lagu dan video raya itu adalah sesuatu yang baharu daripada HLB buat seluruh rakyat Malaysia. 

 

“Kami telah melancarkan kempen yang agak berbeza untuk HLB tahun ini. Mesej kami berteraskan konsep ‘amalan’ yang menjadi sumber kepada segala ‘senyuman’ dan kesyukuran yang dinikmati, terutamanya pada musim Raya. Hari Raya adalah masa untuk meraikan kejayaan dan menikmati hasil, dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memupuk amalan kewangan yang mampan supaya dapat menikmati hasil amalan tersebut.”

 

Alif Satar, duta HLB sejak tiga tahun, berkongsi keterujaan beliau, “Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan HLB dalam projek ini. Sebagai seorang yang menghargai nilai kekeluargaan, saya rasa projek ini sangat bermakna kerana ia bukan sekadar lagu biasa, tetapi juga membawa mesej yang positif. Bila pertama kali mendengar demo lagu ini, saya terus rasa ‘vibe’ yang positif dan ceria, sesuai dengan suasana Raya.”

Dalam semangat amalan baik, HLB telah bekerjasama dengan foodpanda untuk menjalankan satu program pengagihan makanan kepada ‘rider’ foodpanda. Melalui program tersebut, pihak Bank telah menyumbang makanan kepada 1000 penghantar foodpanda, dan juga telah menaja jamuan berbuka puasa untuk lebih 300 penghantar di Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak.
 

Selain itu, pihak Bank juga kerap menjalankan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), di mana kakitangan HLB akan menyumbangkan pek makanan dan menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan pelbagai rumah kebajikan di seluruh negara. Baru-baru ini, HLB telah melepasi sumbangan kakitangan sebanyak RM100,000, dalam bentuk pek makanan dan keperluan harian, kepada rumah-rumah kebajikan tersebut.
 

Lagu ‘Senyum-Senyum Raya’ mula dilancarkan secara rasmi pada 14 Mac 2025 di semua platform muzik digital dan video muzik rasmi pula pada 17 Mac 2025 di saluran YouTube Hong Leong Bank. 

 

For enquiries connect with us online or drop by your nearest Hong Leong Bank Branch.


Connect with us

Branch locator

External Link Disclaimer

You are leaving Hong Leong Bank's website as such our Privacy Notice shall cease. We wish to remind you on our terms on the use of links, Disclaimer and Reservation of Intellectual Property Rights.

Continue