Pembiayaan Saham
S: Adakah saya perlu berdagang dengan firma broker saham yang tertentu?
J: Ya. Hong Leong Bank Berhad mempunyai senarai panel firma broker saham untuk dipilih. Anda boleh terus menggunakan khidmat remisier anda selagi nama firma broker saham remisier anda ada dalam senarai panel kami.
S: Bagaimanakah saya layak untuk memohon Pembiayaan Saham?
J: Hong Leong Bank Berhad akan menilai setiap permohonan pinjaman berdasarkan merit dan demerit. Biasanya kelulusan adalah berasaskan sumber peribadi pemohon, keupayaan membayar balik, corak pembayaran yang dulu, perundangan, cagaran untuk dicagarkan dan keperluan Hong Leong Bank Berhad.
S: Apakah cagaran yang diterima oleh Hong Leong Bank Berhad?
J: Hong Leong Bank Berhad menerima cagaran berikut:-
- Wang Tunai / Deposit Tetap yang dicagarkan kepada Hong Leong Bank Berhad
- Saham yang harga disenaraikan di Bursa Malaysia
- Dana Unit Amanah terpilih diagihkan oleh Hong Leong Bank Berhad
S: Apakah dokumen yang saya perlu serah kepada Hong Leong Bank Berhad?
J: Pemohon perlu menyerahkan dokumen berikut:
Individu
- Borang Permohonan Pembiayaan Aset
- Borang Maklumat Pelanggan (Borang CIF)
- Salinan NRIC (depan dan belakang)
- Dokumen sokongan pendapatan: -
i. Cukai pendapatan dua (2) tahun terkini dengan penyata cukai (Contoh: Borang B/ BE) atau
ii. Borang EA dua (2) tahun terkini (untuk pekerja PLC/MNC/GLC) atau
iii. Slip gaji tiga (3) bulan terkini dengan penyata bank / penyata KWSP tiga (3) bulan terkini atau
iv. Perjanjian penyewaan, bil utiliti terkini yang menunjukkan nama pemohon & penyata bank tiga (3) bulan terkini yang menunjukkan pengkreditan sewa (jika ada) - Penyata Bursa Malaysia / Portfolio Saham Dalam Talian (jika ada)
- Dokumen / maklumat pendapatan tambahan (jika diperlukan)
Korporat
* Syarikat pemegangan Pelaburan Tulen sahaja (tiada aktiviti operasi / perdagangan komersial)
* Syarikat dengan modal berbayar RM 2.00 tidak boleh diterima
- Borang Permohonan Pembiayaan Aset
- Borang Maklumat Pelanggan – Entiti / Syarikat
- Borang Maklumat Pelanggan - salinan untuk setiap Pengarah
- Persetujuan untuk Pendedahan Borang Maklumat Kredit - Pengarah
- Pengisytiharan UBO
- Semua Pengarah mesti menjadi jaminan peribadi
- Memorandum & Artikel Persatuan
- Borang 9, 24, 44, 49 dan Penyata Tahunan
- Akaun diaudit dua (2) tahun terkini
- Penyata bank syarikat tiga (3) bulan terkini
- Salinan NRIC Pengarah dan Penjamin (depan dan belakang)
- Bukti pendapatan penjamin (Contoh: Borang EA / Borang B / Penyata bank tiga (3) bulan terkini & dan lain-lain)
- Penyata Margin Terkini (jika ada)
- Penyata Bursa Malaysia terkini (jika ada)
- Dokumen / maklumat pendapatan tambahan (jika diperlukan)
Dokumen yang diperlukan selepas kelulusan:
• Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat
• Borang 34
• Borang 40
S: Berapa lamakah tempoh sah kelulusan?
J: Kelulusan sah selama 14 hari. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad berhak untuk menarik balik kelulusan pinjaman dan / atau untuk mengubah terma dan syarat pinjaman tanpa sebarang notis.
S: Bagaimanakah cara saya membuat bayaran bulanan?
J: Tiada bayaran balik yang tetap selagi margin anda tidak melepasi margin yang diluluskan.
S: Adakah terdapat had kredit pada permohonan SMF?
J: Had kredit minumum ialah RM50,000 untuk setiap pelanggan, manakala maksimum had kredit adalah tertakluk kepada kelulusan Pengurusan.