Banner
Life

Memilih insurans hayat yang betul

Memilih insurans hayat yang sesuai bergantung pada keperluan kewangan peribadi anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.

Infographic

Jenis insurans hayat

Jenis Insurans Hayat Huraian
Endowmen Gabungan perlindungan dan simpanan di mana wang akan dibayar pada akhir tempoh tertentu selepas kematian atau jika anda mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh. Paling sesuai untuk: Simpanan, pemindahan kekayaan, pemeliharaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Insurans berkaitan pelaburan Menggabungkan pelaburan dan perlindungan, di mana premium anda akan dibahagikan untuk perlindungan insurans hayat dan pelaburan dalam dana tertentu pilihan anda. Anda boleh memilih nisbah peruntukan premium. Paling sesuai untuk: Simpanan, pemindahan kekayaan, pemeliharaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Anuiti hidup Syarikat insurans akan membayar anda anuiti dalam jangka masa tertentu sehingga anda meninggal dunia. Jenis anuiti termasuk anuiti serta-merta atau anuiti tertangguh. Paling sesuai untuk: Simpanan persaraan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.
Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) Meliputi pembayaran balik pinjaman harta tanah tertunggak kepada institusi kewangan jika peminjam meninggal dunia, mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh atau penyakit kritikal. Paling sesuai untuk: Perancangan harta pusaka dan pemindahan aset.
Rider tambahan Rider adalah perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas. Rider yang biasa dilampirkan ialah perubatan, kemalangan peribadi dan penyakit kritikal. Paling sesuai untuk: Perlindungan perubatan, kemalangan peribadi dan penyakit kritikal.
Insurans bertempoh Pelan ini adalah untuk tempoh yang terhad sahaja, contohnya, 10 tahun. Ia biasanya lebih murah daripada polisi hayat yang lain. Paling sesuai untuk: Penggantian pendapatan ketika masih bekerja sekiranya anda mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Insurans hayat seumur hidup Direka untuk menyediakan perlindungan seumur hidup, oleh itu ia biasanya mempunyai premium lebih tinggi berbanding insurans bertempoh. Jumlah premium biasanya telah ditetapkan, mempunyai nilai tunai yang berfungsi sebagai komponen simpanan dan mungkin mengumpul cukai tertunda di masa depan. Paling sesuai untuk: Pemindahan kekayaan, pemeliharaan dan pengumpulan kekayaan dengan cukai tertunda.

Adakah anda merancang untuk membeli kereta? Anda pasti terkejut melihat harga sebenar untuk memiliki dan menyelenggarakan sebuah kereta hari ini!

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak cara untuk DuitSmart dan mendapatkan kesihatan kewangan yang lebih baik, sila layari www.hlb.com.my/duitsmart

Artikel ini dibawa kepada anda daripada Hong Leong Bank dengan kerjasama iMoney.my

Disclaimer: This content is for informational purposes and use only. It does not constitute and is not intended as financial or investment advice. You are encouraged to consult with competent accounting, financial or investment professionals based on your specific circumstances and needs before making any financial or investment decisions. We do not make any warranties as to accuracy or completeness of this information, do not endorse any third-party companies, products, or services described here, and take no liability for your use of this information. Figures and pictures, where used, are for illustration and explanation purposes only.