Soalan Lazim - OTP untuk Dalam Talian

OTP untuk Dalam Talian

Q: Apakah Kata Laluan Satu Kali atau OTP untuk Membeli belah Dalam Talian?

A: "Kata Laluan Satu Kali (OTP) untuk Membeli belah Dalam Talian" adalah penyelesaian pengesahan pembayaran dalam talian atas platform keselamatan Verified oleh Visa, MasterCard SecureCode® dan American Express SafeKey® yang melindungi kad anda daripada penggunaan tanpa izin. Ini adalah lanjutan kepada penyelesaian pengesahan standard sebelumnya menggunakan kata laluan statik dan dapat menyesuaikan diri sepenuhnya kepada seni bina 3D-Secure dan protokol yang ditetapkan oleh Visa/MasterCard/American Express. Sistem pengesahan dinamik ini selaras dengan garis panduan yang dicadangkan Bank Negara Malaysia bagi pengeluar Kad Kredit/Debit.

 

Q: Apakah 3D-Secure?

A: 3D-Secure adalah protokol berasaskan XML yang dibangunkan untuk mengesahkan keaslian pembayaran dalam talian melalui keperluan kata laluan dan maklumat peribadi, yang hanya diketahui oleh Pemegang Kad Kredit/Debit yang sah dan dibenarkan. Ia berfungsi sebagai lapisan keselamatan tambahan terhadap aktiviti penipuan, kerana orang yang tidak dibenarkan tidak akan dapat berurus niaga dalam talian dengan hanya memasukkan butiran kad anda.

 

Q: Tidakkah Visa/MasterCard/American Express telah melindungi akaun Kad saya daripada kecurian dan penipuan?

A: Ya, anda sudah dilindungi daripada kecurian dan penipuan oleh Visa, MasterCard dan American Express walaupun anda menggunakan Kad anda pada peruncit dalam talian yang tidak mempunyai Verified oleh Visa/MasterCard SecureCode/American Express SafeKey, tetapi jika anda membeli-belah melalui Verified oleh Visa/MasterCard SecureCode/American Express SafeKey, proses pengesahan pembayaran memberikan anda lapisan keselamatan tambahan dengan mengurangkan lagi peluang penipuan berlaku dalam akaun Kad anda.

 

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan OTP?

A: Semua urus niaga dalam talian yang dibuat dengan Kad Kredit/Debit Hong Leong anda dengan peruncit Verified oleh Visa/MasterCard SecureCode/American Express SafeKey akan memerlukan "Kata Laluan Satu Kali " (OTP) untuk diproses. OTP adalah kata laluan 6-digit yang dihantar ke telefon bimbit anda melalui USSD apabila anda cuba untuk membuat pembelian dalam talian. Anda akan menerima OTP anda dalam masa 10 saat selepas mengemukakan butiran kad anda di laman web peniaga. OTP ini hanya sah untuk satu (1) transaksi dan untuk digunakan dalam tempoh lima (5) minit selepas dikeluarkan.

Jika OTP anda menjadi tidak sah kerana tidak aktif, anda boleh meminta OTP untuk dihantar sekali lagi ke telefon bimbit anda. Anda boleh meminta OTP baru sebanyak tiga (3) kali bagi setiap transaksi dalam talian. Anda diberi empat (4) peluang untuk memasukkan OTP anda dengan betul bagi meneruskan pembayaran anda.

 

Q: Apakah USSD?

A: USSD bermaksud Data Perkhidmatan Tambahan Tidak Berstruktur. Tidak seperti SMS (Perkhidmatan Mesej Ringkas), USSD tidak boleh disimpan dan dimajukan kepada orang lain. Ia adalah mesej kilat yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan rangkaian yang akan dipaparkan pada telefon mudah alih anda. Mesej itu akan hilang apabila anda klik mana-mana butang pada telefon mudah alih anda, bagi memastikan kerahsiaan maklumat tersebut.

 

Q: Apakah kelebihan OTP?

A: OTP untuk Membeli belah dalam talian adalah cara yang ideal untuk mengesahkan jika seseorang yang memulakan pembelian dalam talian itu merupakan pemilik yang sebenar dan yang berkuasa ke atas Kad Kredit/Debit yang digunakan kerana mesej yang mengandungi OTP dihantar terus kepada Pemegang Kad tanpa fungsi menyimpan untuk kegunaan kemudian atau dimajukan kepada pihak ketiga. Sebagai perbandingan, kata laluan statik yang boleh digunakan semula bagi setiap transaksi mendedahkan anda kepada risiko yang lebih tinggi daripada aktiviti penipuan jika dimaklumkan kepada pihak ketiga.

Selain itu, OTP juga tidak memerlukan anda untuk mengingati kata laluan statik atau menyemak butiran anda seperti tarikh penyata Ahli Kad untuk mengesahkan identiti anda semasa pembelian dalam talian.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan OTP jika saya tidak mempunyai pengalaman membeli-belah dalam talian terlebih dahulu dengan Kad Hong Leong?

 

Q: Bagaimana jika saya bukan seorang pengguna Hong Leong Connect?

A: Anda hanya perlu pastikan nombor telefon mudah alih semasa anda didaftarkan dengan Hong Leong Bank kerana kami akan menghantar OTP berdasarkan rekod nombor telefon bimbit anda yang ada pada kami. Anda tidak perlu mendaftar untuk Hong Leong Connect (perkhidmatan Perbankan Internet) untuk menikmati ciri-ciri keselamatan ini.

 

Q: Adalah ciri keselamatan ini boleh didapati untuk semua Kad Hong Leong?

A: Ya. Dengan mendaftar nombor telefon bimbit semasa anda yang sah, anda akan menerima OTP apabila membuat pembayaran dalam talian dengan menggunakan mana-mana kad Visa Hong Leong dan kad Kredit/Debit MasterCard dan Kad Kredit American Express.

 

Q: Saya seorang pembeli dalam talian yang kerap menggunakan Kad Credit/Debit Hong Leong. Apakah kesan OTP pada proses pembayaran dalam talian saya sebelumnya?

A: Sebelum ini, kami memerlukan anda untuk memasukkan butiran kad anda, seperti tarikh penyata kad atau had kredit, semasa pembelian dalam talian anda untuk mengesahkan identiti anda. Dengan ciri OTP ini, anda tidak lagi perlu berbuat demikian. Selagi anda telah mendaftar nombor telefon bimbit semasa anda dengan Hong Leong Bank, anda akan menerima OTP semasa membuat pembelian dalam talian anda.

Sebelum ini, kami memerlukan anda untuk memasukkan butiran kad anda, seperti tarikh penyata kad atau had kredit, semasa pembelian dalam talian anda untuk mengesahkan identiti anda. Dengan ciri OTP ini, anda tidak lagi perlu berbuat demikian. Selagi anda telah mendaftar nombor telefon bimbit semasa anda dengan Hong Leong Bank, anda akan menerima OTP semasa membuat pembelian dalam talian anda.

 

Q: Bagaimana saya boleh mendaftar/mengemaskini butiran peribadi saya?

A: Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di +603 7626 8899 atau kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank atau Pusat Kad untuk mengemaskini maklumat perhubungan anda.

Selepas mengemas kini butiran peribadi saya, berapa lamakah saya perlu menunggu untuk melaksanakan transaksi dalam talian?

Anda boleh melaksanakan transaksi dalam talian 30 minit selepas anda mengemas kini butiran hubungan anda dengan Pusat Panggilan kami. Walau bagaimanapun, jika anda telah mengisi borang untuk mengemaskini maklumat perhubungan anda melalui cawangan-cawangan kami, sila berikan masa 3 hari bekerja untuk diproses.

 

Q: Bagaimana saya boleh menyemak sama ada nombor telefon bimbit saya telah didaftar atau dikemas kinikan dengan betul?

A: Apabila anda tiba di halaman pengesahan semasa proses pembayaran, nombor pertama dan empat nombor terakhir telefon bimbit anda akan dipaparkan. Jika ia tidak sepadan dengan nombor telefon bimbit anda, sila hubungi Pusat Panggilan kami untuk mengemas kini.

 

Q: Bagaimana saya memohon OTP di laman web penjual?

A: Anda tidak perlu meminta OTP pada mulanya. Apabila anda tiba di halaman untuk permintaan pembayaran, OTP akan dihantar secara automatik kepada telefon bimbit anda.

 

Q: Bagaimana jika saya tidak menerima OTP? Bolehkah saya meminta untuk yang baru untuk dihantar?

A: Boleh. Jika OTP pertama anda menjadi tidak sah atau jika anda belum menerimanya, anda perlu klik pada butang "Hantar semula OTP" pada halaman pengesahan. Kami boleh menghantar semula OTP yang baru kepada anda untuk maksimum tiga (3) kali bagi setiap transaksi.

 

Q: Bagaimana jika saya memasukkan OTP yang salah untuk urus niaga tersebut?

A: Jika pengesahan tidak sah mencapai tahap maksimum (OTP tidak sah dikemukakan tiga (3) kali), akaun anda akan dikunci atas sebab-sebab keselamatan. Untuk mengaktifkan akaun anda, sila hubungi Pusat Panggilan kami di +603 7626 8899.

 

Q: Berapa banyak urus niaga yang boleh saya laksanakan dalam sehari menggunakan OTP?

A: Tiada had untuk bilangan urus niaga yang boleh anda lakukan, iaitu anda boleh membeli dalam talian sebanyak mana yang anda mahu asalkan Kad Kredit/Debit anda berada dalam kedudukan yang baik.

Saya cuba untuk membuat pembayaran di laman web penjual tetapi tidak ada tingkap pop-up untuk saya memasukkan OTP.

 

Q: Apa yang saya boleh lakukan?

A: Mana-mana perisian komputer yang menghalang tingkap pop-up boleh mengganggu penggunaan OTP untuk Membeli belah Dalam Talian. Untuk mengelakkan gangguan pada proses pembayaran anda, sila ingat untuk mematikan penghalang pop-up.

 

Q: Saya cuba untuk membuat pembayaran di laman web penjual tetapi tingkap pop up yang muncul dengan mesej ralat dan komputer saya tergantung. Apa yang saya boleh lakukan?

A: Anda tidak akan dapat memasukkan OTP untuk melengkapkan proses pengesahan jika komputer anda tergantung. Dalam kes ini, urus niaga tersebut tidak disahkan dan bayaran anda tidak akan terlaksana. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menyemak status transaksi anda untuk ketenangan fikiran, sila hubungi Pusat Panggilan kami di +603 7626 8899.

 

Q: Apa yang berlaku jika komputer saya runtuh (crash) atau saya telah terputus sambungan dari Internet selepas saya telah memasukkan OTP dan mengemukakan permohonan bayaran? Bagaimana untuk saya mengetahui sama ada bayaran telah berjaya dilaksanakan? Adakah saya akan dapat membatalkan urus niaga yang belum selesai itu?

A: Yang terbaiknya, hubungi Pusat Panggilan kami di +603 7626 8899 untuk mengesahkan jika pembayaran telah berjaya atau tidak.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.