Pinjaman Solar Plus HLB

null

HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Pinjaman Hartanah >
  • Pinjaman Solar Plus HLB
Pinjaman Solar Plus HLB

Pinjaman Panel Solar fleksibel 
untuk rumah anda

Apply Now
Mohon sekarang

Ciri-ciri & Manfaat

  • Ciri-ciri & Manfaat
  • Rakan Syarikat Solar
  • Tentukan pembayaran balik anda
  • Keperluan & Kelayakan
  • Bagaimana untuk Memohon
  • Soalan Lazim
  • Borang Permohonan
  • Helaian Pendedahan Produk
  • Fi & Caj

Adakah bil elektrik rumah anda terlalu tinggi? Kini, anda boleh mengurangkan bil tersebut melalui penggunaan panel solar yang mesra alam. Pinjaman Solar Plus HLB ini membolehkan pembelian dan pemasangan panel solar di kediaman anda yang masih dalam pembinaan atau siap bina melalui Rakan Syarikat Solar sah kami.

 

Tingkatkan penjanaan kuasa melalui tenaga solar dengan Pinjaman Solar Plus HLB sekarang!

Penjimatan Kos

Penjimatan sebanyak 50% hingga 80% di atas bil elektrik rumah anda

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pembiayaan yang fleksibel

Jumlah pembiayaan dari RM15,000 hingga RM60,000 untuk tempoh 3 hingga 10 tahun

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Tenaga Lestari

Melindungi alam sekitar melalui penggunaan tenaga lestari sebagai sumber elektrik utama

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pakej Pinjaman Kompetitif

Kemudahan pembiayaan berjangka yang memberi anda lebih penjimatan dengan pengiraan faedah harian

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pemasangan Mudah & Cepat

Perkhidmatan pemasangan yang lengkap oleh Rakan Syarikat Solar kami

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Ers Energy

ERS Energy

www.ers.my

ERS Energy adalah sebuah syarikat komprehensif panel solar yang menempatkan lebih 200 kakitangan terlatih secara profesional di rantau ASEAN. Sebagai penyedia perkhidmatan untuk Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan solar (EPCC), ERS Energy telah memberi perkhidmatan pemasangan lebih daripada 2 juta panel solar di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina dengan jumlah kapasiti lebih daripada 1GWp. Dengan kejayaan yang telah diperoleh melalui beberapa anugerah dan pencapaian piawan ISO 9001:2015, syarikat yang ditubuhkan 2019 ini berazam untuk terus membina masa depan yang lebih lestari.

Solaroo

Pekat Solar (Solaroo)

www.solaroo.my

Solaroo Sdn Bhd adalah syarikat milikan penuh Pekat Group Berhad yang menjadi antara syarikat pelopor dalam penyediaan perkhidmatan tenaga solar di Malaysia. Dengan lebih 21 tahun pengalaman, Pekat Solar telah melaksanakan projek pemasangan dengan jumlah kapisiti lebih daripada 150 MWp dan telah disenaraikan dalam Pasaran ACE di Bursa Malaysia pada 23 Jun 2021. Solaroo menawarkan pelbagai pakej menarik kepada pelanggan mereka dengan pelan bayaran yang fleksibel serta pemantauan langsung secara 24/7 melalui aplikasi mudah alih mereka yang ekslusif. Aplikasi percuma ini membolehkan pengurusan selenggaraan dan pemerhatian tahap modular dilakukan secara jauh serta boleh digunapakai oleh pengguna iPhone dan Android.

Amaun Pinjaman
RM
Kadar Pinjaman Efektif (Effective Lending Rate)
%
Tempoh
Tahun
=
Ansuran Bulanan
RM

Penafian Penafian

Maklumat yang dipaparkan adalah sebagai petunjuk dan untuk tujuan ilustrasi sahaja. HLB tidak menjamin ketepatan pengiraan dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan atau ketinggalan. Maklumat di atas tidak bermaksud sebagai satu tawaran kredit dan tidak menjamin bahawa kemudahan kredit yang dipohon akan diluluskan. Semua permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan kredit dan HLB berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa memberikan apa-apa sebab.

 
  • Hanya untuk pelanggan Pinjaman Perumahan Hong Leong baharu dan sedia ada; dan pembiayaan semula Pinjaman Perumahan dari institusi kewangan lain.
  • Sistem Panel Solar mesti dibeli dan dipasang oleh syarikat solar yang tersenarai dan diluluskan oleh Bank.
  • Hanya untuk rumah kediaman bernilai RM400,000 dan ke atas.
  • Hanya untuk pelanggan dengan pendapatan bulanan kasar RM5,000 dan ke atas.
  • Hanya untuk rumah kediaman yang siap dibina atau dalam pembinaan.

 

Nota: Jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh pihak Bank adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan budi bicara Bank.

 

Step1

Langkah 1:

Pilih salah satu Rakan Syarikat Solar

Step2

Langkah 2:

Tetapkan tarikh rundingan dan lawatan tapak untuk pemasangan

Step3

Langkah 3:

Pemasangan panel solar di rumah kediaman anda

Step4

Langkah 4:

Syarikat solar menerima pembayaran setelah pemasangan lengkap dilakukan


1. Apakah Pinjaman Solar Plus HLB?

Pinjaman Solar Plus HLB adalah pakej pembiayaan untuk membeli dan memasang sistem Solar Photovoltaic (PV) pada bumbung rumah kediaman bagi mengurangkan bil elektrik anda dengan menggunakan tenaga solar sebagai sumber alternatif untuk menjana kuasa elektrik.

 

2. Adakah pihak bank akan menentukan Pembekal Perkhidmatan kepada saya atau bolehkah saya memilih Pembekal Perkhidmatan saya sendiri?

Matlamat kami adalah untuk menyediakan proses pembiayaan yang lancar dan mudah untuk anda. Oleh itu, anda boleh memilih Penyedia Perkhidmatan dari senarai Rakan Syarikat Solar kami yang berpengalaman yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) Malaysia dan/atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

 

3. Jika saya bercadang untuk memasang sistem solar secara sendiri, bolehkah pihak Bank memberikan pembiayaan di bawah program ini?

Untuk layak di bawah program pembiayaan ini, pemasangan perlu dilakukan oleh Penyedia Perkhidmatan dari senarai Rakan Syarikat Solar kami.

 

4. Rumah saya terletak di Ipoh namun saya dapati tiada Penyedia Perkhidmatan berdekatan. Bolehkah saya memohon dan Penyedia Perkhidmatan manakah yang akan melayani pertanyaan saya?

Anda boleh menghubungi mana-mana Penyedia Perkhidmatan yang tersenarai sebagai Rakan Syarikat Solar kami di laman web HLB yang sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan pemasangan kepada semua pelanggan kami di Malaysia.

 

5. Saya tidak tahu berapa banyak panel solar yang perlu dipasang. Adakah saya perlu membayar caj penilaian awal?

Tiada caj yang akan dikenakan untuk penilaian awal. Penilaian awal akan dibuat berdasarkan bil elektrik (tiga bulan terakhir) kediaman di mana anda ingin memasang panel solar. Alamat rumah anda memadai untuk Penyedia Perkhidmatan membuat penilaian pendahuluan.

 

6. Berapakah penjimatan yang dapat diperolehi dengan pemasangan panel solar di atas bumbung kediaman saya?

Jumlah penjimatan bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz rumah, kuasa kilowatt sistem solar yang dipasang, kualiti peralatan yang digunakan dan batasan teknikal atau kawal selia. Lazimnya, penjimatan adalah sehingga 80% daripada penggunaan tenaga bulanan. Walau bagaimanapun, jumlah penjimatan anda mungkin lebih jika anda layak untuk insentif lain yang ditawarkan oleh kerajaan.

 

7. Berapakah kos panel solar?

Secara umumnya, sebuah rumah berkembar memerlukan anggaran ukuran panel solar seluas 950 kaki persegi. Maka, jumlah kos yang dianggarkan adalah sekitar RM37,000. Harap maklum bahawa kos sebenar mungkin berbeza.

 


English & Bahasa Malaysia

Borang Permohonan


Bahasa Malaysia

Individual Mortgage Product Disclosure Sheet


Klik di sini untuk senarai fi dan caj yang lengkap, atau lawati mana-mana cawangan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda

Edit here to enter details for productdetail page promotion
special housing loan promo tile
Gadai Janji
Pinjaman Perumahan Istimewa

Ketahui Lebih Lanjut

housing loan promo tile en
Gadai Janji
Pinjaman Perumahan

Ketahui Lebih Lanjut

Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung