Kemaskini Terma & Syarat Am
Para Pelanggan yang Dihormati,
Dengan ini dimaklumkan bahawa terdapat perubahan pada Terma dan Syarat Am Akaun yang berkuatkuasa 23 Oktober 2025 bagi pelanggan baharu dan berkuatkuasa 13 November 2025 bagi pelanggan yang sedia ada.
Kemaskini Terma & Syarat Am Akaun
Klausa |
Dahulu - 5 Mei 2025 |
Kemaskini - 23 Oktober 2025 |
|---|---|---|
2.3.1 |
Pertukaran Butiran Pelanggan perlu memastikan bahawa butiran Pelanggan seperti alamat, nombor telefon, dan penandatangan dibenarkan yang diberi kepada Bank (“Butiran Pelanggan”) adalah tepat dan sentiasa dikemaskinikan. Ini adalah supaya Bank boleh menyampaikan komunikasi mengenai pengendalian akaun dan apa-apa aktiviti berkaitan pemasaran.
|
Pertukaran Butiran Ianya adalah penting bagi pihak HLB/HLISB untuk menyampaikan komunikasi kepada Pelanggan mengenai operasi Akaun dan sebarang aktiviti berkaitan pemasaran. Pelanggan bersetuju untuk memaklumkan kepada HLB/HLISB dengan segera tentang sebarang perubahan terhadap butiran Pelanggan seperti dan yang berkenaaan, nama, alamat, alamat e-mel, nombor hubungan, maklumat pekerjaan, status (sama ada disebabkan oleh peristiwa seperti kematian, insolvensi, kebankrapan, ketidakupayaan atau sebaliknya) atau perlembagaan bagi Pelanggan bukan individu (sebagai contoh, perubahan daripada perkongsian kepada pemilikan tunggal, peletakan jawatan rakan kongsi/pengarah atau perubahan pemilikan), dan/atau penandatangan yang dibenarkan ("Butiran Pelanggan").
|
4 |
Perubahan Arahan / Pertikaian Pelanggan 4.1 HLB/HLISB boleh menutup mana-mana Akaun selaras dengan Klausa 16 di dalam ini atau menggantung pengendalian mana-mana Akaun sekiranya berlaku salah satu atau lebih yang berikut: (a) HLB/HLISB dengan niat baik meragui kuasa atau kesahihan apa-apa Arahan yang didakwa diberikan oleh Pelanggan termasuk perubahan atau pembatalan Arahan yang dikeluarkan oleh Pelanggan; ATAU (b) apabila berlaku perubahan perlembagaan sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan, insolvensi, ketakupayaan atau sebaliknya; ATAU (c) apabila menurut pendapat mutlak HLB/HLISB, terdapat bukti pertikaian berkaitan dengan mana-mana Akaun; ATAU (d) HLB/HLISB percaya atau mengesyaki Akaun digunakan untuk pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau apa-apa skim atau aktiviti penipuan yang menyalahi di sisi undang-undang atau berlaku pelanggaran mana-mana garis panduan atau aturan yang dikeluar oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa lain.
4.2 Sekiranya peristiwa Klausa 4.1 (c) berlaku dan HLB/HLISB telah menggantung pengendalian satu atau kesemua Akaun Pelanggan, maka tiada lagi pengendalian Akaun akan dibenarkan sehinggalah HLB/HLISB menerima arahan bertulis daripada semua pemegang akaun/rakan kongsi/Pengarah berkenaan dengan akaun individu/perkongsian/syarikat atau apa pun, daripada satu pihak yang pada pendapat mutlak HLB/HLISB mempunyai kuasa sah di sisi undang-undang untuk mengeluarkan Arahan mengenai Akaun.
|
Klausa "Perubahan Arahan / Pertikaian Pelanggan" telah digabungkan dengan Klausa 16.
|
12.1 |
Hak Tolak-Selesai dan Penyatuan
|
Telah diubah kepada Klausa 11.1
|
15 |
Tidak Tersedia.
|
15. Hak untuk Mengehadkan/Menahan Dana atau Mendebit Akaun 15.1 HLB/HLISB berhak pada bila-bila masa untuk mengehadkan, menahan atau mendebit Akaun Pelanggan bagi sebarang jumlah yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Pelanggan: 15.1.1 jika terdapat syak wasangka bahawa instrumen yang digunakan, arahan yang diberikan atau transaksi itu sendiri telah diubah, atau adalah salah, tidak wajar, tersilap, tidak dibenarkan dan/atau berunsur penipuan, sama ada Pelanggan terlibat ataupun tidak; atau 15.1.2 jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang, peraturan, pengawalaturan atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa kawal selia; atau 15.1.3 jika HLB/HLISB menerima perintah mahkamah untuk tujuan tersebut; atau 15.1.4 jika hasil siasatan HLB/HLISB, adalah dibuktikan bahawa Pelanggan bukan penerima dana yang dimaksudkan. 15.1.5 dalam melaksanakan hak-hak HLB/HLISB bawah Klausa 11.1. 15.2 Sekiranya HLB/HLISB mendebit Akaun Pelanggan bawah Klausa 15.1 di atas, HLB/HLISB akan memberi notis bertulis awal tujuh (7) hari kepada Pelanggan sebelum pendebitan.
|
16.1 |
16 Penutupan Akaun 16.1 HLB/HLISB boleh menutup mana-mana atau semua Akaun dengan memberi notis bertulis kepada Pelanggan tanpa perlu memberi apa jua sebab atas penutupan itu. HLB/HLISB akan terlepas daripada segala liabiliti setelah menyampaikan atau menghantar kepada Pelanggan di alamat terakhir yang diberitahu kepada HLB/HLISB baki, jika ada, dalam kredit Akaun dalam bentuk cek jurubank atau apa-apa kiriman wang lain. 16.2 Dengan penutupan Akaun sama ada oleh Pelanggan atau HLB/HLISB, semua cek belum guna akan menjadi hak milik HLB/HLISB dan Pelanggan hendaklah memulangkan cek tersebut kepada HLB/HLISB. 16.3 Tanpa menjejaskan keperluan dalam Klausa 16.1 di atas, HLB/HLISB boleh menutup mana-mana Akaun selaras dengan garis panduan BNM berkaitan dengan cek tak laku, kebankrapan, penggulungan atau pembubaran. 16.4 Sekiranya wang termasuk apa-apa faedah/keuntungan terakru dalam kredit Akaun dihantar kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut UMA dan apa-apa pindaan statutori ke atasnya, maka Akaun berkenaan akan ditutup. 16.5 HLB/HLISB berhak mengenakan caj perkhidmatan seikiranya Akaun ditutup dalam tempoh enam (6) bulan akaun dibuka atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh HLB/HLISB setelah memberi notis awal dua puluh satu (21) hari.
|
16. Penggantungan/Pembekuan dan Penutupan Akaun 16.1 Penggantungan Akaun 16.1.1 HLB/HLISB boleh mengikut budi bicaranya menggantung/membeku operasi mana-mana atau semua Akaun dengan memberi notis bertulis kepada Pelanggan atas apa-apa sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: (a) HLB/HLISB dengan niat baik meragui kuasa atau kesahihan sebarang arahan yang didakwa diberikan oleh Pelanggan termasuk perubahan atau pembatalan arahan yang diberi oleh Pelanggan; (b) apabila terdapat perubahan pada status atau perlembagaan Pelanggan sama ada disebabkan oleh peristiwa seperti kematian, peletakan jawatan, insolvensi, kebankrapan, ketidakupayaan mental atau sebaliknya; (c) apabila pada pendapat HLB/HLISB, terdapat bukti pertikaian berkaitan dengan mana-mana Akaun; (d) HLB/HLISB percaya atau mengesyaki bahawa Akaun tersebut digunakan untuk pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau skim penipuan atau haram yang lain; (e) Pelanggan telah memberikan gambaran yang salah berkenaan identiti Pelanggan dan/atau memberi maklumat atau dokumen palsu, salah atau mengelirukan berkaitan dengan Akaun; (f) Pelanggan gagal memaklumkan kepada HLB/HLISB dengan segera mengenai sebarang perubahan terhadap Butiran Pelanggan menurut Klausa 2.3 atau gagal mengemas kini Butiran Pelanggan apabila diminta; (g) Pelanggan gagal mengambil tindakan dan/atau memberi maklumat dan/atau dokumen yang diminta secara munasabah oleh HLB/HLISB bagi tujuan pematuhan cukai, undang-undang dan/atau peraturan dalam tempoh masa yang telah dimaklumkan oleh HLB/HLISB; (h) terdapat sebarang perintah, arahan atau sekatan yang dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa kawal selia yang menyekat atau melarang operasi Akaun; (i) laporan polis telah dibuat terhadap Pelanggan atau berkaitan dengan Akaun; (j) siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa atau HLB/HLISB terhadap Pelanggan atau berkaitan dengan Akaun; (k) apa-apa kemudahan yang diberi kepada Pelanggan melalui Akaun telah digantung, ditarik balik atau ditamatkan atas sebarang sebab; (l) terdapat hutang dengan HLB/HLISB yang tertunggak oleh Pelanggan sama ada sebagai peminjam, pihak yang menyediakan jaminan atau penjamin; (m) Pelanggan menyalahgunakan perkhidmatan elektronik atau perbankan internet atau sistem IT HLB/HLISB; dan/atau (n) Pelanggan melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini. 16.2 Penutupan Akaun 16.2.1 HLB/HLISB boleh mengikut budi bicaranya menutup mana-mana atau semua Akaun dengan memberi notis bertulis kepada Pelanggan. HLB/HLISB akan terlepas daripada segala liabiliti setelah menyampaikan atau menghantar kepada Pelanggan di alamat terakhir yang diberitahu kepada HLB/HLISB baki, jika ada, dalam kredit Akaun dalam bentuk cek jurubank atau apa-apa kiriman wang lain. 16.2.2 Dengan penutupan Akaun sama ada oleh Pelanggan atau HLB/HLISB, semua cek belum guna akan menjadi hak milik HLB/HLISB dan Pelanggan hendaklah memulangkan cek tersebut kepada HLB/HLISB. 16.2.3 Tanpa menjejaskan keperluan dalam Klausa 16.2.1 di atas, HLB/HLISB boleh menutup mana-mana Akaun selaras dengan garis panduan BNM berkaitan dengan cek tak laku, kebankrapan, penggulungan atau pembubaran. 16.2.4 Sekiranya wang termasuk apa-apa faedah/keuntungan terakru dalam kredit Akaun dihantar kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut UMA dan apa-apa pindaan statutori ke atasnya, maka Akaun berkenaan akan ditutup. 16.3 Pelanggan mengakui bahawa terdapat situasi di mana HLB/HLISB tidak boleh mendedahkan sebab-sebab untuk menggunakan budi bicaranya bagi menggantung/membeku atau menutup Akaun. 16.4 HLB/HLISB berhak mengenakan caj perkhidmatan sekiranya Akaun ditutup dalam tempoh enam (6) bulan akaun dibuka atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh HLB/HLISB setelah memberi notis awal dua puluh satu (21) hari.
|
17.1 |
17. Kos, Perbelanjaan, Cukai dan Caj Lain (a) fi perkhidmatan dan pelbagai caj lain, termasuk caj bank yang biasa, komisen dan duti setem, atas semua transaksi dan perkhidmatan yang disediakan pada kadar seperti mana diberitahu dari semasa ke semasa; (b) fi guaman (atas dasar peguam cara dan klien sendiri) yang ditanggung kerana mendapatkan kembali jumlah wang yang terhutang dengan HLB/HLISB dan bagi Akaun bukan HLISB, Pelanggan hendaklah membayar faedah/caj atas amaun didebitkan itu pada Kadar Ingkar 9 atau Kadar Lebihan apabila tiada Kadar Ingkar (baik sebelum mahupun selepas tuntutan, penghakiman atau perintah dibuat) pada tempoh rehat seperti mana ditetapkan oleh HLB/HLISB dari tarikh jumlah wang itu telah dibayar atau dikeluarkan atau terhutang sehingga tarikh penyelesaian; dan (c) mengikut mana yang berkenaan, caj perkhidmatan atas Akaun dan apa-apa faedah/keuntungan atas baki kredit akan dikira mengikut peraturan ABM/AIBIM atau HLB/HLISB.
|
17. Kos, Perbelanjaan, Cukai dan Caj Lain (a) fi perkhidmatan dan pelbagai caj lain, termasuk caj bank yang biasa, komisen dan duti setem, atas semua transaksi dan perkhidmatan yang disediakan pada kadar seperti mana diberitahu dari semasa ke semasa; (b) fi guaman (atas dasar peguam cara dan klien sendiri) yang ditanggung kerana mendapatkan kembali jumlah wang yang terhutang dengan HLB/HLISB dan bagi Akaun bukan HLISB, Pelanggan hendaklah membayar faedah/caj atas amaun didebitkan itu pada Kadar Ingkar atau Kadar Lebihan apabila tiada Kadar Ingkar (baik sebelum mahupun selepas tuntutan, penghakiman atau perintah dibuat) pada tempoh rehat seperti mana ditetapkan oleh HLB/HLISB dari tarikh jumlah wang itu telah dibayar atau dikeluarkan atau terhutang sehingga tarikh penyelesaian; dan (c) mengikut mana yang berkenaan, caj perkhidmatan atas Akaun dan apa-apa faedah/keuntungan atas baki kredit akan dikira mengikut peraturan ABM/AIBIM atau HLB/HLISB.
|
22 |
22. Force Majeure Walau apa pun peruntukan lain di dalam ini, sekiranya HLB/HLISB tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan apa-apa perkhidmatan atas sebarang sebab di luar kawalan HLB/HLISB, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, bencana alam, kemalangan, rusuhan, kacau bilau awam, pertikaian perindustrian, perbuatan musuh awam, embargo, peperangan atau apa-apa faktor bersifat force majeure atau kegagalan atau gangguan telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan bekalan bahan api, maka HLB/HLISB TIDAK sekali-kali bertanggungjawab terhadap kesulitan, kerugian, kecederaan, dan kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan akibat daripadanya.
|
22. Kejadian di Luar Kawalan HLB/HLISB Walau apa pun peruntukan lain di dalam ini, sekiranya HLB/HLISB tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan apa-apa perkhidmatan atas sebarang sebab di luar kawalan HLB/HLISB, termasuk tetapi TIDAK terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, bencana alam, kemalangan, rusuhan, kacau bilau awam, pertikaian perindustrian, perbuatan musuh awam, embargo, peperangan atau apa-apa faktor di luar kawalan HLB/HLISB atau kegagalan atau gangguan telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan bekalan bahan api, maka HLB/HLISB TIDAK sekali-kali bertanggungjawab terhadap kesulitan, kerugian, kecederaan, dan kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan akibat daripadanya.
|
Bahagian C - 9 |
HLB hanya akan menghentikan bayaran atas mana-mana cek yang dikeluarkan setelah menerima arahan daripada pelanggan sama ada secara bertulis atau menerusi apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh HLB dan HLB TIDAK akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi disebabkan pengabaian di pihak Pelanggan. HLB diberi kuasa untuk layan/lunas serta mematuhi semua cek, draf, perintah untuk bayar, bil pertukaran dan nota janji yang dinyatakan untuk ditunaikan, ditandatangani, diterima, diendors atau dibuat bagi pihak Pelanggan sama ada akaun semasa itu berkedudukan kredit atau debit atau mungkin menjadi terlebih keluar sebagai akibatnya atau sebaliknya tetapi tanpa menjejaskan hak HLB untuk menolak atau membenarkan sebarang overdraf atau menaikkan had overdraf melebihi had overdraf yang ditentukan dari semasa ke semasa. Apabila kedudukan debit atau keadaan terlebih keluar atau tak diatur lebih dahulu itu berbangkit, maka Pelanggan akan bertanggungan terhadap segala jumlah wang tersebut. |
HLB hanya akan menghentikan bayaran atas mana-mana cek yang dikeluarkan setelah menerima arahan daripada pelanggan sama ada secara bertulis atau menerusi apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh HLB dan HLB TIDAK akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi disebabkan oleh kelalaian Pelanggan. HLB diberi kuasa untuk layan/lunas serta mematuhi semua cek, draf, perintah untuk bayar, bil pertukaran dan nota janji yang dinyatakan untuk ditunaikan, ditandatangani, diterima, diendors atau dibuat bagi pihak Pelanggan sama ada akaun semasa itu berkedudukan kredit atau debit atau mungkin menjadi terlebih keluar sebagai akibatnya atau sebaliknya tetapi tanpa menjejaskan hak HLB untuk menolak atau membenarkan sebarang overdraf atau menaikkan had overdraf melebihi had overdraf yang ditentukan dari semasa ke semasa. Apabila kedudukan debit atau keadaan terlebih keluar atau tak diatur lebih dahulu itu berbangkit, maka Pelanggan akan bertanggungan terhadap segala jumlah wang tersebut.
|
Bahagian F - 12 |
“Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (“IFSA”) dan Garis Panduan BNM mengenai Transaksi Kredit dan Pendedahan dengan Pihak-pihak Berkait (“Garis Panduan”) Untuk membolehkan HLB/HLISB mematuhi FSA/IFSA dan Garis Panduan tersebut, Pelanggan hendaklah membuat akuan kepada HLB/HLISB sama ada Pelanggan adalah satu pihak berkait menurut Garis Panduan, yang termasuk tetapi TIDAK terhad kepada, suami/isteri, anak, ibu/bapa atau tanggungan kewangan Pengarah, Pengarah Eksekutif atau pegawai kelulusan/penilaian/semakan kredit HLB/HLISB atau bagi seorang Pegawai Korporat/Perniagaan, termasuk entiti yang dikuasai individu-individu HLB/HLISB yang tersebut tadi. Jika pada bila-bila masa Pelanggan menjadi seorang yang berkait, maka Pelanggan mestilah memberitahu HLB/HLISB melalui surat dengan serta-merta. HLB/HLISB berhak menamatkan Kemudahan jika Pelanggan gagal membuat akuan yang wajar atau betul, sehingga akibatnya HLB/HLISB melanggar FSA/IFSA atau Garis Panduan tersebut
|
“Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (“IFSA”) dan Garis Panduan BNM mengenai Transaksi Kredit dan Pendedahan dengan Pihak-pihak Berkait (“Garis Panduan”) Untuk membolehkan HLB/HLISB mematuhi FSA/IFSA dan Garis Panduan tersebut, Pelanggan hendaklah membuat akuan kepada HLB/HLISB sama ada Pelanggan adalah satu pihak berkait menurut Garis Panduan, yang termasuk tetapi TIDAK terhad kepada, suami/isteri, anak, ibu/bapa atau tanggungan kewangan Pengarah, Pengarah Eksekutif atau pegawai kelulusan/penilaian/semakan kredit HLB/HLISB atau bagi seorang Pegawai Korporat/Perniagaan, termasuk entiti yang dikuasai individu-individu HLB/HLISB yang tersebut tadi. Jika pada bila-bila masa Pelanggan menjadi seorang yang berkait, maka Pelanggan mestilah memberitahu HLB/HLISB melalui surat dengan serta-merta. HLB/HLISB berhak menamatkan sebarang kemudahan yang diberikan kepada Pelanggan dengan notis awal sekiranya Pelanggan gagal membuat akuan yang wajar atau betul, yang mengakibatkan HLB/HLISB melanggar FSA/IFSA atau Garis Panduan tersebut.
|
Bahagian H - 9 |
HLISB hanya akan menahan bayaran atas apa-apa cek yang dikeluarkan setelah menerima arahan daripada Pelanggan sama ada secara bertulis atau menerusi apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh HLISB dan HLISB TIDAK akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan kealpaan. HLISB dibenarkan untuk melayan dan mematuhi semua cek, draf, perintah untuk bayar, bil pertukaran dan nota janji hutang yang diungkapkan untuk dikeluarkan, ditandatangani, diterima, disokong atau dibuat bagi pihak Pelanggan sama ada Akaun dalam keadaan kredit atau debit atau menjadi terlebih keluar akibat daripadanya atau sebaliknya. Jika kedudukan debit atau terlebih keluar yang tidak diatur terjadi, maka Pelanggan akan bertanggungjawab terhadap semua jumlah tersebut.
|
HLISB hanya akan menahan bayaran atas apa-apa cek yang dikeluarkan setelah menerima arahan daripada Pelanggan sama ada secara bertulis atau menerusi apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh HLISB dan HLISB TIDAK akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kelalaian Pelanggan. HLISB dibenarkan untuk melayan dan mematuhi semua cek, draf, perintah untuk bayar, bil pertukaran dan nota janji hutang yang diungkapkan untuk dikeluarkan, ditandatangani, diterima, disokong atau dibuat bagi pihak Pelanggan sama ada Akaun dalam keadaan kredit atau debit atau menjadi terlebih keluar akibat daripadanya atau sebaliknya. Jika kedudukan debit atau terlebih keluar yang tidak diatur terjadi, maka Pelanggan akan bertanggungjawab terhadap semua jumlah tersebut.
|