HLB Mortgage Overdraft Facility BM

HongLeong Bank Logo
  • Islam
  • Pasaran Global
  • Assurance
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • ENG
  • BM
  • 中文
  • Peribadi / Pemilik Tunggal
  • Perniagaan
    • HL ConnectFirst
    • HL Connect Biz
Islam Pasaran Global Assurance
  • Cerita Kami
  • Berita & Maklumat Terkini
  • Perhubungan Pelabur
  • CSR
  • Penghargaan
  • Badan Pengurusan & Lembaga Pengarah
  • Kerjaya
  • HLB Wallet
  • Kad Debit
  • Kad Kredit
  • Pinjaman
  • Akaun Bank
  • Insurans
  • Pelaburan
  • Kiriman Wang
  • Akaun Pelbagai Mata Wang
  • HLB Connect
  • Peti Simpan Selamat
  • Deposit Tetap
  • Kad kredit
  • Pinjaman Peribadi
  • Akaun Semasa / Simpanan
  • Lengkapkan Permohonan
  • Muat Naik Dokumen
  • Jejaki Permohonan Saya
PROMOSI
JEJAKI PERMOHONAN SAYA
/content/dam/hlb/my/images/Personal/Loans/Property/Housing-Loan/housing_loan_product_tile_en.png
Islam Pasaran Global Assurance
singapore hong kong vietnam cambodia
ENG BM 中文
Suggested Searches:
Quick Link:
HLB Wallet Open Bank Account Credit Card Application Personal Loan Application
MENGENAI KAMI
Cerita Kami Berita & Maklumat Terkini Perhubungan Pelabur CSR Penghargaan Badan Pengurusan & Lembaga Pengarah Kerjaya
TEROKAI PRODUK KAMI
HLB Wallet Kad Debit Kad Kredit Pinjaman Akaun Bank Insurans Pelaburan Kiriman Wang Akaun Pelbagai Mata Wang HLB Connect Peti Simpan Selamat Deposit Tetap
MOHON SEKARANG
Kad kredit Pinjaman Peribadi Akaun Semasa / Simpanan Lengkapkan Permohonan Muat Naik Dokumen Jejaki Permohonan Saya
PROMOSI
JEJAKI PERMOHONAN SAYA

Tiada Keputusan

Tapis mengikut Kategori Perbankan:
Semua Islam Pasaran Global
Tapis mengikut Jenis:
Semua Produk Dokumen Alat Promosi Berita Bantuan & Sokongan Lain-lain

Kami telah menemui 0 keputusan yang sepadan dengan carian anda.

Carian Popular

Log Masuk HLB Connect
Menetap Semula Nama Pengguna / Kata Laluan HLB Connect
Kad Kredit
Pinjaman Peribadi
Deposit
Promosi
Bantuan & Sokongan
Pencari Cawangan
Hubungi Kami
TUNJUK LAGI

TUNJUK LAGI
  • Kemudahan Overdraf >
  • Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah
housing loan product banner en

Dapatkan wang tunai tambahan dengan mencagarkan hartanah anda

Apply Now
Mohon Sekarang

Ciri-ciri & Manfaat

  • Ciri-ciri & Manfaat
  • Keperluan & Kelayakan
  • Soalan Lazim
  • Borang Pemohonan
  • Helaian Pendedahan Produk
  • Fi & Caj
Tanpa Jadual Pembayaran Semula Yang Tetap
 

 

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Fleksibiliti Untuk Memanfaatkan Dana Apabila Perlu
Faedah Dikenakan Berdasarkan Dana yang Digunakan
Tiada Komitment Fi untuk Had Overdraf yang Berjumlah RM250,000 dan ke Bawah
Hartanah Diterima sebagai Cagaran
  • Hanya untuk Warganegara/Penduduk Malaysia
  •  Untuk permohonan individu: pendapatan kasar bulanan hendaklah RM5,000 dan ke atas; atau  
  • Untuk permohonan Bersama:  pendapatan kasar bulanan salah seorang pemohon hendaklah RM5,000 dan ke atas.


Nota: Jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh pihak Bank adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan budi bicara Bank.

1.       Apakah itu Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah?

Sebuah fasiliti kredit yang menggunakan hartanah anda (samada Hartanah Kediaman atau Bukan Kediaman) sebagai cagaran. Faedah dihitung berdasarkan amaun yang telah digunakan pada setiap hari dan akan didebitkan ke Akaun Semasa pada setiap bulan. 

 

2.       Bagaimanakah Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah dikendalikan?

Kemudahan Overdraf dikendalikan melalui Akaun Semasa, yang mana pelanggan dapat mengakses dana Overdraf yang diluluskan serta dana sendiri yang dimiliki.
 

Had Overdraf ditentukan/diluluskan berdasarkan nilai cagaran (hartanah), tertakluk kepada margin maksimum yang dibenarkan.
 

Kemudahan ini memberikan pelanggan kebebasan transaksi & akses segera dana selagi penggunaan masih dalam lingkungan had yang dibenarkan.

 

3.       Apakah jenis-jenis Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah yang disediakan?

i.    Gabungan Kemudahan Pinjaman Berjangka & Overdraf 

Pinjaman Berjangka merujuk kepada:

  • Pinjaman Perumahan Hong Leong
  •  Pinjaman Kedai Hong Leong
  • Pinjaman Perumahan Hong Leong MortgagePlus
  • Pinjaman Kedai Hong Leong MortgagePlus
     

ii.   Kemudahan Overdraf sahaja
 

4.       Adakah terdapat sebarang fi yang dikenakan bagi Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah?

Fi Komitmen sebanyak 1% akan dikenakan ke atas amaun yang tidak digunakan kepada setiap individu sekiranya Kemudahan Overdraf melebihi RM250,000.
 

5.       Adakah Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah tertakluk kepada pembayaran balik bulanan?

Tidak, Kemudahan ini tidak tertakluk kepada jadual pembayaran balik bulanan yang tetap kerana ia adalah sebuah kemudahan kredit pusingan. Oleh itu, pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk membuat pembayaran/pengeluaran pada bila-bila masa.
 

Walau bagimanapaun, apabila Kemudahan Overdraf digunakan sepenuhnya, pelanggan dikehendaki membayar faedah bulanan Overdraf supaya Akaun Semasa Kemudahan ini dapat dikendalikan dalam lingkungan had yang dibenarkan dan juga Fi Komitmen sebanyak 1% berdasarkan amaun yang tidak digunakan, jika berkenaan.
 

6.       Saya berminat untuk memohon pinjaman perumahan yang dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan “SJKP” dengan Bank. Adakah saya dibenarkan untuk memohon Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah pada masa yang sama?

Tidak dibenarkan. Semua skim perumahan yang dikendalikan oleh Kerajaan seperti Pinjaman Perumahan Khas Hong Leong & Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya tersedia melalui Kemudahan Pinjaman Berjangka sahaja.
 

7.       Adakah had Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah saya akan sentiasa kekal sama? 

Kemudahan Overdraft tertakluk pada semakan tahunan.
 

Bergantung pada produk yang telah dipilih, had Kemudahan Overdraf anda akan dikurangkan setiap bulan dan bakal mencecah sifar sebaik sahaja anda mencapai umur 65 tahun.
 

Sekiranya anda memilih Gabungan Kemudahan Pinjaman Berjangka & Overdraf, pengurangan bulanan akan bermula mulai bulan ke-61 dari tarikh pelepasan penuh Kemudahan Overdraf.
 

Sekiranya anda memilih Kemudahan Overdraf sahaja, pengurangan bulanan akan bermula mulai bulan ke-37 dari tarikh pelepasan penuh Kemudahan Overdraf.
 

8.       Encik Lee telah mengambil Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah & Bank telah meluluskan Kemudahan tersebut dengan had sebanyak RM250,000. Adakah akaun tersebut bakal dikenakan Fi Komitmen sebanyak 1%?

Tidak, kerana Fi Komitmen sebanyak 1% hanya akan dikenakan ke atas amaun yang tidak digunakan sekiranya Kemudahan Overdraf melebihi RM250,000.
 

9.       En. Amir & isteri, Pn. Siti mempunyai akaun bersama Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah dengan had RM500,000 yang diluluskan. Adakah akaun tersebut akan dikenakan Fi Komitmen sebanyak 1%?

Ya, disebabkan oleh had yang diberikan kepada kepada entiti sah tunggal (En. Amir & Pn. Siti) adalah melebihi RM250,000 maka, Kemudahan tersebut tertakluk pada Fi Komitmen sebanyak 1%.
 

10.   Sila tunjukkan bagaimana faedah Overdraf (OD) & Fi Komitmen (CF) dikira untuk Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah.

Sila rujuk ilustrasi ringkas di bawah berdasarkan andaian berikut pada Mei 2023 di mana Kadar Asas Standard (SBR) ialah 3.00 p.a.:

  • Had OD

: RM300,000.00

  • Baki Tertunggak “OD”

: RM200,000.00

  • Had OD yang Tidak Digunakan

: RM100,000.00

  • Kadar Faedah OD (SBR + 2.60% setahun)

: 5.60% setahun (dimana SBR = 3.00% setahun)

  • Fi Komitmen “CF”

: 1.00% setahun

Faedah OD (berdasarkan amaun yang digunakan)
Fi Komitmen (berdasarkan amaun yang tidak digunakan)


11.       Adakah terdapat sebarang tempoh matang untuk Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah? Jika ya, apakah yuran/caj penalti yang akan dikenakan sekiranya saya menyelesaikan Kemudahan tersebut sebelum tempoh matang?

i.        Gabungan Kemudahan Pinjaman Berjangka & Overdraf

Tempoh matang hanya tertakluk pada komponen Pinjaman Berjangka bagi Kemudahan Gabungan di mana tempoh matang adalah 36 bulan selepas pelepasan pertama pinjaman.
 

Sekiranya anda menebus atau menyelesaikan sepenuhnya Kemudahan Pinjaman Perumahan Hong Leong / Pinjaman Perumahan Hong Leong MortgagePlus dalam tempoh ini, anda akan dikenakan Fi Penyelesaian Awal sebanyak 3% daripada 90% jumlah had Kemudahan yang diluluskan.
 

Sekiranya anda menebus atau menyelesaikan sepenuhnya Kemudahan Pinjaman Kedai Hong Leong / Pinjaman Kedai Hong Leong MortgagePlus dalam tempoh ini, anda akan dikenakan Fi Penyelesaian Awal sebanyak 3% daripada 85% jumlah had Kemudahan yang diluluskan.
 

ii.       Kemudahan Overdraf sahaja

Tidak berkenaan
 

12.       Encik Raju mempunyai Pembiayaan Perumahan bersama Hong Leong Bank Islamik. Adakah beliau dibenarkan untuk memohon Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah?

Tidak, kerana Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah hanya disediakan untuk pelanggan individu Hong Leong Bank.

 

13.       Siapa yang layak memohon Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah?

Kemudahan Overdraf ini terbuka kepada:

i.        Warganegara/Penduduk Malaysia

ii.       Untuk Permohonan Individu, individu tersebut hendaklah mempunyai pendapatan kasar minimum RM5,000. Manakala untuk Permohonan Bersama, sekurang-kurangnya salah seorang daripada pemohon perlu mempunyai pendapatan kasar minimum RM5,000.

 

14.       Apakah situasi yang membenarkan pelanggan untuk memohon Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah?

i.    Pelanggan Sedia Ada Bank (ETB):

Pelanggan yang telah mempunyai Pinjaman Perumahan dengan Bank. Pelanggan boleh memohon kemudahan Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah sebagai pinjaman tambahan mereka.

 

ii.  Pelanggan Baru kepada Bank (NTB):

  • Sub-sale

Apabila pelanggan membeli hartanah siap dibina di pasaran sekunder

  • New-sale

Apabila pelanggan membeli hartanah yang masih dalam pembinaan daripada pemaju

  • Pembiayaan Semula

Apabila pelanggan mempunyai Pinjaman sedia ada dengan Bank lain, mereka boleh membiayai semula Pinjaman mereka dengan Hong Leong Bank.

  • Memiliki hartanah yang bebas daripada sebarang caj daripada mana-mana pihak / entiti

Apabila pelanggan memerlukan pinjaman atau kemudahan kredit siap sedia dengan menggunakan harta sedia ada mereka sebagai cagaran

 

15.       Berapakah nilai maksimum LTV untuk Kemudahan Hartanah Overdraf?

Gabungan Kemudahan Pinjaman Berjangka & Overdraf

Kemudahan Overdraf sahaja

Untuk komponen Overdraf, maksimum LTV yang dibenarkan adalah sehingga 50% daripada Harga Jualan & Belian (S&P) atau Nilai Pasaran Terbuka (OMV), mengikut mana yang lebih rendah. Maksimum LTV yang dibenarkan adalah sehingga 50% daripada Harga Jualan & Belian (S&P) atau Nilai Pasaran Terbuka (OMV), mengikut mana yang lebih rendah.

Pengurangan bulanan had Overdraf akan bermula pada bulan ke-61 selepas pelepasan penuh Kemudahan Overdraf.

Pengurangan bulanan had Overdraf akan bermula pada bulan ke-37 selepas pelepasan penuh Kemudahan Overdraf.

Layak untuk pembiayaan Kos Perundangan & Penilaian (FLV) untuk komponen Pinjaman Berjangka sehingga 5%.
X  Tidak Layak untuk pembiayaan Kos Perundangan & Penilaian (FLV)

16.       Berapakah jumlah minimum Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah?

Jumlah minimum komponen Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah adalah RM10,000.

17.       Bilakah pelepasan Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah dilakukan?
 

i. Gabungan Kemudahan Pinjaman Berjangka & Overdraf    

Kemudahan Overdraf hanya akan disediakan selepas Kemudahan Perumahan/Kedai dilepaskan sepenuhnya & akaun semasa Overdraf telah dibuka di Cawangan.
 

ii. Kemudahan Overdraf sahaja

Kemudahan Overdraf hanya akan disediakan selepas akaun semasa Overdraf telah dibuka.

18.       Adakah entiti seperti pemilik tunggal, perkongsian & korporat dibenarkan untuk Kemudahan Overdraf Bercagarkan Hartanah?

Kemudahan Overdraf hanya dibenarkan untuk individu sahaja.

19.       Apakah jenis hartanah yang layak digunakan sebagai cagaran untuk Kemudahan Overdraf Berdasarkan Hartanah?

  • Hartanah Kediaman & Bukan Kediaman
  •  Hartanah yang siap dibina & dalam pembinaan

English & Bahasa Malaysia

Application Form

English

Individual Mortgage Product Disclosure Sheet


Bahasa Malaysia

Individual Mortgage Product Disclosure Sheet

Klik di sini untuk senarai fi dan caj yang lengkap, atau lawati mana-mana cawangan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

These may interest you

Edit here to enter details for productdetail page promotion
housing loan promo tile en
Gadai Janji
Pinjaman Perumahan

Ketahui Lebih Lanjut

shop loan promo tile en
Gadai Janji
Pinjaman Kedai

Ketahui Lebih Lanjut

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung