Penyemakan Kad Kredit HLB Infinite berkuatkuasa 01 Janua

HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Berita & Maklumat Terkini >
  • Penyemakan Kad Kredit HLB Infinite berkuatkuasa 01 Januari 2023
Banding Kad Kredit ()

Penyemakan Kad Kredit HLB Infinite berkuatkuasa 01 Januari 2023

Sales Draft Retrieval Fee


Penyemakan Kad Kredit HLB Infinite berkuatkuasa 01 Januari 2023

Kepada Pelanggan yang Dihormati,

 

Berkuatkuasa 01 Januari 2023, sila dimaklumkan bahawa akan terdapat semakan pada ciri-ciri Produk Kad Kredit Infinite HLB berikut:

  • Kad Kredit HLB Infinite
  • Kad Kredit HLB Infinite Edisi Doktor
  • Kad Kredit HLB Infinite P 

A) Semakan Kadar Perolehan Enrich Miles untuk Transaksi Runcit 

Kategori Perbelanjaan

Kadar Perolehan Semasa
(Sebelum 01 Januari 2023)

Kadar Perolehan Disemak
(Berkuatkuasa 01 Januari 2023)

Transaksi Tempatan

RM2.80 = 1 Enrich Mile

RM3.50 = 1 Enrich Mile

Transaksi Luar Negara

RM1.80 = 1 Enrich Mile

RM2.20 = 1 Enrich Mile


B)
 Permansuhan Syarat Jumlah Perbelanjaan Tahunan untuk Lawatan Percuma ke Lounge Lapangan Terbang

Kad Kredit HLB Infinite

Berkuatkuasa 01 Januari 2023

  • Kad Kredit HLB Infinite

Empat (4) lawatan percuma ke Plaza Premium Lounge tidak lagi tertakluk kepada transaksi runcit terkumpul minimum sebanyak RM100,000 pada tahun sebelumnya.

  • Kad Kredit HLB Infinite Edisi Doktor
  • Kad Kredit HLB Infinite P

Empat (4) lawatan percuma ke Priority Pass Airport Lounge tidak lagi tertakluk kepada transaksi runcit terkumpul minimum sebanyak RM300,000 pada tahun sebelumnya.


Soalan Lazim (FAQ)

Q1: Adakah terdapat sebarang perubahan dalam yuran tahunan untuk Kad Kredit HLB Infinite?
Tidak, yuran tahunan Kad Kredit HLB Infinite akan kekal percuma selamanya untuk pemegang kad. 

Q2: Adakah pemegang kad layak untuk empat (4) lawatan percuma ke lounge lapangan terbang setiap tahun walaupun mereka hanya membelanjakan RM60,000 dengan Kad Kredit HLB Infinite pada tahun sebelumnya?
Ya, semua pemegang kad akan layak empat (4) lawatan percuma setiap tahun tanpa mengira jumlah yang dibelanjakan dengan Kad Kredit HLB Infinite mereka.

Q3: Adakah pemegang kad akan terus memperoleh Enrich Miles pada kadar perolehan semasa untuk transaksi tempatan dan luar negara?
Semua transaksi runcit yang dibuat dengan Kad Kredit HLB Infinite dan diposkan ke akaun kad kredit pemegang kad sebelum 01 Januari 2023 akan terus memperoleh Enrich Miles pada kadar perolehan semasa.

Kategori Perbelanjaan

Kadar Perolehan Semasa
(Sebelum 01 Januari 2023)

Transaksi Tempatan

RM2.80 = 1 Enrich Mile

Transaksi Luar Negara

RM1.80 = 1 Enrich Mile


Semua transaksi runcit yang dibuat dengan Kad Kredit HLB Infinite dan diposkan ke akaun kad kredit pelanggan kad mulai 01 Januari 2023 dan seterusnya akan memperoleh Enrich Miles pada kadar perolehan disemak.

Kategori Perbelanjaan

Kadar Perolehan Disemak
(Berkuatkuasa 01 Januari 2023)

Transaksi Tempatan

RM3.50 = 1 Enrich Mile

Transaksi Luar Negara

RM2.20 = 1 Enrich Mile

Edit here to enter details for contact us
Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung