Kemas Kini Keselamatan: Tahap Had Pengeluaran ATM Baharu (Berkuat Kuasa 30 November 2026)
Bagi meningkatkan perlindungan akaun anda daripada scam dan penipuan kewangan, had pengeluaran ATM harian secara bertingkat akan berkuatkuasa pada 30 November 2026 untuk 90 hari pertama bersama kami, seperti yang dinyatakan di bawah:
| Tempoh Akaun | Had Pengeluaran Harian Maksimum (RM) |
|---|---|
| 30 hari pertama | RM 2,000 |
|
31 hari hingga 90 hari |
RM 5,000 |
|
91 hari dan ke atas |
RM 10,000 |
Nota: Perubahan ini tidak tertakluk kepada pelanggan yang telah mengemas kini had pengeluaran ATM sebelum 30 November 2026.
Anda boleh melihat had harian semasa anda pada bila-bila masa melalui Aplikasi HLB Connect atau HLB Connect Online.
Sekiranya anda perlu mengeluarkan amaun yang melebihi Had Pengeluaran ATM harian anda, sila kunjungi cawangan HLB atau HLB Islamic yang terdekat untuk mendapatkan bantuan di kaunter.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah.
Soalan Lazim (FAQ):
S: Apakah maksud Tempoh Akaun?
J: Tempoh Akaun merujuk kepada tempoh hubungan perbankan pelanggan bersama pihak bank, bermula dari tarikh profil pelanggan mula-mula dicipta dalam rekod bank.
S: Siapakah yang tertakluk kepada had baharu ini?
J: Had baharu ini tertakluk kepada pelanggan yang berada dalam tempoh 90 hari.
S: Bagaimanakah kawalan had baharu ini akan memberi kesan kepada saya?
(i) Jika saya adalah pelanggan sedia ada yang masih mengekalkan had lalai (default) sebanyak RM2,000?
J: Jika akaun anda telah dibuka kurang daripada 90 hari, Had Pengeluaran ATM harian anda akan mengikut struktur berperingkat yang baharu.
(ii) Jika saya adalah pelanggan sedia ada yang telah mengemas kini kepada had baharu melebihi nilai ambang (threshold) sebelum ini?
J: Had Pengeluaran ATM semasa anda kekal tidak berubah jika ia dikemas kini sebelum 30 November 2026. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk melaraskan had anda semasa akaun anda berusia kurang daripada 90 hari, had berperingkat yang baharu akan berkuat kuasa.
(iii) Adakah saya akan terjejas jika akaun saya telah dibuka lebih daripada 90 hari?
J: Tidak, akaun anda tidak terjejas. Anda boleh terus mengekalkan atau melaraskan Had Pengeluaran ATM harian anda sehingga had maksimum standard sebanyak RM10,000.
S: Bagaimanakah saya boleh menyemak Had Pengeluaran ATM saya?
J: Anda boleh menyemak had semasa anda seperti berikut:
Melalui HLB Connect App:
1. Log masuk ke aplikasi anda.
2. Pilih Akaun Semasa / Simpanan anda.
3. Ketik tab 'Perkhidmatan' (Services), kemudian pilih 'Tetapan dan Had Kad Debit' (Debit Card Settings and Limits).
4. Had tersedia anda akan dipaparkan di bawah Pengeluaran ATM.
Melalui HLB Connect Online (Web):
1. Log masuk di www.hlb.com.my.
2. Klik pada 'Perkhidmatan Lain' (Other Services).
3. Di bawah 'Kad Debit/ATM', pilih 'Had Transaksi Kad' (Card Transaction Limit).
4. Had tersedia anda akan dipaparkan di bawah Pengeluaran ATM.
S: Bagaimana jika saya perlu mengeluarkan wang tunai melebihi had ambang?
J: Sila kunjungi cawangan HLB atau HLB Islamic berhampiran anda untuk bantuan di kaunter.