Perubahan Had Harian Pindahan ATM untuk Mempertingkatkan Keselamatan
Bagi melindungi para pelanggan daripada ancaman penipuan yang kian meningkat, had harian baharu untuk pindahan melalui ATM kini ditetapkan kepada RM5,000. Perubahan ini akan berkuatkuasa mulai 16 Jun 2025 dan melibatkan semua jenis pindahan yang menggunakan ATM, termasuk IBFT dan Interbank GIRO.
Pelanggan yang mempunyai had pindahan harian melebihi RM5,000 akan diselaraskan secara automatik ke RM5,000.
Pelanggan yang ingin membuat pindahan melebihi RM5,000 boleh melakukannya melalui perbankan dalam talian atau aplikasi HLB Connect, HLB Connect Lite, ataupun di kaunter cawangan kami.
Kami menghargai kerjasama anda dalam usaha kami untuk mengutamakan keselamatan perbankan anda.