Anda mungkin menyukai
Objektif
Objektif utama piagam pelanggan bagi pembiyaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah untuk memberi maklumat kepada pelanggan PKS mengenai informasi dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan.
a) Untuk perniagaan dalam Sektor Pembuatan
Perniagaan berdaftar yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
b) Untuk perniagaan dalam Sektor Perkhidmatan dan Sektor-Sektor Lain.
Perniagaan berdaftar yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
* Mengikut definisi PKS oleh Bank Negara Malaysia.
Berikut adalah beberapa dokumen yang diperlukan untuk memproses permohonan pembiayaan:
Nota: Dokumen yang disenaraikan di sini adalah keperluan dokumen minimum dan dokumen tambahan mungkin diminta oleh pihak Bank untuk pemprosesan dan penilaian permohonan pembiayaan
Untuk perniagaan yang diperbadankan sebelum 31hb Januari 2017 |
|
---|---|
No |
Senarai Dokumen |
1 |
Borang A / B, Borang 8 / Borang 9 (mana yang berkenaan) |
2 |
Borang 24 dan / atau Borang untuk Seksyen 78 (mana yang berkenaan) |
3 |
Borang 49 dan / atau Borang untuk Seksyen 58 (mana yang berkenaan) |
4 |
Borang 13 dan / atau Notis Pendaftaran Nama Baru [yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Seksyen 28 (3) CA 2016] (mana yang berkenaan) |
5 |
Borang 44 dan / atau Borang untuk Seksyen 46(3) (mana yang berkenaan) |
6 |
Memorandum dan Artikel Penubuhan (M & A) |
7 |
Salinan Kad Pengenalan (NRIC) atau Pasport pengarah, penjamin dan penandatangan yang diberi kuasa |
8 |
Resolusi Pengarah – Pengarah (termasuk Pekeliling Resolusi / Ekstrak daripada Resolusi yang telah disahkan) |
9 |
Lesen Perdagangan (bagi syarikat yang diperbadankan di Sabah) |
10 |
Akaun perniagaan yang telah diaudit untuk tempoh 3 tahun yang lepas dan akaun pengurusan yang terkini. |
11 |
Penyata bank akaun (untuk tempoh 6 bulan lepas) |
12 |
Profil syarikat dan kakitangan pengurusan |
13 |
Senarai bank-bank, butir-butir kemudahan pembiayaan dan aturan cagaran yang telah dipersetujui (jika ada) |
14 |
Senarai pembekal / pembeli utama dan senarai pemiutang / penghutang (jika berkenaan) |
15 |
Unjuran aliran tunai (jika berkenaan) |
16 |
Maklumat cagaran yang ditawarkan termasuk dokumen – dokumen yang berkaitan seperti laporan penilaian hartanah, salinan hak milik tanah dan perjanjian jual beli (jika berkenaan) |
17 |
Borang J – Borang Cukai Pendapatan pengarah / penjamin untuk 3 tahun yang lepas |
18 |
Jika penjamin adalah Entiti Korporat, dokumen tambahan mungkin diperlukan. |
Untuk perniagaan yang diperbadankan pada / selepas 31hb Januari 2017 |
|
---|---|
No |
Senarai Dokumen |
1 |
Notis Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM") dan / atau Sijil Pemerbadanan (jika ada) |
2 |
Perlembagaan1 (wajib untuk syarikat yang terhad kepada jaminan2 dan pilihan untuk syarikat yang terhad kepada saham) |
3 |
Borang untuk Seksyen 14 – Permohonan Pendaftaran Syarikat (untuk syarikat yang baru diperbadankan) |
4 |
Borang untuk Seksyen 78 |
5 |
Borang terkini untuk for Seksyen 58 |
6 |
Notis Pendaftaran Nama Baru [yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Seksyen 28 (3) CA 2016] (berkaitan jika syarikat telah bertukar nama) |
7 |
Borang untuk Seksyen 46(3) |
8 |
Dokumen #7 hingga #18 seperti yang tersenarai untuk perniagaan yang diperbadankan sebelum 31hb Januari 2017. |
- Syarikat mempunyai pilihan untuk menggunakan perlembagaan jika ingin menyesuaikan peruntukan tertentu untuk perniagaan, setakat mana peruntukan perlembagaan konsisten dengan CA 2016 (dengan syarat apa-apa pengubahsuaian peruntukan Akta dibenarkan).
- Syarikat yang terhad kepada jaminan adalah syarikat yang diperbadankan tanpa modal saham dan di mana liabiliti ahli adalah terhad kepada amaun setiap ahli telah berjanji untuk menyumbang jika syarikat digulung. Sama ada syarikat terhad kepada jaminan atau saham yang dinyatakan dalam Notis Pendaftaran di bawah Jenis Syarikat.
- Overdraf - Penyata akaun semasa akan disediakan secara bulanan.
- Pinjaman Bertempoh - Penyata akan disediakan setiap separuh tahun.
- Kemudahan perdagangan - Penyata disediakan apabila diminta.
- Pembiayaan Kredit Berputar - Surat pemberitahuan akan disediakan apabila kemudahan pembiayaan digunakan
Keputusan permohonan oleh pihak Bank akan dimaklumkan kepada pemohon secara bertulis kira-kira 1 bulan dari tarikh penyerahan set dokumen yang lengkap.
Sebarang rayuan permohonan pembiayaan yang gagal boleh dikemukakan secara bertulis kepada:
Ketua, Perbankan Komersial & PKS
Hong Leong Bank Berhad
Tingkat 9, Menara Hong Leong, No. 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur.
* Keputusan rayuan akan dimaklumkan secara bertulis dalam jangka masa 2 minggu dari tarikh rayuan diterima.
English
Bahasa Malaysia