Soalan Lazim - Kad Debit

Kad Debit

Bagaimanakah cara membuat pembelian menggunakan Kad Debit?

  1. Cari peruncit yang memaparkan logo VISA/Mastercard/MyDebit atau dengan Sistem Titik Jualan).
  2.  Di kaunter pembayaran, benarkan juruwang membantu dan membayar menggunakan Kad Debit anda melalui transaksi tanpa sentuh atau kaedah transaksi cip & PIN ke dalam terminal POS. Untuk transaksi tanpa sentuh, anda dikehendaki mengetik Kad Debit anda pada terminal tanpa sentuh. Untuk transaksi  Cip & PIN, anda dikehendaki memasukkan Kad Debit anda ke dalam terminal dan memasukkan PIN anda.

 

Bagaimana Kad Debit anda diterima oleh penjual?

  1. Kad Debit Hong Leong anda menyokong dua (2) jenama Kad Debit – sama ada Visa/Master dan MyDebit yang membolehkan kad anda diterima di luar negara dan di Malaysia. Dengan menyokong kedua-dua jenama Kad Debit ini, terdapat lebih banyak kedai runcit yang akan menerima Kad Debit anda untuk pembayaran di Malaysia dan luar negara.

  2. Apabila anda menggunakan Kad Debit di Malaysia, peruncit boleh memilih untuk menerima dan memproses pembayaran sama ada menggunakan MyDebit, Visa atau MasterCard. Ini adalah pilihan peruncit dan membolehkan mereka memproses pembayaran melalui rangkaian Kad Debit pilihan mereka. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh meminta peruncit untuk menukar rangkaian Kad Debit pilihan mereka.

Patut Dibuat

  • Nombor Pengenalan Peribadi (“PIN”) perlu diubah di Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) sebelum anda boleh melaksanakan sebarang transaksi menggunakan Kad Debit anda.

  • Gunakan, anggapkan dan lindungi Kad Debit sama seperti wang tunai, jaga Kad Debit dengan selamat dan pastikan ia berada dalam simpanan anda sepanjang masa.

  • Semasa menggunakan Kad Debit anda di mana-mana premis peniaga, pastikan semua butiran telah dimasukkan dengan betul dan lengkap sebelum menandatangani slip caj/slip transaksi atau memasukkan PIN anda. PIN adalah sama seperti PIN ATM yang digunakan untuk transaksi ATM.

  • Semak dan pastikan Kad Debit yang anda terima selepas urus niaga dengan peniaga adalah milik anda.

  • Pastikan anda memberi kebenaran kepada semua penggunaan Kad Debit (secara bersemuka atau melalui Telefon/Internet).

  • Apabila membeli barangan melalui Internet, hanya berikan butiran Kad Debit anda kepada laman web dari syarikat yang anda percayai. Laman saudagar yang bereputasi menggunakan teknologi penyulitan untuk melindungi maklumat Kad Debit anda.

  • Elakkan daripada menggunakan komputer awam untuk membeli-belah secara dalam talian. Jika anda perlu lakukan, jangan lupa untuk log keluar dan menutup penyemak imbas apabila selesai. Seseorang hanya perlu menekan "butang kembali" untuk melihat maklumat peribadi anda.

  • Sentiasa cetak dan simpan halaman pengesahan apabila melengkapkan pembelian dalam talian.

  • Rekod atau simpan resit semua pembelian anda termasuk pembelian dalam talian.

  • Carik semua dokumen (slip caj, kenyataan dan lain-lain) yang mengandungi butiran Kad Debit sebelum membuangnya.

  • Segera semak penyata Kad Debit anda dan lapor segera jika terdapat sebarang transaksi yang tidak dikenali atau tidak dibenarkan oleh anda.

  • Simpan nombor telefon Bank setiap masa bersama anda supaya anda boleh segera melaporkan sebarang kehilangan atau kecurian Kad Debit. Sentiasa periksa Kad Debit anda secara berkala untuk memastikan kad tidak hilang dari dompet anda.

  • Beritahu Bank dengan segera tentang sebarang pertukaran butiran hubungan anda dengan melawat cawangan Bank atau menghubungi Pusat Panggilan Bank di 03-7626 8899, terutamanya nombor telefon bimbit dan alamat e-mel anda supaya Bank boleh membuat pengesahan bagi transaksi yang luar biasa atau mencurigakan. Ini juga akan membolehkan Bank untuk menghubungi anda untuk apa-apa notis penting atau kempen pemasaran (bagi Pemegang Kad yang memilih untuk menerima bahan pemasaran/promosi) pada masa akan datang.

  • Apabila anda menerima panggilan daripada Telemarketer yang bertanya soalan, dan jika mereka tidak dapat menjawab banyak soalan anda, besar kemungkinan mereka memanggil dari perniagaan yang tidak sah. Sekiranya anda berasa curiga dengan panggilan telefon ini, sila hubungi nombor yang tertera di belakang Kad Debit anda untuk mengesahkan sama ada panggilan tersebut adalah panggilan sebenar daripada Bank.

  • Jika anda melancong ke luar negara, anda dikehendaki memaklumkan Bank untuk memilih transaksi luar negara dan/atau pengeluaran ATM. Jika tidak, transaksi Luar Negara dan/atau pengeluaran ATM anda akan ditolak. Keperluan ini adalah untuk kedua-dua Kad Debit dan ATM Hong Leong.

  • Anda juga dikehendaki memaklumkan Bank untuk memilih masuk sekiranya anda mahu melaksanakan sebarang transaksi dalam talian (laman web bukan 3D yang Disahkan) dan/atau Pesanan Mel/Pesanan Telefon ( "MOTO")/ transaksi Auto Debit. Jika tidak, transaksi dalam talian dan/atau transaksi MOTO/Auto Debit anda akan ditolak.

     

Harap maklum bahawa apabila anda memilih masuk untuk transaksi Kad Tidak Hadir (iaitu Dalam Talian, Auto Debit) dan/atau transaksi luar negara, terdapat risiko data akaun anda terjejas atau maklumat tersebut digunakan untuk pembelian yang tidak sah dan/atau pengeluaran wang tunai. Perlu diingatkan bahawa dalam kes transaksi luar negara, ciri-ciri pengesahan kad untuk transaksi Titik Jualan mungkin berbeza dari negara ke negara dan sesetengah negara/peniaga mungkin tidak boleh menerima pakai pendekatan yang lebih ketat. Transaksi penipuan boleh berlaku jika data akaun anda terjejas.

 

Anda boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk keluar daripada transaksi Kad Tidak Hadir dan/atau Luar Negara menerusi Hong Leong Connect / cawangan / ATM / Pusat Panggilan Hong Leong
 

Tidak Patut Dibuat

  • Jangan tinggalkan Kad Debit anda di tempat yang tidak selamat, termasuk tetapi tidak terhad kepada petak sarung tangan kereta anda, terbiar di rumah atau di pejabat di mana seseorang boleh mengaksesnya. Jika anda tidak mahu guna Kad Debit, simpan kad di tempat yang selamat.

  • Jangan dedahkan butiran peribadi atau butiran Kad Debit anda kepada mana-mana pihak ketiga/tidak diketahui.

  • Jangan dedahkan nama pengguna, kata laluan dan/atau PIN anda kepada sesiapa. Anda tidak perlu membalas e-mel, surat, laman web atau nombor telefon sedemikian. Tiada siapa yang perlu mengetahui PIN anda, termasuklah Bank. Jangan bertindak terhadap e-mel yang meminta anda untuk pergi ke laman web untuk mengesahkan maklumat peribadi dan/atau Kad Debit anda.

  • Jangan hantar maklumat Kad Debit, seperti PIN atau nombor akaun pembelian runcit dan sebagainya melalui e-mel kerana ia boleh dipintas.

  • Berhati-hati dengan penyamar/penipu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil Bank dan meminta untuk "mengesahkan" butiran Kad Debit anda kononnya untuk memastikan anda dilindungi. Bank tidak memerlukan maklumat akaun kerana Bank sudah mempunyai butiran anda.

  • Apabila memilih PIN, selakkan daripada memilih nombor yang jelas, seperti nombor telefon, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan lain-lain. Jangan simpan salinan PIN anda dalam dompet/beg tangan anda.

  • Jangan berikan maklumat Kad Debit anda melalui laman web di mana pautan disediakan oleh e-mel yang mencurigakan.

  • Jangan berikan maklumat Kad Debit anda melalui dalam talian melainkan anda membuat pembelian.

  • Jangan menandatangani slip bayaran/resit transaksi yang kosong. Apabila anda menandatangani slip bayaran/resit transaksi, buat satu garisan melalui ruang kosong di atas jumlah perbelanjaan.

  • Jangan berikan atau pinjamkan Kad Debit anda kepada sesiapa. Kad Debit tidak boleh dipindah milik dan anda bertanggungjawab memastikan ia selamat.

Panduan Keselamatan Pemegang Kad Debit PIN & Bayar  

 

1. Anda, dan mana-mana pemegang kad tambahan, dikehendaki mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk mencegah Kad Debit dan nombor kad, PIN, kata laluan atau sebarang butiran keselamatan lain untuk kad atau akaun (“butiran keselamatan kad”) daripada disalahgunakan atau digunakan untuk melakukan penipuan. Langkah-langkah pencegahan ini merangkumi:

  • tandatangan pada Kad Debit apabila ia diterima dan patuhi sebarang arahan keselamatan; 
  • lindungi Kad Debit, PIN, dan sebarang butiran keselamatan Kad Debit; 
  • jangan benarkan sesiapa mengambil atau menggunakan Kad Debit; 
  • musnahkan sebarang makluman PIN dan sebarang butiran keselamatan Kad Debit; 
  • jangan tulis nombor PIN atau butiran keselamatan Kad Debit atau mendedahkannya kepada sesiapa termasuk pihak polis dan/atau kakitangan Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank; 
  • jangan benarkan sesiapa melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau ia dipaparkan; 
  • semak dengan kerap bahawa Kad Debit masih dit; 
  • simpan resit Kad Debit dengan selamat dan lupuskan dengan cermat; 
  • hubungi kami jika ada sebarang perkara yang mencurigakan atau masalah mengenai penggunaan Kad Debit di terminal; dan 
  • semak penyata anda dengan kerap dan laporkan mengenai sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan segera.

2. Anda dikehendaki memaklumkan kepada kami dengan segera jika: 

  • Kad Debit anda hilang atau dicuri;
  • PIN anda telah terdedah/dikompromi; 
  • Kad Debit anda ditahan oleh ATM; atau 
  • Alamat atau maklumat perhubungan anda telah bertukar.

 

3. Ada dikehendaki memilih atau menukar PIN anda kepada nombor yang dipilih oleh anda, sebelum PIN boleh digunakan untuk sebarang urusniaga. Pilihan PIN anda mestilah angka yang boleh mengurangkan kemungkinan ia dapat diteka oleh orang lain. Anda perlu mengelakkan PIN yang tidak sesuai seperti:

  • tarikh lahir, bulan atau tahun dalam sebarang bentuk atau kombinasi;
  • nombor berturutan (seperti 345678) dan gabungan nombor yang mudah dikenali (seperti 111111);
  • sebarang kumpulan nombor yang dicetak di atas Kad Debit anda; atau 
  • lain-lain nombor peribadi yang mudah diperolehi seperti sebahagian daripada nombor telefon peribadi, nombor kad pengenalan atau lain-lain data peribadi.

 

 

Soalan Lazim

 

 

  • Apakah maksud pra-kebenaran?
    Pra-Kebenaran adalah pegangan sementara sejumlah amaun tertentu daripada baki tersedia pada kad bayaran. Ia digunakan sebagai pengesahan bahawa kad adalah aktif dan mempunyai dana yang mencukupi untuk transaksi. 

 

  • Apakah yang berlaku apabila saya menggunakan Kad Debit dengan Peniaga Sah yang meminta pra-kebenaran?
    Apabila anda menggunakan Kad Debit anda dengan Peniaga Sah, peniaga tersebut akan membenarkan jumlah pra-kebenaran pada saat transaksi. Ini dilakukan dengan menghantar amaun pra-kebenaran pada kad bayaran kepada Pengeluar Kad Debit anda. 

 

  • Berapakah amaun pra-kebenaran atas Kad Debit saya?
    Amaun pra-kebenaran untuk pembelian petrol di pam layan diri ditetapkan kepada RM200 dan untuk Transaksi Belian Runcit yang lain, amaun pra-kebenaran adalah amaun transaksi yang ditetapkan oleh Peniaga Sah dan dipersetujui oleh anda.

 

  • Bagaimana jika amaun sebenar yang diurusniagakan adalah kurang daripada amaun pra-kebenaran?
    Amaun pra-kebenaran bukan caj dan tidak ada dana yang didebitkan dari akaun Kad Debit, tetapi baki yang ada pada Kad Debit dikurangkan buat sementara waktu dengan amaun pra-kebenaran. Setelah anda berurusniaga, amaun sebenar akan dihantar ke bank pengeluar anda. Pada tahap ini, amaun sebenar akan didebitkan dari akaun Kad Debit, dan amaun pra-kebenaran akan dijelaskan. Walau bagaimanapun, ini mungkin akan mengambil masa sehingga dua puluh satu (21) hari kalendar selepas transaksi dan pra-kebenaran dijana.

 

  • Bagaimanakah jika dana tersedia saya kurang dari jumlah pra-kebenaran atau jika saya mahu mengelakkan pegangan dana atas kad saya? 
    Anda tidak boleh meneruskan transaksi anda jika amaun pra-kebenaran anda lebih daripada dana anda yang tersedia. Untuk pembelian petrol, jika anda mahu mengelakkan pra-kebenaran di pam layan diri, anda dinasihatkan agar membuat pembayaran di kaunter juruwang kios petrol di mana amaun belian sebenar akan ditolak daripada akaun anda.

 

  • Bolehkah saya membuat pembayaran tanpa disedari apabila saya melintasi terminal pembaca tanpa sentuhan?
    Kad Debit tanpa sentuhan mestilah berada dalam jarak amat dekat bagi membolehkan pembaca tanpa sentuhan di juruwang untuk berfungsi. Kad Debit tanpa sentuhan anda hanya boleh digunakan apabila Kad Debit berada dalam jarak 4sm daripada pembaca tanpa sentuhan. Bukan itu sahaja, terminal pembaca perlu difungsikan oleh juruwang dan ia hanya akan berlaku apabila juruwang memulakan urusan transaksi di terminal untuk menerima Page 6 of 6  6  bayaran. Jika terminal pembaca tanpa sentuhan tidak memproses sebarang transaksi, ia tidak akan membaca sebarang kad tanpa sentuhan yang berada berhampiran dengannya secara tidak sengaja

 

  • Apakah yang berlaku jika saya menyentuh Kad Debit saya dua kali pada terminal pembaca tanpa sentuhan? 
    Terminal pembaca tanpa sentuhan hanya boleh memproses satu transaksi pada satu masa. Walaupun Kad Debit tanpa sentuhan telah tersentuh dua kali, anda hanya akan dibil sekali sahaja untuk transaksi tersebut.

 

  • Apakah yang berlaku jika saya memiliki lebih daripada satu Kad Debit tanpa sentuhan di dalam dompet dan saya menyentuh dompet saya pada terminal pembaca tanpa sentuhan?
    Jika anda memegang Kad Debit anda di hadapan terminal pembaca tanpa sentuhan dan anda mempunyai satu atau lebih kad lain dengan ciri tanpa sentuhan, pembaca kad mungkin akan mengesan lebih daripada satu kad dan tidak akan melengkapkan pembayaran. Anda perlu melakukan transaksi tersebut sekali lagi. Anda seharusnya memastikan anda hanya memegang satu kad pada terminal pembaca dan sentiasa membawanya ke luar daripada dompet apabila mahu digunakan.

 

  • Apakah yang berlaku jika penipu membaca Kad Debit saya dengan meletakkan terminal pembaca tanpa sentuhan berhampiran dompet saya?
    Dalam situasi yang tidak mungkin berlaku di mana butiran peribadi Kad Debit tanpa sentuhan dapat dibaca oleh penipu menggunakan terminal pembaca tanpa sentuhan yang berhampiran dengan poket atau dompet anda, ciri keselamatan telah tersedia untuk mencegah penggunaan tanpa kebenaran butiran keselamatan kad yang telah dicuri. Setiap transaksi tanpa sentuhan merangkumi kod unik yang berubah dengan setiap pembelian, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja dan hanya boleh dijana oleh cip di dalam Kad Debit tanpa sentuhan yang asal, dan ia mencegah Kad Debit palsu daripada dihasilkan menggunakan butiran keselamatan kad yang dicuri. Sekiranya berlaku penipuan, anda tidak akan bertanggungjawab untuk caj penipuan atau pembelian tanpa kebenaran yang dibuat menggunakan ciri tanpa sentuhan pada kad cip anda. Anda mesti memaklumkan kepada kami dengan serta-merta atau secepat mungkin tentang sebarang penggunaan Kad Debit yang tidak dibenarkan atau sebarang aktiviti yang mencurigakan.

 

  • Bolehkah penipu mencuri Kad Debit saya dan menggunakannya untuk mengosongkan akaun bank saya?
    Langkah keselamatan telah tersedia untuk menghalang penggunaan Kad Debit tanpa sentuhan yang hilang atau dicuri oleh mana-mana penipu. Terdapat had transaksi tanpa sentuhan yang rendah sebanyak RM250, jika melebihinya, transaksi tidak boleh dibenarkan tanpa pengesahan pemegang kad–pengesahan PIN atau tandatangan. Transaksi akan dianalisa oleh pengeluar kad dan rangkaian pembayaran global dalam masa- sebenar untuk mengenal pasti corak penipuan dan mengesan transaksi yang mencurigakan.
NOTIS PENTING
 

Untuk transaksi lancar dengan kad debit anda, sila pastikan: 


1. Membolehkan perkhidmatan yang berkaitan pada HLB Connect: 

a. Pembelian Runcit Luar Negara

b. Pengeluaran ATM luar negara

c. Pembelian Dalam Talian tanpa OTP

d. Auto Debit/Peasanan Telefon


2. Tetapkan had transaksi kad debit anda


3. Sentiasa pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun anda sebelum membuat pembayaran.


Membolehkan Transaksi Luar Negara, Pembelian Dalam Talian,

Transaksi Auto Debit dan Had Transaksi

 

HLB Connect App Step 1


Log masuk ke HLB Connect App

HLB Connect App Step 2


Klik pada akaun semasa/simpanan

HLB Connect App Step 3


Klik pada Perkhidmatan, pilih Tetapan Kad Debit 

HLB Connect App Step 4


Klik untuk membolehkan/tutup perkhidmatan

yang berkaitan

HLB Connect App Step 5


Mengesahkan permintaan anda, dan anda

sudah selesai!

HLB Connect Online Step 1


Log masuk ke HLB Connect Online

HLB Connect App Online 2


Di bawah Perkhidmatan Lain > Debit /Kad ATM,

pilih tetapan kad

HLB Connect Online Step 3


Klik untuk membolehkan/tutup perkhidmatan

yang berkaitan

HLB Connect Online Step 4


Pergi ke HLB Connect App, mengesahkan permintaan anda,

dan anda sudah selesai!

 

 

Bagaimanakah saya boleh menukar Had Transaksi kad debit 


 

HLB Connect App Step 1


Log masuk ke HLB Connect App

HLB Connect App Step 2


Klik pada akaun semasa/simpanan

HLB Connect App Step 3


Klik pada ‘Kad’ tab, kemudian klik pada Tetapan dan had ikon

HLB Connect App Step 4


Di bawah Had Harian, isikan amaun baru dalam kota

yang berkaitan dan klik Seterusnya

HLB Connect App Step 5


Mengesahkan permintaan anda, dan anda sudah selesai!

HLB Connect 1


Log masuk ke HLB Connect Online

HLB Connect 2


Di bawah Perkihdnatan Lain > Debit /Kad ATM,

pilih had transaksi kad

HLB Connect 3


Isikan amaun di bawah kolumn Limit Baru

HLB Connect 4


Pergi ke HLB Connect App, mengesahkan permintaan anda,

dan anda sudah selesai!

 

S Apakah definisi transaksi Luar Negara??

J: Transaksi Luar Negara ialah transaksi yang dilakukan di luar negara (iaitu di luar Malaysia). Urus niaga luar negara termasuk transaksi Tempat Jualan (“POS”) dan pengeluaran tunai yang dibuat di ATM di luar Malaysia.

 

S: Apakah definisi Pembelian dalam talian tanpa OTP?

J: Pembelian Dalam Talian membolehkan pengguna membeli barangan atau perkhidmatan terus daripada pedagang melalui Internet (mis. tapak web/apl) yang tidak memerlukan kata laluan satu kali (OTP) 6 digit.

 

S: Bolehkah saya memilih hanya untuk Pembelian Dalam Talian tanpa OTP dan bukan transaksi Luar Negara?
J: Ya, Pemegang Kad Debit boleh memilih untuk memilih mana-mana daripada empat (4) jenis transaksi seperti di bawah:

a. Pembelian Runcit Luar Negara

b. Pengeluaran ATM Luar Negara

c. Pembelian Dalam Talian tanpa OTP

d. Auto Debit/Pesanan Telefon

 

S: Jika saya memegang kad ATM Hong Leong, adakah saya perlu memilih juga?
J: Anda dikehendaki memilih sekiranya anda ingin melakukan pengeluaran ATM Luar Negara sahaja.

 

S: Jika saya memilih untuk melakukan transaksi Luar Negara, adakah ia akan berkuatkuasa serta-merta?
J: Ya, ia akan berkuat kuasa serta-merta.

 

S: Mengapakah saya perlu memberikan persetujuan saya untuk melakukan Pembelian Dalam Talian di Luar Negara tanpa OTP,  Auto Debit/Transaksi Pesanan Telefon?
J: Ini adalah selaras dengan peraturan yang telah dikenakan oleh Bank Negara Malaysia yang mewajibkan semua institusi kewangan dan pengeluar untuk lalai dan/atau menyekat mana-mana Pemegang Kad Debit daripada membuat sebarang Pembelian Dalam Talian,  Transaksi Auto Debit/Pesanan Telefon yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau sebarang transaksi Luar Negara menggunakan Pemegang Kad Debit-melainkan jika Pemegang Kad Debit menyatakan secara nyata. Keperluan untuk memilih bertujuan untuk memastikan bahawa langkah pengurusan risiko dan kawalan yang mencukupi disediakan di kalangan institusi kewangan dan pengeluar, dan untuk mendidik Pemegang Kad Debit tentang amalan selamat untuk mengurangkan risiko transaksi yang tidak dibenarkan.

 

 


Ciri & Manfaat


Fungsi Tambah Nilai Automatik

Tambah nilai auto RM50 apabila baki kurang daripada RM50.
 

Pratambah sebanyak RM50

Pratambah sebanyak RM50. Didebitkan daripada Akaun Pembelian Runcit Kad Debit selepas Kad Zing Debit dikeluarkan.
 

Dipautkan kepada Kad Debit Hong Leong

Tawaran hanya untuk Pemegang Kad Debit Hong Leong sahaja. Sejumlah RM100 akan diperuntukkan dalam Akaun Pembelian Runcit Kad Debit.
 

E-Penyata Percuma

E-Penyata Percuma melalui www.touchngo.com.my

Penggunaan Lain

Boleh digunakan untuk pengangkutan awam, tempat letak kereta, outlet saudagar Touch ’n Go, penjagaan kesihatan dan banyak lagi.
 


Terma & Syarat


Soalan Lazim


S: Apakah Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?

J: Kad Zing Debit Touch ’n Go Hong Leong adalah Kad Touch ‘n Go dengan ciri tambah nilai automatik yang dipautkan kepada Akaun Semasa atau Simpanan Hong Leong melalui Kad Debit Hong Leong iaitu Akaun Pembelian Runcit Kad Debit. Setiap kali baki Kad Zing Debit anda jatuh di bawah RM50, ia secara automatik akan ditambah nilai sebanyak RM50 dan jumlah ini akan didebitkan dari Akaun Pembelian Runcit Kad Debit anda.
 

Fi & Caj

S: Apakah fi dan caj yang akan dikenakan kepada Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?

J: 

Penerangan Fi & Caj

Fi & Caj*

Fi Tambah Nilai Automatik 

RM0.50 setiap tambah nilai

Fi Penyenggaraan

(Setiap 6 bulan sekali)

RM5.00

*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan

  • Fi Penyenggaraan merujuk kepada penyenggaraan nilai yang tidak digunakan pada selang enam (6) bulanan dari tarikh Cip TNG dalam Kad Zing dianggap tidak aktif. 
  • Tidak aktif bermaksud Kad Zing tanpa transaksi kad (tambah nilai atau penggunaan) bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan berturut-turut.
     

S: Berapa lamakah proses bayaran balik jika saya ingin menamatkan kad dan masih terdapat baki dalam Kad Zing Debit?

J: Ia memerlukan empat belas (14) hari bekerja dan jumlah baki akan dikreditkan kembali ke Akaun Pembelian Runcit Kad Debit anda.
 

S: Bilakah jumlah peruntukan RM100 akan dilepaskan selepas pelanggan meminta untuk membatalkan Kad Zing/Kad Debit?

J: RM100 akan dilepaskan dalam masa empat belas (14) hari selepas tarikh permintaan pelanggan dikemukakan.
 

S: Berapa kerap saya boleh menambah nilai Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong saya dalam satu hari?

J: Hanya satu (1) tambah nilai automatik dibenarkan dalam sehari.
 

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.