Penamatan Perkhidmatan Western Union di Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2025
Kepada Pelanggan yang Dihargai,
Berkuat kuasa 1 September 2025, perkhidmatan Western Union tidak lagi akan ditawarkan di cawangan kami atau perkhidmatan Pertukaran Wang.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kami menawarkan pelbagai alternatif perkhidmatan pengiriman wang untuk memenuhi keperluan anda. Untuk sebarang bantuan, sila berhubung dengan kakitangan kami di mana-mana cawangan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan HLB di talian 03-7626 8899 untuk bantuan.
Terima kasih atas kerjasama anda.